Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2026

biasiswa kerajaan negeri sabah
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Berita baik buat anak jati negeri Sabah kerana permohonan untuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah telah dibuka yang boleh dipohon menerusi https://ptps.sabah.gov.my.

Biasiswa ini dibuka bagi calon yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi dalam pelbagai bidang.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang biasiswa ini dan butiran lanjut permohonan.

Apakah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah?

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah merupakan biasiswa yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah khusus kepada pelajar anak Negeri Sabah yang melanjutkan pengajian ke IPT.

Bagi pelajar yang ingin memohon, pemohon mestilah membuat permohonan menerusi Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS).

PTPS adalah Portal bersepadu untuk menyelaraskan badan penaja dan pemberi bantuan serta menjadi platfom rasmi kepada para pelajar untuk memohon tajaan pendidikan.

PTPS merupakan inisiatif baharu hala tuju Sabah Maju Jaya dalam pemperkasa bantuan kepada anak-anak sabah terutama yang melanjutkan pengajian ke peringkat Pengajian Tinggi.

Jenis Tajaan

Di bawah biasiswa ini, terdapat beberapa penajaan yang ditawarkan seperti berikut:

  • Anugerah Biasiswa Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah (Sarjana Muda)
  • Biasiswa Cemerlang Kerajaan Negeri Sabah (Sarjana Muda)
  • Biasiswa Perdana (Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Perubatan)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

i- Anugerah Biasiswa Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 9 A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon.
  • Lulus Matrikulasi/Asasi/Foundation/A-Level dengan memperolehi PNGK/CGPA 4.0.

ii- Biasiswa Cemerlang Kerajaan Negeri Sabah

  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi PNGK/CGPA 4.0. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.

iii- Biasiswa Perdana (Diploma dan Sarjana Muda)

a) Diploma

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon.
  • Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.

b) Sarjana Muda

  • Lulus Diploma/ Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM)/ Matrikulasi /Asasi/ Foundation/A-Level dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.0
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya Jayyid.

c) Sarjana

  • Lulus Sarjana Muda dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5

d) Perubatan

  • Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/ Diploma/ Matrikulasi.
  • Tawaran Biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang boleh memohon adalah seperti berikut:

  • STEM (Science, Technology, Engineering, And Mathematics)
  • Sastera Ikhtisas
  • Sains Sosial
  • Sains Gunaan

Kelayakan Umur

Kelayakan umur untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Diploma : 20 Tahun
  • Sarjana Muda : 25 Tahun
  • Sarjana : 28 Tahun

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem dalam talian dengan melayari laman sesawang https://ptps.sabah.gov.my.

Pemohon juga diwajibkan untuk mendaftar menggunakan alamat e-mel peribadi yang masih aktif.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah?

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah ialah biasiswa yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada pelajar anak Negeri Sabah yang melanjutkan pengajian ke IPT.

Apakah bidang pengajian yang layak untuk memohon?

– STEM (Science, Technology, Engineering, And Mathematics)
– Sastera Ikhtisas
– Sains Sosial
– Sains Gunaan

Apakah kelayakan umur yang ditetapkan untuk pemohon?

– Diploma : 20 Tahun
– Sarjana Muda : 25 Tahun
– Sarjana : 28 Tahun

Bagaimanakah cara untuk memohon biasiswa ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://ptps.sabah.gov.my.

Apakah jenis tajaan yang boleh dipohon?

– Anugerah Biasiswa Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah (Sarjana Muda)
– Biasiswa Cemerlang Kerajaan Negeri Sabah (Sarjana Muda)
– Biasiswa Perdana (Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Perubatan)

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat tambahan atau mempunyai sebarang persoalan, boleh berhubung dengan:

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Bahagian Biasiswa Negeri
Aras 3, Blok A, Menara Kinabalu
Jalan Sulaman,
Teeluk Likas
88400 Kota Kinabalu

Tel: 088-368600, 088 -368676

Emel: bkns. [email protected]

Baca juga: Biasiswa Yayasan Sarawak 2026 – Cara Mohon & Syarat

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut