Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Bantuan dan tajaan pendidikan untuk rakyat Sabah bagi tahun 2026 boleh dipohon dan disemak secara berpusat melalui Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS)

Bagi anak-anak Sabah, terdapat pelbagai inisiatif bantuan kewangan, dan biasiswa yang disediakan khas oleh kerajaan negeri serta agensi tempatan untuk tahun 2026 bagi membantu anda melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Jom ketahui Senarai Biasiswa / Tajaan Pendidikan Rakyat Sabah 2026 di bawah.

Senarai Biasiswa / Tajaan Pendidikan Rakyat Sabah 2026

Melalui penubuhan Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS), semua urusan permohonan kini menjadi lebih telus, sistematik, dan mudah diakses secara dalam talian.

Berikut adalah 4 saluran utama bantuan kewangan yang boleh dipohon oleh anak-anak Sabah pada tahun ini:

  1. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)
  2. Yayasan Sabah (Permohonan telah ditutup)
  3. Zakat & Fitrah MUIS
  4. Baitulmal Sabah
  5. Pejabat Tugas-Tugas Khas (BUDI, BAIK & SUBFLY)
Senarai Biasiswa / Tajaan Pendidikan Rakyat Sabah 2026
Sumber: Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS)

1. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) merupakan salah satu penaja utama bagi anak-anak tempatan Sabah yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Kerajaan Negeri Sabah mempelawa permohonan Biasiswa untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.

Syarat utama permohonan ialah pemohon warganegara Malaysia dan salah satu ibu bapanya hendaklah warganegara Malaysia yang berasal dan bermastautin di Sabah

JENIS TAJAAN BKNS:

  1. Anugerah Tuan Yang Terutama (TYT): Anugerah paling berprestij yang diberikan kepada pelajar cemerlang tertinggi untuk pengajian di dalam atau luar negara.
  2. Biasiswa Cemerlang: Khusus untuk pelajar yang mendapat keputusan akademik yang sangat cemerlang dalam peperiksaan utama (seperti SPM, STPM, atau Matrikulasi).
  3. Biasiswa Perdana / Am: Tajaan standard yang meliputi pelbagai bidang pengajian kritikal di universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang diiktiraf.

SYARAT KELAYAKAN ASAS:

  • Warganegara: Pemohon dan ibu bapa mestilah warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah (salah seorang ibu atau bapa lahir di Sabah).
  • Peringkat Pengajian: Terbuka untuk pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma, Sarjana Muda (Ijazah), dan Sarjana (Master).
  • Institusi: Terhad kepada IPT yang diiktiraf oleh Lembaga Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem dalam talian dengan melayari laman sesawang sabah.gov.my. Pemohon juga diwajibkan untuk mendaftar menggunakan alamat e-mel peribadi yang masih aktif.

PERHATIAN

  • *Tarikh tutup permohonan akan dimaklumkan kelak.
  • *Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
  • *Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel pemohon.
  • *Permohonan akan dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas selepas 30 November 2026.

Anda boleh rujuk maklumat terperinci mengenai Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) di bawah:

Senarai Biasiswa / Tajaan Pendidikan Rakyat Sabah 2026
Sumber: Portal Tajaan Pendidikan Sabah
Senarai Biasiswa / Tajaan Pendidikan Rakyat Sabah 2026
Sumber: Portal Tajaan Pendidikan Sabah
Senarai Biasiswa / Tajaan Pendidikan Rakyat Sabah 2026
Sumber: Portal Tajaan Pendidikan Sabah

2. Yayasan Sabah (Permohonan telah ditutup)

Yayasan Sabah mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon tajaan Dermasiswa/Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi bagi mengikuti pengajian di peringkat; (bagi sesi pengajian 2026)

  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Mud
  • Ijazah Sarjana
  • Doktor Falsafah (PhD)

SYARAT KELAYAKAN:

Kriteria pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah; atau
  2. Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal dari Negeri Sabah; atau
  3. Pemohon, ibu atau bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa mempunyai status Penduduk Tetap di Negeri Sabah.
  4. Keutamaan diberikan kepada mereka yang berasal dan menetap di Negeri Sabah

JENIS TAJAAN YAYASAN SABAH:

1. BIASISWA

1.1 Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)

  • Keterangan: Tajaan ini dikhususkan untuk pelajar yang memperolehi keputusan minima 5A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2025.
  • Kursus: Matrikulasi / Pra-U / Asasi / ‘A’ Level / Diploma / Ijazah
  • Tempat Pengajian: Dalam Negara / Luar Negara (bagi luar negara, keutamaan kepada pelajar yang mengikuti Program Berkembar – TTP).

1.2 Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)

  • Keterangan: Tajaan ini dikhususkan untuk pelajar luar bandar dari golongan B40 yang memperolehi keputusan minima 5A termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2025.
  • Kursus: Matrikulasi / Pra-U / Asasi / Diploma / Ijazah
  • Tempat Pengajian: Dalam Negara (IPTA)

1.3 Biasiswa Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS)

  • Keterangan: Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mendapat tawaran belajar atau sedang belajar di IPTA/IPTS tetapi tertakluk kepada kursus-kursus dinyatakan.
  • Syarat Kelayakan: Kelayakan minima 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Bagi pemohon Ijazah perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00 di peringkat Asasi / Matrikulasi / STPM / Diploma atau lulus STAM dengan memperolehi sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan.
  • Peringkat Pengajian: Diploma dan Ijazah
  • Kursus: Pertanian, Veterinar, Perakaunan, Seni Bina, Ukur Bahan, Keusahawanan, Pengajian Islam.
  • Tempat Pengajian: IPT Tempatan

1.4 Biasiswa Asean/Timur Tengah

  • Keterangan: Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Pengajian Islam (Indonesia dan Mesir) dan jurusan Perubatan (Indonesia).
  • Syarat Kelayakan: Bagi jurusan Pengajian Islam, kelayakan minima Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jayyid/Baik) dan/atau memperoleh sekurang-kurangnya 4 kredit termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan Al Quran & Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah dalam peperiksaan SPM serta mendapat surat tawaran dari Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi pelajar yang ke Timur Tengah.
  • Peringkat Pengajian: Ijazah
  • Tempat Pengajian: Universiti di Indonesia dan Mesir

1.5 Biasiswa Sarjana Komputer dan Informatik – YS/UMS

  • Keterangan: Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan komputer dan informatik pada peringkat sarjana di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

1.6 Biasiswa Perubatan Veterinar – YS/UMK

  • Keterangan: Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Perubatan Veterinar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
  • Peringkat Pengajian: Ijazah
  • Tempat Pengajian: Universiti Malaysia Kelantan

1.7 Biasiswa Seni Bina – UCSF

  • Keterangan: Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Seni Bina di University College Sabah Foundation (UCSF).
  • Syarat Kelayakan: Kelayakan minima 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
  • Peringkat Pengajian: Diploma / Ijazah
  • Tempat Pengajian: University College Sabah Foundation (UCSF)

1.8 Biasiswa Pelancongan/Perhotelan – UCSF

  • Keterangan: Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Pelancongan dan Perhotelan di University College Sabah Foundation.
  • Syarat Kelayakan: Kelayakan minima 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
  • Peringkat Pengajian: Diploma / Ijazah
  • Tempat Pengajian: University College Sabah Foundation (UCSF)

1.9 Biasiswa Teknologi Pembinaan (Binaan Bangunan) – KTYS

  • Keterangan: Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Teknologi Pembinaan di Kolej Teknologi Yayasan Sabah.
  • Syarat Kelayakan: Kelayakan minima 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
  • Peringkat Pengajian: Diploma
  • Tempat Pengajian: Kolej Teknologi Yayasan Sabah

1.10 Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak – KTYS

  • Keterangan: Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej Teknologi Yayasan Sabah.
  • Syarat Kelayakan: Kelayakan minima 5 kredit termasuk Bahasa Melayu

1.14 Biasiswa Kepakaran (Specialist) Dalam Negeri
Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dan PhD di IPTA.

1.15 Biasiswa Ulum Islamiah Mesir
Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Ulum Islamiah di Mesir. Kelayakan minima Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jayyid / Baik) dan/atau memperoleh sekurang-kurangnya 4 kredit termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan Al Quran & Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah dalam peperiksaan SPM serta mendapat surat tawaran dari Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

  • Peringkat Pengajian : Ijazah
  • Tempat Pengajian : Universiti Al-Azhar, Mesir

1.16 Biasiswa Perubatan Mesir
Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Perubatan di Universiti Al-Azhar Mesir. Sekurang-kurangnya mendapat 5B dalam mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan dan satu subjek lain pada peringkat SPM. Kelayakan minima CGPA 3.00 dalam peperiksaan PreMedic/Matrikulasi serta mendapat surat tawaran dari Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

  • Peringkat Pengajian : Ijazah
  • Tempat Pengajian : Universiti Al-Azhar, Mesir

1.17 Biasiswa Perubatan Russia
Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam jurusan Perubatan di Kursk State Medical University Russia. Kelayakan minima CGPA 3.5 dalam peperiksaan Matrikulasi.

  • Peringkat Pengajian : Ijazah
  • Tempat Pengajian : Kursk State Medical University Russia

1.18 Biasiswa Kerjasama Yayasan Sabah Dan Albukhary International University (AIU)
Tajaan berbentuk tiket penerbangan pergi & balik setelah tamat pengajian dan bantuan one-off dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Albukhary International University (AIU).

  • Peringkat Pengajian : Asasi dan Ijazah
  • Tempat Pengajian : Albukhary International University (AIU)

1.19 Biasiswa Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie
Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar lepasan Ijazah yang mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00.

  • Peringkat Pengajian : Diploma Lepasan Ijazah
  • Tempat Pengajian : Universiti Malaysia Sabah

2. DERMASISWA

2.1 Dermasiswa KTYS/Politeknik/UiTM
Tajaan dermasiswa dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti kursus persijilan di Kolej Teknologi Yayasan Sabah, kursus Diploma dan Ijazah di Politeknik dan kursus Pra-Diploma, Diploma dan Ijazah di UiTM. Kelayakan minima lepasan SPM 3 kredit termasuk Bahasa Melayu.

  • Peringkat Pengajian : Sijil/Pra-Diploma/Diploma/Ijazah
  • Tempat Pengajian : Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS), Politeknik, UiTM

3. PINJAMAN PENGAJIAN

Pinjaman Pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus Dermasiswa/Biasiswa Yayasan Sabah.

3.1 Pinjaman IPTA
Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah di IPTA.

3.2 Pinjaman IPTS
Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah di IPTS.

3.3 Pinjaman KTYS
Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma di Kolej Teknologi Yayasan Sabah.

3.4 Pinjaman UCSF
Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah di University College Sabah Foundation.

3.5 Pinjaman ASEAN / Timur Tengah
Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah di universiti negara Asean dan Timur Tengah. Perlu mendapat surat tawaran dari Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke Timur Tengah.

3.6 Pinjaman Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma, Ijazah, Sarjana dan PhD di IPTA dan IPTS.

3.7 Pinjaman Luar Negara
Tajaan ini dikhususkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah, Sarjana dan PhD di universiti Luar Negara.

KELAYAKAN UMUR

  • Sijil/Diploma/Ijazah – tidak melebihi 35 Tahun
  • Sarjana/PhD – tidak melebihi 45 tahun

CARA MEMOHON

TARIKH TUTUP

  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Mei 2026 bersamaan hari Rabu.

Anda boleh rujuk maklumat terperinci mengenai Biasiswa Yayasan Sabah (BKNS) di bawah:

    3. Zakat & Fitrah MUIS

    Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) memegang peranan besar melalui Bahagian Zakat dan Fitrah dalam memperkasakan agenda pendidikan anak-anak asnaf dan bumiputera Muslim di Sabah.

    JENIS TAJAAN

    1. Pendidikan Yuran & Tiket: Elaun khas untuk tambang kapal terbang dan yuran pendaftaran universiti.
    2. Dermasiswa: Permohonan ini hanya untuk program Sijil/ Asasi/ Diploma/ Ijazah Pertama Sepenuh Masa bagi Kursus Pengajian Islam sahaja
    Senarai Biasiswa / Tajaan Pendidikan Rakyat Sabah 2026 - Cara Mohon & Syarat
    Sumber: Portal MUIS

    SYARAT KELAYAKAN

    • Terbuka kepada pelajar yang beragama Islam.
    • Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah atau telah bermastautin di Sabah selama lebih daripada 5 tahun.
    • Pemohon mestilah berumur di antara 18 tahun hingga 28 tahun sahaja semasa membuat permohonan.
    • Telah menerima surat tawaran rasmi kemasukan atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di institusi yang diiktiraf.

    CARA MEMOHON

    TARIKH PERMOHONAN

    Fasa 1: (TUTUP)

    • Tarikh Permohonan Ditutup: 02 Januari 2026 – 31 Mac 2026
    • Tarikh Permohonan Dibuka: 01 April 2026 – 30 Jun 2026

      Fasa 2:

      • Tarikh Permohonan Ditutup: 01 Julai 2026 – 31 Ogos 2026
      • Tarikh Permohonan Dibuka: 01 September 2026 – 30 November 2026 [AKAN DIBUKA]
        Senarai Biasiswa / Tajaan Pendidikan Rakyat Sabah 2026 - Cara Mohon & Syarat
        Sumber: Portal MUIS

        4. Baitulmal Sabah

        Baitulmal Sabah menawarkan beberapa jenis bantun untuk rakyat Sabah termasuklah bantuan untuk pendidikan.

        SYARAT

        • Warganegara Malaysia berasal dari Sabah, beragama Islam, salah seorang ibu/bapa dilahirkan di Sabah.
        • Borang permohonan lengkap beserta salinan dokumen diperlukan.
        • Pendapatan isi rumah ≤ RM3,000. Jika RM3,001–RM6,000 dengan ≥4 tanggungan, boleh dipertimbangkan.
        • Pengajian sepenuh masa, semua bidang pengajian, IPTA/IPTS peringkat sijil hingga ijazah.

        DOKUMEN DIPERLUKAN

        • Senarai Dokumen:
          • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
          • Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga
          • Salinan Sijil Lahir Pemohon & Ibu/Bapa
          • Slip Gaji/Pengesahan Pendapatan Ibu & Bapa: Muat Turun Borang
          • Surat Tawaran/Pengesahan Pusat Pengajian
          • Salinan Penyata Bank Pemohon
          • Salinan Sijil Memeluk Islam/Kad Mualaf (Jika berkenaan)
          • Salinan Sijil Nikah/Cerai/Kematian (Jika berkenaan)
        • Dokumen mesti DISAHKAN BENAR.

        TARIKH TUTUP

        • Tarikh permohonan tidak melebihi 3 bulan dari tarikh surat tawaran.

        CARA MEMOHON

        Senarai Biasiswa / Tajaan Pendidikan Rakyat Sabah 2026 - Cara Mohon & Syarat

        5. Pejabat Tugas-Tugas Khas (BUDI, BAIK & SUBFLY)

        Satu lagi inisiatif untuk mahasiswa anak Sabah ialah bantuan kewangan di bawah Pejabat Tugas-Tugas Khas (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah).

        JENIS TAJAAN

        Tiga skim utama yang menjadi tumpuan di bawah portfolio ini untuk sesi pengajian 2026 adalah:

        1. BUDI (Bantuan Tunai Pendaftaran IPT):

        Sumbangan tunai secara one-off (sekali bayar) yang disalurkan terus kepada pelajar baharu yang berjaya mendapat tempat di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS tempatan. Bantuan ini bertujuan meringankan beban penyediaan yuran deposit pendaftaran awal.

        Jumlah Bantuan:

        • Diploma / Asasi / Matrikulasi: RM 1,500
        • Ijazah Sarjana Muda: RM 2,000

        Syarat kelayakan:

        • Warganegara Malaysia
        • Bumiputera Sabah
        • Kategori B40/M40
        • Kemasukan pemohon kali pertama ke IPTA/S (tahun 2026)

        Rujuk cara permohonan di: BUDI Sabah – Permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT 2026

        BUDI Sabah

          2. SUBFLY (Bantuan Tiket Penerbangan):

          Bagi meringankan kos pengangkutan udara mahasiswa Sabah yang menuntut di Semenanjung Malaysia, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan subsidi khas tiket penerbangan.

          PENTING: Tiada Lagi Permohonan Manual!

          Bermula tahun ini, Sistem Permohonan SUBFLY atas talian telah ditutup buat sementara waktu secara rasmi. Pelajar tidak perlu lagi bersusah-payah mengisi borang atau memuat naik dokumen secara manual.

          • Mekanisme Baharu: Penyaluran bantuan kini dilakukan secara tunai/dikreditkan ke akaun bank berpandukan pangkalan data bersepadu daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
          • Anda hanya perlu memastikan maklumat peribadi dan status pengajian anda sentiasa dikemas kini di dalam sistem rekod pelajar universiti (HEPA/Bendahari) masing-masing bagi memastikan nama anda terpilih dalam data KPT/KPM.
          • Sila rujuk universiti masing-masing.

          3. BANTUAN IHSAN KOMPUTER (BAIK):

            Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.

            SYARAT:

            • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-kasih.
            • Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.

            PERMOHONAN:

            • Permohonan hendaklah dibuat hanya melalui online di laman sesawang https://baik.sabah.gov.my/.
            • Permohonan hendaklah disertakan dengan Surat beranak (Pemohon & ibu bapa) , Salinan Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & ibu bapa) , Slip gaji ibu bapa/Surat pengesahan bekerja (disahkan oleh Pegawai Daerah) , Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Surat Pengesahan Telah Berdaftar daripada Universiti Tempat Belajar pemohon.

            Rujuk cara permohonan di: BAIK Sabah – Permohonan Bantuan Ihsan Komputer 2026

            Senarai Biasiswa / Tajaan Pendidikan Rakyat Sabah 2026 - Cara Mohon & Syarat

            Maklumat Lanjut

            Untuk mendapatkan maklumat lanjut, menyemak status permohonan, atau membuat rayuan mengenai biasiswa dan tajaan pendidikan rakyat Sabah, anda boleh merujuk terus kepada saluran-saluran komunikasi rasmi berikut:

            1. Laman Web Rasmi: Layari Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS).
            2. Laman Web Rasmi: Layari Portal Biasiswa BKNS.
            3. Laman Web Rasmi: Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah.
            4. Laman Web Rasmi: Sistem Maklumat Semakan BUDI dan Sistem SUBFLY Sabah.

            Soalan Lazim Senarai Biasiswa / Tajaan Pendidikan Rakyat Sabah

            Apakah itu Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS)?

            PTPS ialah portal bersepadu untuk menyelaraskan sistem permohonan bantuan kewangan rakyat Sabah.

            Kenapa Sistem Permohonan SUBFLY (Bantuan Tiket Penerbangan) ditutup di portal? Bagaimana cara saya mahu memohon?

            Sistem permohonan manual individu bagi SUBFLY kini ditutup sepenuhnya secara kekal. Pelajar tidak perlu lagi mengisi borang dalam talian. Sistem penyaluran bantuan telah dinaik taraf kepada kaedah tunai/kreditan terus secara automatik berpandukan pangkalan data daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Anda hanya perlu memastikan status pengajian anda aktif dan dikemas kini di dalam sistem universiti masing-masing.

            Adakah Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) terbuka kepada semua mahasiswa dari Sabah?

            Tidak. Bantuan komputer riba (laptop) percuma ini dikhususkan kepada mahasiswa bumiputera Sabah daripada golongan keluarga B40 (pendapatan bawah RM4,850) atau yang berdaftar dalam sistem e-Kasih. Bantuan ini juga terhad kepada 1 buah komputer sahaja bagi setiap 1 Ketua Isi Rumah (KIR).

            Siapakah yang dikategorikan sebagai “Rakyat Sabah” yang layak memohon semua tajaan ini?

            Syarat asas utama menetapkan pemohon mestilah warganegara Malaysia yang memenuhi salah satu kriteria berikut:
            – Pemohon, ibu, DAN bapa lahir atau berasal dari Sabah.
            – Pemohon, ibu, atau bapa lahir/berasal dari Sabah (salah seorang).
            – Pemohon, ibu, atau bapa mempunyai status Penduduk Tetap (PR) di Negeri Sabah.
            (Keutamaan pematuhan dokumen sentiasa diberikan kepada mereka yang menetap dan bermastautin di Sabah).

            Apakah had umur minimum dan maksimum untuk memohon bantuan pendidikan Sabah?

            Had umur adalah berbeza mengikut peringkat pengajian tinggi yang dipohon.

            Penulis