Belanjawan Selangor 2023: Intipati Bantuan Untuk Rakyat

Kerajaan Selangor memperuntuk RM2.45 bilion dalam Belanjawan 2023 sebagai persediaan mendepani kelembapan ekonomi tahun depan.

Membentang dokumen tersebut hari ini, 25 November 2022, Dato’ Menteri Besar berkata keseluruhan jumlah tersebut
tinggi sedikit berbanding tahun lalu iaitu RM2.34 bilion.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan sebanyak RM1.25 bilion atau 51 peratus diperuntuk bagi perbelanjaan mengurus dan 1.2 bilion lagi untuk pembangunan.

Sumber: Selangor TV

Berikut dikongsikan antara intipati Belanjawan Selangor 2023 yang telah dibentangkan sebentar tadi.

Intipati Belanjawan Selangor 2023

SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE)

Selangor teruskan beri 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan (SADE).

Bermula 1 Oktober 2022, Kerajaan Negeri ubah syarat kelayakan SADE, naikkan had minimum pendapatan isi rumah daripada RM4,000 kepada RM5,000 dan ke bawah.

BANTUAN YURAN BULANAN DI TASKA (YAWAS)

RM600 ribu: Inisiatif penjagaan kanak-kanak di taska melalui bantuan yuran bulanan sebanyak RM100 sebulan bagi setiap anak berusia 4 tahun ke bawah dari keluarga B40 melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

SKIM ILTIZAM ANAK SELANGOR

RM3 juta: Skim Iltizam Anak Selangor

  • Buka akaun SSPN Prime bagi anak-anak lahir pada tahun 2022 di Selangor
  • 30 ribu pemohon diberi RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun

KAD ANIS

Kad ANIS pusatkan bantuan:

  • Subsidi Yuran Pendidikan di Pusat Early Intervention Program (EIP)
  • Geran pembelian barangan keperluan khas
  • Bantuan pembelian barangan asas
  • Bantuan rawatan/ saringan kesihatan ISS
  • Baucer beli belah, khairat kematian SMUE

PROGRAM BINGKAS

RM108 juta: program BINGKAS diteruskan

  • Diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak
  • Pembelian barangan dan keperluan asas bulanan RM300 sebulan

SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Baucar beli-belah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) ditingkatkan dari RM100 kepada RM150.

PROGRAM SKIM INSURANS AM SELANGOR (INSAN)

  • 6 juta rakyat Selangor (30 hari – 80 tahun)
  • Premium ditanggung penuh kerajaan negeri
  • Perlindungan sehingga RM10,000 jika cedera & hilang upaya atau kematian akibat kemalangan
  • Kos urus pengebumian RM1,000 kepada waris

DANA BANTUAN GUAMAN SELANGOR

RM2 juta: Dana Bantuan Guaman Selangor

  • isu kekeluargaan, pekerjaan
  • termasuk keganasan domestik
  • diperluas melibatkan kes syariah

ILTIZAM SELANGOR SIHAT (ISS)

RM45 juta: Iltizam Selangor Sihat (ISS)

  • rawatan asas & vaksinasi RM500 setahun bagi kategori keluarga
  • RM250 setahun bagi kategori individu
  • di mana-mana klinik panel di seluruh negeri

Manfaat Iltizam Selangor Sihat (ISS) diperluas:

  • perlindungan takaful (manfaat kematian/cacat kekal akibat kemalangan) RM5,000
  • penyakit kritikal RM5,000
  • kematian semula jadi RM5,000
  • khairat kematian sebanyak RM1,000

BANTUAN SELANGOR SIHAT

RM5 juta: Bantuan Selangor Sihat sehingga RM5,000 menampung kos rawatan kesihatan:

  • dialisis buah pinggang
  • pembedahan katarak mata
  • pembedahan kecil
  • rawatan kanser
  • talasemia
  • bantuan alatan perubatan

SKIM RAWATAN JANTUNG NEGERI SELANGOR

RM5 juta: Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan yang berkelayakan.

PROGRAM BANTUAN YURAN ASAS UNIVERSITI (BAYU)

RM4 juta: Program Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU)

  • tajaan yuran asas kepada mahasiswa anak Selangor yang mendapat tempat di universiti
  • bantu golongan ibu bapa kategori B40 dan M40

HPIPT SELANGOR

RM3 juta: Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor

  • RM1,000 kepada anak-anak Selangor
  • keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah
  • pelajar tahun pertama pengajian IPTA/IPTS yang diiktiraf
  • Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

TKWBNS

RM8 juta: Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor

  • 5 program Peduli Siswa & 2 Program Khas dalam bentuk pinjaman boleh ubah & biasiswa
  • sekolah menengah hingga pascasiswazah
  • dibuka kepada penjawat awam Selangor yang ingin melanjutkan pelajaran

Elaun Guru KAFA Naik, Diselaras

Pelarasan elaun minimum Guru KAFA RM1,500 sebulan akan dilaksanakan bermula Januari 2023. Sebagai tambahan, elaun bulanan seramai 2,825 guru KAFA akan diseragamkan dan dinaikkan kepada RM1,500 sebulan.

Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah RM4.8 juta bagi pelarasan elaun Guru KAFA.

SKIM BANTUAN BIAYA RUMAH SELANGOR

RM100 juta: Skim Bantuan Biaya Rumah Selangor

  • biaya 10%-15% wang pendahuluan
  • kediaman mampu milik LPHS
  • pembiayaan patuh syariah
  • bayaran bulanan tidak membebankan 5-10 tahun
  • bayaran balik fleksibel jika ingin selesai awal
  • khidmat nasihat kewangan

Laporan penuh menyusul.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!