Permohonan Biasiswa TNB Prime 2026 Tenaga Nasional Berhad

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) kini membuka peluang bagi lepasan SPM 2025 untuk memohon penajaan Biasiswa TNB PRIME yang boleh dipohon menerusi pautan https://ytn.tnb.com.my.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa TNB Prime

Biasiswa TNB Prime ialah program tajaan pendidikan penuh yang ditawarkan oleh Yayasan Tenaga Nasional (YTN) kepada pelajar cemerlang.

Penajaan ini meliputi pengajian peringkat asasi/persediaan hingga Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam, UNITEN, atau universiti luar negara terpilih.

Biasiswa ini juga merangkumi yuran pengajian dan elaun sara hidup, serta peluang kerjaya di TNB.

Menariknya, biasiswa ini ditawarkan bagi 3 peringkat pengajian iaitu:

  • Asasi
  • Pra-Pengambilan (Sabah & Sarawak)
  • Ijazah Sarjana Muda

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, permohonan biasiswa ini dibuka mulai 31 Mac – 8 April 2026.

Permohonan perlu dilengkapkan dan hanya boleh dihantar secara online selepas keputusan rasmi SPM dikeluarkan.

Peringkat Penajaan Yang Ditawarkan

Peringkat penajaan yang ditawarkan menerusi Biasiswa TNB Prime adalah seperti berikut :

  • Peringkat Persediaan hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di universiti terkemuka Luar Negara.
  • Peringkat Asasi hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di UNITEN
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda tahun pertama pengajian di Universiti Awam

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Biasiswa TNB Prime bakal menaja pelajar yang mengikuti bidang pengajian seperti berikut :

TNB Prime di Luar Negara

  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Perakaunan
  • Data Sains dan Analitik
  • Sains Komputer
  • Energy Economics

TNB Prime di UNITEN

  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kewangan
  • Perakaunan
  • Sains Komputer
  • Sains Komputer (Cyber Security)
  • Pengajian Bisnes (Sumber Manusia)
  • Energy Economics

Syarat Kelayakan Biasiswa TNB Prime

Calon yang berminat untuk memohon biasiswa ini perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia
  2. Calon berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.
  3. Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan biasiswa YTN.
  4. Calon mestilah aktif dalam bidang ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
  5. Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.
  6. Pemohon tak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://ytn.tnb.com.my/scholarships.html.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Biasiswa TNB Prime?

Biasiswa TNB Prime ialah program tajaan pendidikan penuh yang ditawarkan oleh Yayasan Tenaga Nasional (YTN) kepada pelajar cemerlang.

Bilakah permohonan biasiswa ini dibuka?

Permohonan biasiswa ini dibuka mulai 31 Mac – 8 April 2026.

Apakah bidang pengajian yang bakal ditaja kepada mereka yang berjaya?

TNB Prime di Luar Negara
– Kejuruteraan Elektrik Kuasa
– Kejuruteraan Mekanikal
– Perakaunan
– Data Sains dan Analitik
– Sains Komputer
Energy Economics

TNB Prime di UNITEN
– Kejuruteraan Elektrik Kuasa
– Kejuruteraan Awam
– Kejuruteraan Mekanikal
– Kewangan
– Perakaunan
– Sains Komputer
– Sains Komputer (Cyber Security)
– Pengajian Bisnes (Sumber Manusia)
Energy Economics

Jika saya berumur 20 tahun pada tarikh permohonan dibuka, adakah saya boleh memohon?

Tidak. Pemohon mestilah tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.

Bagaimanakah cara untuk saya memohon?

Permohonan boleh dibuat menerusi https://ytn.tnb.com.my/scholarships.html.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa TNB PRIME, sila layari laman web https://ytn.tnb.com.my/scholarships.html.

Baca juga: Permohonan Biasiswa Prauniversiti Kijang Bank Negara 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut