Tawaran Biasiswa Yayasan UMP Bagi Program Sarjana

Sukacita dimaklumkan tawaran Biasiswa Yayasan UMP kini dibuka bagi pelajar Universiti Malaysia Pahang yang sedang melanjukan pelajaran dalam bidang Sarjana sama ada penyelidikan, kerja kursus mahupun mod campuran.

Yayasan UMP komited bagi mengumpul dan mengurus dana daripada orang ramai, syarikat serta institusi bagi kegunaan kebajikan mahasiswa UMP bagi membiayai program pendidikan, kemasyarakatan di samping menyediakan kemudahan pembelajaran tambahan yang diperlukan oleh pelajar dan pihak universiti.

Tarikh Tutup Permohonan

Untuk permohonan, tarikh tutup permohonan bagi biasiswa ini adalah pada 31 Mei 2022.

Program Pengajian

Program pengajian untuk pelajar yang ingin memohon mestilah bagi pengajian sepenuh masa sahaja.

Baca Juga : Tawaran Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT 2022 Untuk Pelajar PhD

Syarat-Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan UMP

Pelajar sarjana UMP perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

i) Penyelidikan

  1. Skim ini diberikan kepada pelajar tempatan sarjana secara penyelidikan dan Mod Pengajian secara sepenuh masa yang diberikan keutamaan kepada golongan B40.
  2. Keutamaan akan diberikan kepada penyelidikan yang berkaitan dengan pendigitalan, pembangunan teknologi baharu atau pembangunan produk baharu.
  3. Pelajar yang mendapat skim ini tidak dibenarkan menerima biasiswa atau pembiayaan lain. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
    – Pelajar kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.
    – Pelajar kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.
  4. Pelajar yang sedang dalam pengajian layak memohon biasiswa ini jika masih mempunyai baki pengajian yang layak ditaja sekurang-kurangnya 6 bulan.
  5. Tempoh tajaan biasiswa ini bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran bagi pelajar yang belum memulakan pengajian.
  6. Jika pelajar memohon biasiswa di akhir sesuatu semester, pelajar akan ditaja mulai semester berikutnya.
Biasiswa Yayasan UMP

ii) Kerja Kursus dan Mod Campuran

  1. Skim ini diberikan kepada pelajar tempatan sarjana secara Kerja Kursus atau Mod Campuran dan pengajian secara sepenuh yang diberikan keutamaan kepada golongan B40.
  2. Keutamaan akan diberikan kepada penyelidikan yang berkaitan dengan pendigitalan, pembangunan teknologi baharu atau pembangunan produk baharu.
  3. Pelajar yang mendapat skim ini tidak dibenarkan menerima biasiswa atau pembiayaan lain. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
    – Pelajar kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.
    – Pelajar kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.
  4. Pelajar yang sedang dalam pengajian layak memohon biasiswa ini jika masih mempunyai baki pengajian yang layak ditaja sekurang-kurangnya 12 bulan.
  5. Tempoh tajaan biasiswa ini bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran bagi pelajar yang belum memulakan pengajian.
  6. Jika pelajar memohon biasiswa di akhir sesuatu semester, pelajar akan ditaja mulai semester berikutnya.
Biasiswa Yayasan UMP

Cara Memohon

Pelajar boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :

  1. Sila layari pautan permohonan berikut iaitu:
    – Penyelidikan: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSclHDhrpeqYrHY95IF5f7yaCX0iC1j3rAvnERGZfyAg2Xe8SA/viewform
    – Kerja Kursus & Mod Campuran: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdcGN1qJvvXVVsSVijvhNTIJaXqMdGOb2OIyzlhFKEWcR3aKQ/viewform
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Klik butang ‘Next’ pada setiap paparan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan bagi biasiswa ini dijangka akan diumumkan selepas 45 hari dari tarikh tutup permohonan.

Justeru itu, mana-mana pemohon yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh 45 hari dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Yayasan UMP, sila hubungi pihak IPS di talian 09-431 6958/6779 atau email ke [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!