Biasiswa Yayasan Pahang 2022: Syarat, Permohonan & Semakan

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang tahun 2022 untuk Tingkatan 1 dan 4 kini dibuka.

Melalui biasiswa ini, murid berpeluang mendapat bayaran RM600 setahun bagi Tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid tingkatan 6 kadar BSM adalah RM600 setahun.

Berikut adalah cara membuat permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang.

Apakah Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang?

Biasiswa ini diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.

Keutamaan kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta PPRT. Bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.

Mulai tahun 2012, kadar baru BSM telah dinaikkan daripada kadar RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid tingkatan 6 kadar BSM adalah kekal RM600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap Januari dan Mei.

biasiswa yayasan pahang 2022

Jika anda mempunyai anak yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti, anda juga boleh membuat permohonan BTAR 2021: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon BSM perlu memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  3. Pemohon / ibu / bapa lahir di negeri Pahang
  4. Jika pemohon / ibu / bapa lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
  5. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Keutamaan diberikan kepada Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum
  8. Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja
  9. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  10. Murid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
  11. Permohonan boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Adun bermula 12 Mei sehingga 15 Jun 2022.

Baca juga: Tawaran Biasiswa Yayasan UMP Bagi Program Sarjana

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang (BSM)

Borang permohonan hanya boleh didapati di sekolah dan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Murid wajib mengisi dan menyerahkan borang 1.0 / 2.0 kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod dan simpanan.

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Adun bermula 12 Mei sehingga 15 Jun 2022.

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web www.yp.org.my untuk mendapatkan info serta maklumat lanjut.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!