Berita baik buat semua ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak bersekolah!
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi sesi 2027 bakal dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid yang layak. Namun, ada satu syarat penting yang wajib anda tahu sebelum menuntut bantuan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ibu bapa atau penjaga perlu hadir sendiri ke sekolah anak masing-masing untuk menerima bantuan tunai RM200 tersebut.
Jika ibu bapa tidak hadir ke sekolah (kecuali atas sebab-sebab tertentu yang dibenarkan), anak-anak tidak akan diberikan bantuan tersebut secara terus atau dihantar ke rumah.
Apa Itu Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ialah bantuan tunai secara sekali bayar (one-off) yang disediakan oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada awal tahun bagi meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.
Sejak tahun 2023, bantuan ini diberikan secara menyeluruh kepada semua murid yang layak tanpa mengira had pendapatan ibu bapa atau penjaga.
Kelayakan disemak dan disahkan secara automatik oleh pihak sekolah melalui rekod sistem murid.

Berapa Bantuan Awal Persekolahan 2027?
Kadar Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2027 ialah sebanyak RM200 secara sekali bayar (one-off) bagi setiap murid yang layak.
Ini bermakna keluarga yang mempunyai empat orang anak yang bersekolah berpotensi menerima bantuan sehingga RM800.

Jumlah ini meningkat sebanyak RM50 berbanding kadar RM150 sebelum ini.
Selain itu, sebanyak RM870 juta diperuntukkan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk menyediakan sokongan pemakanan kepada lebih 800,000 murid.
Bagi pelajar Tingkatan Enam, elaun sara hidup sebanyak RM2,500 turut diumumkan bagi membantu memenuhi keperluan pendidikan mereka.
Siapa Layak Terima BAP 2027?
Murid warganegara Malaysia yang berada di Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang bersekolah di:
- Sekolah kerajaan (SK);
- Sekolah bantuan kerajaan (SBK);
- Sekolah agama;
- Sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM tidak termasuk sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat;
- Kolej PERMATA;
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
- Sekolah Integriti;
- Sekolah Henry Gurney;
- Maktab Rendah Sains MARA; dan
- Maktab Tentera Diraja
Cara Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2027
Bagi sesi 2027, kerajaan menetapkan bahawa ibu bapa atau penjaga wajib hadir sendiri ke sekolah untuk menuntut bantuan tunai RM200 tersebut.
Langkah ini sekaligus bertujuan membolehkan ibu bapa bertemu dan berbincang secara bersemuka dengan guru mengenai perkembangan akademik, sahsiah serta disiplin anak-anak.
Bila BAP 2027 (Bantuan Awal Persekolahan) Disalurkan?
Setakat ini, tarikh rasmi penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2027 masih belum diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rasmi, namun ia dijadualkan bermula pada Januari 2027 selepas sesi persekolahan dibuka.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim BAP 2027
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, garis panduan rasmi, atau membuat pertanyaan terus mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2027, anda boleh merujuk saluran rasmi berikut:
- Portal Rasmi BAP KPM: Laman Bantuan Awal Persekolahan KPM
- Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
- Hubungi guru kelas atau pejabat sekolah anak anda untuk mendapatkan tarikh spesifik penyerahan, waktu kehadiran, serta dokumen yang perlu dibawa (kerana setiap sekolah menetapkan jadual agihan berbeza dalam tempoh 30 hari yang diperuntukkan).
Tidak perlu. Tiada borang permohonan rasmi yang perlu diisi oleh ibu bapa. Pihak sekolah akan menyemak dan mengesahkan kelayakan murid secara automatik berdasarkan rekod pengkalan data murid (seperti Sistem Bersepadu KPM / APDM).
Berdasarkan kenyataan terbaharu Perdana Menteri, ibu bapa atau penjaga sah diwajibkan hadir sendiri ke sekolah untuk menuntut bantuan ini bagi membolehkan sesi pertemuan bersemuka dengan guru kelas dijalankan. Sebarang pengecualian bagi kes kecemasan atau kekangan tertentu adalah tertakluk kepada budi bicara dan garis panduan pentadbiran sekolah masing-masing.
Setiap anak yang layak akan menerima RM200. Oleh itu, keluarga dengan 4 orang anak bersekolah akan menerima jumlah keseluruhan sebanyak RM800.
Tiada. Bantuan ini diberikan secara menyeluruh kepada semua murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa atau penjaga.
– Kad Pengenalan (MyKad) asal ibu bapa atau penjaga yang hadir.
– Salinan MyKid / Sijil Lahir anak (jika diminta untuk tujuan pengesahan).
– Surat / Borang Akuan Penerimaan (akan disediakan oleh pihak sekolah untuk ditandatangani semasa serahan).




