HPIPT 2022: Permohonan Hadiah Kemasukan Ke IPT (RM1000)

PERMOHONAN HPIPT KINI DIBUKA BERMULA 1 MAC 2022 HINGGA 31 MAC 2022 : Bantuan RM1,000.00 secara “one-off” untuk Siswa Baharu Anak Selangor.

Pemohon yang layak untuk memohon merupakan pelajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke IPTA & IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan dari peringkat peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Rujuk info selanjutnya tentang cara permohonan dan syarat kelayakan di bawah.

Apakah HPIPT 2022?

Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang memberi bantuan RM1,000 khusus kepada anak – anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Hpipt selangor 2022

Baca juga: Permohonan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor 2022 (WBS)

Syarat Kelayakan

SYARAT KELAYAKAN permohonan HPIPT 2022 adalah seperti berikut:

  1. Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut.
    • i. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor;
    • ii. Ibu atau bapa lahir dan menetap di Selangor
    • iii. Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
    • iv. Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama.
  4. Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja;
  5. Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
  6. Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja;
  7. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  8. Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah; dan
  9. Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.

Tarikh Permohonan HPIPT 2022

Permohonan dibuka mulai 1 Mac 2022 hingga 31 Mac 2022.

Cara Permohonan

Untuk memohon, sila klik:
http://hpipt.selangor.gov.my/

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia HPIPT ditalian 03-55447385 atau 03-55215523.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!