Biasiswa Mumtaz & Dermasiswa Tun Perak MAIM 2026

biasiswa mumtaz
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di bawah Bahagian Pembangunan Insan ingin memaklumkan bahawa permohonan bagi Biasiswa Mumtaz dan Dermasiswa Tun Perak kini telah dibuka dan boleh dipohon menerusi borang permohonan yang boleh dimuat turun menerusi https://drive.google.com/file/d/1Y5JCOHOgoHGZlu2CgemcnvlAviEq8Ae9/view.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkara ini.

Mengenai Biasiswa Mumtaz & Dermasiswa Tun Perak

Biasiswa Mumtaz dan Dermasiswa Tun Perak merupakan program bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh MAIM.

Program itu terbuka kepada tanggungan asnaf yang menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS).

Tujuan utama biasiswa dan dermasiswa ini diwujudkan adalah untuk meringankan beban kewangan pelajar asnaf di negeri Melaka.

Tarikh Permohonan

Pemohon boleh membuat permohonan ini sehingga 30 Jun 2026 (Selasa).

Syarat Am

Pemohon perlu memenuhi syarat am yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon hendaklah berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan (mengikut tarikh lahir pemohon).

Syarat Bermastautin

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat bermastautin seperti berikut:

  1. Pemohon hendaklah bermastautin / menetap di negeri Melaka sekurang-kurangnya dua (2) tahun (pengesahan menggunakan Borang Perakuan Pendapatan / Permastautinan Majlis Agama Islam.
  2. Keutamaan diberikan kepada anak jati negeri Melaka.

Syarat Pengajian

Syarat pengajian yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

i- Biasiswa Mumtaz

  1. Terbuka kepada pemohon yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
  2. Pemohon hendaklah berada sekurang-kurangnya dalam tahun pertama semester kedua pengajian.
  3. Pemohon yang berada di tahun akhir pengajian adalah tidak layak untuk memohon di bawah skim ini.
  4. Pemohon mestilah mendapat keputusan peperiksaan PNGK 3.50 sekurang-kurangnya semasa mengemukakan permohonan.
  5. Pemohon yang sedang menerima tajaan biasiswa daripada agensi atau institusi yang berkenaan adalah tidak layak memohon Biasiswa Mumtaz.

ii- Dermasiswa Tun Perak

  1. Terbuka kepada pemohon yang mengikuti pengajian sepenuh masa peringkat Diploma atau setaraf serta Ijazah Sarjana Muda sahaja dalam semua bidang pengajian.
  2. Pemohon hendaklah berada sekurang-kurangnya dalam tahun pertama semester kedua pengajian semasa melakukan permohonan.
  3. Pemohon yang berada di semester lanjutan adalah tidak layak untuk menerima insentif ini.
  4. Pemohon mestilah mendapat keputusan peperiksaan PNGK 3.50 sekurang-kurangnya semasa mengemukakan permohonan.
  5. Pemohon yang sedang menerima tajaan Biasiswa Mumtaz daripada MAIM adalah tidak layak memohon Dermasiswa Tun Perak.

Cara Memohon

Pemohon boleh mendapatkan borang yang boleh dimuat turun menerusi pautan https://drive.google.com/file/d/1Y5JCOHOgoHGZlu2CgemcnvlAviEq8Ae9/view.

Dokumen Permohonan

Dokumen permohonan yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga
  3. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
  4. Surat Pengesahan Asnaf
  5. Slip Gaji Ibu Bapa/Penjaga
  6. Pengesahan Pendapatan Ibubapa/Penjaga (Jika Tiada Slip Gaji)
  7. Salinan Surat Tawaran Universiti
  8. Salinan Keputusan Semasa Pengajian (Transkrip Semasa)
  9. Sijil-Sijil SPM dan STPM atau STAM / Diploma dan Setaraf / Asasi / Matrikulasi Yang Berkaitan
  10. Salinan Akaun Bank Pemohon
  11. Sijil Nikah / Cerai / Kematian Ibu Bapa/Penjaga (Jika Berkaitan)
  12. Sijil Pengangkatan (Jika Berkaitan)
  13. Struktur Yuran Pengajian

Soalan Lazim

Apakah maksud Biasiswa Mumtaz dan Dermasiswa Tun Perak?

Biasiswa Mumtaz dan Dermasiswa Tun Perak merupakan program bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh MAIM untuk para asnaf yang menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS).

Bilakah permohonan boleh dipohon?

Permohonan boleh dibuat sehingga 30 Jun 2026 (Selasa).

Jika saya berumur 24 tahun pada tarikh permohonan, adakah saya boleh memohon?

Ya. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.

Jika saya bukan anak jati Melaka, adakah saya boleh membuat permohonan?

Keutamaan permohonan adalah kepada anak jati negeri Melaka.

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan borang permohonan?

Borang permohonan boleh dibuat menerusi https://drive.google.com/file/d/1Y5JCOHOgoHGZlu2CgemcnvlAviEq8Ae9/view.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pembangunan Asnaf ditalian:

  • 011-5891 4140
  • 011-5880 7884

Baca juga: Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut