11 Barang Perlu Ada Dalam Beg Kecemasan Bencana – MetMalaysia

BEG KECEMASAN KETIKA BANJIR

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan. Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu mengundang risiko berlaku hujan lebat berterusan dan peratusan banjir berskala besar adalah tinggi.

Menurut Berita Harian, Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan. Dalam tempoh November hingga Disember, cuaca adalah lebih lembap terutama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.

Menurutnya juga,  lazimnya cuaca adalah hujan pada sebelah pagi di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah manakala pada sebelah petang, ribut petir atau hujan akan berlaku di negeri-negeri pantai barat Semenanjung, pedalaman Sarawak dan barat Sabah.

Sekiranya berlaku luruan monsun atau kemunculan sistem tekanan rendah, ia akan menyebabkan hujan berterusan berlaku di negeri-negeri berkenaan yang berpotensi menyebabkan banjir besar. Luruan monsun yang signifikan biasanya akan bermula pada Disember.

Antara negeri yang perlu berjaga-jaga termasuklah:

  • SELANGOR
  • PAHANG
  • KELANTAN
  • TERENGGANU
  • PERAK

Pada 12 September 2022, Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) sebagai persediaan menghadapi monsun timur laut yang dijangkakan bermula pada bulan November 2022 hingga Mac 2023.

Mesyuarat bersetuju supaya JPBD yang dipengerusikan Pegawai Daerah diaktifkan segera dan peranannya di semua lokasi bencana diperkasakan.

Bagi aspek pengurusan mangsa, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah bersiap sedia untuk mengaktifkan 6,010 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara yang mempunyai kapasiti menempatkan 1,620,855 mangsa.

Kementerian Pendidikan Malaysia diarahkan memastikan asrama-asrama sekolah yang tidak dihuni pelajar ketika bencana boleh digunakan oleh mangsa banjir manakala di sekolah tanpa asrama yang digunakan sebagai PPS, semua fasiliti dinaik taraf seperti menyediakan bilik mandi dan sebagainya.

Mesyuarat juga bersetuju supaya bunyi amaran awal berbeza dengan bunyi siren yang lain seperti ambulans dan kereta peronda polis bagi mengelakkan kekeliruan.

Keluarga Malaysia yang tinggal di kawasan rendah dan terdedah dengan risiko banjir diminta supaya sentiasa peka dengan amaran awal dan segera berpindah sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa.

Beg Kecemasan Untuk Persediaan Bencana

Malaysian Meteorological Department (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu infografik mengenai 1 RUMAH 1 BEG KECEMASAN.

Beg kecemasan ini perlu diletakkan di bahagian yang mudah dicapai apabila berlakunya segala jenis kecemasan yang tidak dijangka.

Apakah itu BOB (Bug Of Beg) atau bahasa mudahnya adalah 1 Beg Kecemasan.

Kalau datangnya apa-apa bencana boleh terus grab 1 beg ini sahaja dan selamatkan diri serta ahli keluarga.

Apa yang perlu ada dalam beg ini?

Ini yang disarankan oleh Malaysia Metrological Department :

  1. Beg Waterproof
  2. Lampu Suluh
  3. Document Case (Simpan semua dokumen asas yang penting)
  4. Emergency Kit
  5. Wisel
  6. Makanan Tahan Lama, contohnya:
    • Energy Bar
    • Biskut
    • Susu tepung anak
    • Makanan segera / dalam tin
  7. Mineral Water
  8. Power Bank & Phone
  9. Kit Kebersihan
  10. Mini Radio
  11. Sedikit Wang Saku
  12. 1 set pakaian

Jika anda masih sempat menyelamatkan barang untuk ke tempat selamat, anda juga boleh menyediakan barang lain ketika bencana :

  • Emergency blanket
  • Emergency Glow Stick
  • Multipurpose Knife

Anda juga boleh rujuk senarai di bawah ini:

Difahamkan bahawa senarai ini dibuat oleh Md Nor Fahmy sebagai panduan menyediakan beg kecemasan menghadapi bencana.

Beliau memang selalu masuk hutan, banyak pengalaman persediaan yang sepatutnya.

Rasanya ini dah cukup untuk bertahan selama 48 jam sebelum bantuan datang.

Boleh beli siap-siap sebab bencana ini datang diluar jangkaan kita. 1 Rumah 1 Beg Kecemasan.

Semoga kita sentiasa dilindungi.

Sila rujuk perkongsian di bawah untuk contoh penyediaan beg kecemasan ini.

Baca juga:

Tips & Contoh Persediaan Beg Kecemasan (Bug Out Bag)

Masih belum lewat untuk mula Bug Out Bag.

Saya pernah buat perkongsian beberapa tahun lepas berkenaan dengan apa yang ada dalam beg kecemasan yang ada di rumah kami.

Beg kecemasan ni isinya bukannya untuk seminggu dua ya, tapi untuk digunakan dalam 2-3 hari bila berlaku bencana seperti banjir, taufan, gempa bumi dan sebagainya sebelum bantuan tiba.

Kali ni saya letakkan dalam bentuk gambar supaya mudah untuk dijadikan rujukan.

Adalah penting untuk sediakan beg yang sesuai, tidak kecil tapi tidaklah sampai sukar untuk dibawa semasa kecemasan.

Sebaiknya beg sandang, jangan sesekali beg tarik ya. Sila tulis nama, dan sedikit maklumat ringkas di beg.

Kalau tidak menyusahkan, sebaiknya sediakan satu beg bagi satu orang (yang boleh angkat beg la).

Isi Beg

(Sila sediakan mengikut kesesuaian diri dan tempat. Senarai di bawah adalah mengikut kesesuaian di tempat sejuk)

  1. Air (jangan terlalu banyak sebab berat)
  2. Sedikit makanan yang tahan lama
  3. Tandas segera (ada dijual di Daiso / kedai-kedai online)
  4. Kit kecemasan dan ubat-ubatan
  5. Pelitup muka
  6. Bagi wanita, tuala wanita
  7. Tisu basah, tisu tandas
  8. Bagi kawasan sejuk, sediakan juga pemanas mudah alih, Jepun panggil KAIRO
  9. Bekas untuk isi air (saya punya dalam bentuk plastik boleh lipat)
  10. Plastik wrap
  11. Lapik plastik (pelbagai guna ni)
  12. Baju hujan
  13. Selimut kecemasan
  14. Sejadah
  15. Pisau serbaguna (saya guna Swiss Army)
  16. Lilin dan mancis
  17. Wisel
  18. Tape pelekat
  19. Tali
  20. Sarung tangan
  21. Bateri dan pengecas (untuk telefon dan sebagainya)
  22. Radio
  23. Lampu suluh (yang saya punya dah sekali dengan pengecas solar dan dinamo serta ada radio sekali)
  24. Kertas maklumat diri (nama, alamat, jantina, jenis darah, tarikh lahir, no telefon, no kecemasan, hospital yang biasa guna, ubatan yang diambil, alergi dan sebagainya)
  25. *Baju (boleh letak dalam beg lain sebab makan ruang)

Rujuk gambar di bawah:

Beg kecemasan saya ni saiznya tak besar mana.
Sekadar keperluan untuk 2~3 hari sahaja.

Pastikan tulis nama ya
Makanan yang dicadangkan adalah makanan seperti beras alpha, sedikit makanan dalam tin, gula-gula dan sebagainya
Air minum, mudah cerita air mineral botol la….
Tandas segera, tuala wanita, kit kecemasan, ubat-ubatan, berus gigi (ubat gig sekali la), tisu basah pelitup muka
Tisu tandas, plastik lapik, sejadah, bekas isi air, baju hujan, selimut kecemasan, plastik wrap dan sebagainya
Lilin, mancis, pisau serbaguna, tali, tape plastik, sarung tangan, lampu, radio, pengecas, bateri, wayar, wisel
Maklumat ringkas (nama, alamt, nombor telefon, jenis darah, hospital, alergi dan sebagainya)

Diharap post ini dapat membantu bagi mereka yang mahu menyediakan beg kecemasan sendiri.

Sumber: Wan Ab Aziz

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!