Advertisements

Skim Rawatan Jantung Selangor 2022 : Semak Kelayakan & Permohonan

Advertisements

Ramai rakyat Selangor sendiri tidak tahu bahawa kerajaan negeri mempunyai program Skim Rawatan Jantung Selangor bagi membantu pesakit jantung yang layak.

Skim Rawatan Jantung ini merupakan sebahagian daripada Skim Peduli Sihat dan program ini telah dilancarkan sejak tahun 2018.

Bagi tahun 2022, kerajaan negeri Selangor telah mengambil keputusan untuk meneruskan lagi program ini dimana sejak dilancarkan dahulu, 257 orang pesakit telah pun mendapat manfaatnya.

Apakah Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor?

Skim Rawatan Jantung Selangor

Kos pembiayaan bagi rawatan berkaitan jantung bukanlah murah dan melalui program ini, pesakit yang layak dibantu akan diberikan bantuan pembiayaan sehingga RM50,000.

Kerajaan negeri meneruskan bantuan perubatan ini kerana memahami kesukaran golongan berpendapatan rendah dan sederhana menampung kos rawatan jantung yang semakan tinggi.

Untuk tujuan ini, kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan RM10 juta bagi program ini yang akan dibiayai secara bersama oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), iaitu anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

Syarat Kelayakan

Skim ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja:

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

  1. Lahir di Selangor; ATAU
  2. Menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun
  3. Mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000 sebulan

Bagi indivdu yang menepati kriteria yang ditetapkan di atas, anda boleh membuat permohonan melalui syarikat  Selcare Management Sdn Bhd (Selcare).

Individu yang layak mendapat pembiayaan perubatan melalui Skim Rawatan Jantung Selangor ini akan diberikan surat jaminan (GL) sebelum mendapat rawatan di Institusi Jantung Negara.

Cara Permohonan

Secara umumnya, skim ini dikategorikan kepada 2 kategori seperti yang berikut:

  1. KATEGORI 1: Ahli Skim Peduli Sihat
  2. KATEGORI B: Berpendpatan isi rumah diantara RM2,000 dan RM8,000

KATEGORI A

  1. Pemohon perlu mendaftar sebagai ahli Skim Peduli Sihat (Jika masih belum mendaftar).
  2. Pesakit mendapatkan pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Panel.
  3. Emel surut rujukan doktor ke SELCARE [email protected] dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR
  4. SELCARE akan memproses Surat Jaminan (GL) dan memaklumkan kepada pesakit tarikh rawatan di IJN.
  5. Pesakit ke IJN membawa Kad Pengenalan untuk mendapatkan rawatan. (GL akan dihantar ke IJN)

KATEGORI B

  1. Muat turun borang permohonan di sini 
  2. Hantar borang dan dokumen yang lengkap kepada SELCARE atau email ke [email protected] dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR
  3. SELCARE akan menghubungi pesakit atau penama setelah kelulusan diperolehi.

Jenis Pembiayaan Skim Rawatan Jantung Selangor

Had pembiayaan bagi kedua kategori ini juga adalah berbeza seperti yang dinyatakan dalam jadual d bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan skim ini, sila rujuk ke laman web Peduli Sihat di pautan berikut: https://pedulisihat.com/cvs.html

SELGATE Corporation Sdn Bhd. ( 1204550-P ). 
No Telefon: 1-800-22-6600
No Faks: 03 – 5525 6900
Emel: [email protected]

Leave a Comment