Bila harga barang dapur semakin meningkat, bantuan seperti Baucar Kita Selangor 2026 pastinya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan perbelanjaan bulanan. Melalui program ini, penerima yang layak akan menerima RM100 sebulan selama enam bulan untuk digunakan bagi membeli barangan keperluan harian.
Inisiatif ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dan sebahagian daripada Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor berjumlah RM131 juta yang diumumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
Jika anda merupakan penduduk Selangor, ada baiknya semak kelayakan anda kerana bantuan ini boleh membantu mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin mencabar.

Ringkasan Baucar Kita Selangor
- Baucar Kita Selangor beri RM100 sebulan selama 6 bulan kepada golongan sasar termasuk pemohon baharu seperti pasangan berkahwin dan ibu/bapa tunggal dengan anak berusia 18 tahun ke bawah, tertakluk syarat kelayakan.
- Tarikh Permohonan: 23 Jun 2026 – 31 Disember 2026
- Pendapatan Isi Rumah: RM5,000 dan ke bawah
- Kaedah Permohonan: Portal Baucar Kita Selangor & pengesahan atas talian
- Saluran Bantuan: E-dompet Selangkah
Apa Itu Baucar Kita Selangor?
Baucar Kita Selangor ialah inisiatif bantuan tunai daripada Kerajaan Negeri Selangor, diperkenalkan dalam Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026 bernilai RM130.42 juta.
Program ini memberikan baucar RM100 sebulan selama 6 bulan kepada 50,000 penerima, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 & M40) untuk pembelian barang keperluan asas seperti makanan dan runcit.
Ia bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup akibat krisis bekalan tenaga dan inflasi dan pelaksanaan fasa pertama akan bermula Jun 2026. Manakala fasa kedua kini sedang dibuka untuk permohonan sehingga 31 Disember 2026.

Nilai Baucar Yang Akan Diterima & Barang Yang Boleh Dibeli
Nilai Baucar Kita Selangor ialah RM100 sebulan yang akan di selama 6 bulan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan RM600 bagi setiap penerima.
Program ini disokong peruntukan RM30 juta sebagai sebahagian daripada Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026.
Sasaran utama penerima ialah 50,000 warga Selangor yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) yang terkesan kenaikan kos sara hidup.
Baucar ini tertumpu kepada penduduk negeri yang memenuhi kriteria kewangan dan alamat tetap di Selangor untuk pembelian barangan asas seperti dalam senarai berikut:

Bila Penerima Akan Mula Menerima Baucar RM100 Ini?
Tarikh agihan baucar ini bermula pada 30 Jun 2026 untuk fasa pertama. Manakala fasa kedua kini sedang dibuka untuk proses permohonan.
Baucar bernilai RM100 sebulan akan disalurkan secara berterusan selama 6 bulan kepada 50,000 penerima, bermula Jun sehingga November 2026.
Permohonan boleh dibuat sehingga 31 Disember melalui https://baucarkitaselangor.com/

Syarat Kelayakan Umum
Pemohon perlu memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
- Menetap di Negeri Selangor dengan alamat tempat tinggal di Selangor.
- Mempunyai pendapatan bulanan isi rumah sebanyak RM5,000 dan ke bawah.
- Hanya seorang penerima bantuan sahaja layak bagi setiap isi rumah.
- Pemohon atau pasangan bukan penerima aktif Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).
- Mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur 18 tahun dan ke bawah, termasuk pasangan suami isteri atau ibu/bapa tunggal akibat kematian atau perceraian.
Cara Semak Kelayakan
Pemohon boleh membuat semakan nombor kad pengenalan melalui Portal Baucar Kita Selangor bagi mengetahui sama ada telah tersenarai di bawah kategori Pra-Daftar atau perlu mengemukakan permohonan baharu.

Cara Memohon Baucar Kita Selangor
Permohonan dan semakan kelayakan Baucar Kita Selangor 2026 boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal rasmi https://baucarkitaselangor.com/ sehingga 31 Disember 2026.
- Muat turun aplikasi Selangkah dan daftar/log masuk;
- Buka Portal BKS dan log masuk menggunakan akaun Selangkah;
- Lengkapkan maklumat peribadi, pendapatan, bantuan sedia ada dan maklumat tanggungan mengikut borang dalam talian.
- Sediakan dan muat naik salinan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, bukti pendapatan dan dokumen sokongan lain.
- Semak semula maklumat anda, kemudian hantar permohonan untuk semakan dan kelulusan.
- Selepas diluluskan, semak status permohonan di portal dan aktifkan baucar digital anda untuk digunakan di kedai panel.
Anda juga boleh log masuk menggunakan akaun Selangkah anda (daftar akaun baharu jika belum ada).

Senarai Kedai Yang Menerima Baucar Kita Selangor 2026
Tidak semua kedai menerima Baucar Kita Selangor 2026. Oleh itu, anda boleh buat semakan senarai peniaga yang berdaftar untuk program ini melalui portal Baucar Kita Selangor.

Masih Ada Pertanyaan? Ini Saluran Rasmi Yang Boleh Anda Rujuk
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai baucar ini, sila rujuk:
- Portal Kerajaan Negeri Selangor
- Facebook Amirudin Shari
- Portal AKSES Kerajaan Negeri Selangor
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
- Portal Baucar Kita Selangor
- Soalan Lazim (FAQ): https://baucarkitaselangor.com/soalan-lazim
BACA JUGA: Permohonan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2026
Soalan Lazim Baucar Kita Selangor
A. Syarat Kelayakan & Kriteria Permohonan
Golongan yang layak telah dibahagikan kepada dua kaedah kemasukan data.
Bagi kategori Pra-Daftar, pemohon yang dikenal pasti melalui pangkalan data Kerajaan Negeri akan dimasukkan secara automatik ke dalam sistem.
Manakala bagi pemohon yang tidak berada dalam kategori Pra-Daftar tetapi memenuhi syarat kelayakan program, permohonan baharu boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Baucar Kita Selangor.
Pemohon mestilah memenuhi syarat berikut:
-Warganegara Malaysia.
-Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
-Menetap di Negeri Selangor dengan alamat tempat tinggal di Selangor.
-Mempunyai pendapatan bulanan isi rumah sebanyak RM5,000 dan ke bawah.
-Hanya seorang penerima bantuan sahaja layak bagi setiap isi rumah.
-Pemohon atau pasangan bukan penerima aktif Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).
-Mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur 18 tahun dan ke bawah, termasuk pasangan suami isteri atau ibu/bapa tunggal akibat kematian atau perceraian.
Cara Menyemak Kelayakan: Pemohon boleh membuat semakan nombor kad pengenalan melalui Portal Baucar Kita Selangor bagi mengetahui sama ada telah tersenarai di bawah kategori Pra-Daftar atau perlu mengemukakan permohonan baharu.
Tidak layak. Syarat utama program ini mewajibkan pemohon merupakan seorang Warganegara Malaysia.
Tidak layak. Selain daripada menetap dan mempunyai alamat tempat tinggal di Selangor, pemohon mestilah seorang pemilih (pengundi) yang berdaftar di Negeri Selangor.
Tidak boleh. Bantuan ini disasarkan khusus untuk isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM5,000.00 dan ke bawah sahaja.
Tidak boleh. Hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan bagi setiap isi rumah.
Tidak layak. Mengikut syarat program, pemohon atau pasangan pemohon tidak boleh merupakan penerima aktif Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).
B. Kategori Penerima Sasar & Kaedah Pendaftaran
Bagi kategori ‘New Poor’ (pekerja terjejas yang diberhentikan kerja dalam tempoh 6 bulan bermula Februari 2026), anda termasuk di bawah kategori Pra-Daftar. Data anda diambil terus daripada pangkalan data kerajaan. Anda hanya perlu menyemak, mengemaskini, dan mengesahkan maklumat anda di portal bermula 23 Jun sehingga 31 Disember 2026.
Ya. Sekiranya anda tidak berada dalam kategori Pra-Daftar tetapi memenuhi syarat kelayakan program, anda boleh membuat permohonan baharu secara dalam talian melalui Portal Baucar Kita Selangor.
Permohonan terbuka kepada pasangan suami isteri serta ibu atau bapa tunggal yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur 18 tahun dan ke bawah dan memenuhi syarat kelayakan program.
Kelompok Rentan & Penjaga yang akan dipra-daftar ke dalam sistem melibatkan data penerima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS). Kumpulan ini terdiri daripada Penyelaras Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Penyelaras Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), ibu bapa atau penjaga peserta Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), ibu bapa atau penjaga peserta Pusat Anak Istimewa Selangor (ANIS), guru Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) serta sukarelawan warga emas yang berkhidmat di Klinik Kesihatan.
Anda masih boleh membuat permohonan melalui Portal Baucar Kita Selangor. Walau bagaimanapun, pemohon yang diluluskan perlu mempunyai akaun Selangkah bagi tujuan penerimaan dan penggunaan bantuan melalui e-wallet Selangkah.
Ya. Bermula 8.00 pagi, 8 Ogos 2026, pasangan suami isteri yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur 18 tahun dan ke bawah layak memohon, tertakluk kepada syarat kelayakan program.
C. Tempoh, Polisi, & Penyaluran Bantuan
Penerima yang layak akan menerima bantuan kewangan bernilai RM100 sebulan selama 6 bulan. Penyaluran bantuan akan dimasukkan terus ke dalam e-wallet Selangkah penerima pada setiap bulan.
Tidak boleh. Program ini mengguna pakai polisi Zero-rise, di mana sebarang baki di dalam e-wallet yang tidak habis digunakan pada bulan tersebut akan luput dan tidak boleh dibawa ke hadapan.
Setiap permohonan, sama ada melalui pengesahan Pra-Daftar atau permohonan baharu, akan disemak dan diluluskan dalam tempoh 30 hari bekerja oleh pihak Selcare.
Permohonan dibuka bermula 23 Jun 2026 dan akan ditutup pada 31 Disember 2026.
Pemohon yang layak akan menerima notifikasi rasmi melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp yang didaftarkan dalam sistem. Pemohon juga boleh membuat semakan status kelayakan melalui Portal Baucar Kita Selangor.
Contoh mesej adalah seperti berikut:
Tahniah! Anda layak menerima manfaat Baucar Kita Selangor (BKS) dan telah dipra-daftar ke dalam sistem. Sila muat turun aplikasi Selangkah serta lengkapkan pengesahan maklumat dan dokumen sokongan anda melalui Portal Baucar Kita Selangor untuk proses kelulusan.
D. Sokongan Pekerjaan & Pelan Pemulihan Ekonomi
Bantuan BKS merupakan sokongan kewangan jangka pendek. Bagi membantu meningkatkan daya tahan ekonomi keluarga, penerima akan dihubungkan dengan program Jelajah Wanita Berdaya Tahan yang menawarkan pelbagai inisiatif seperti Karnival Kerjaya, latihan peningkatan kemahiran (upskilling), peluang keusahawanan serta program pembangunan ekonomi bagi membantu meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan keluarga.
Boleh dan amat digalakkan. Semua penerima bantuan BKS digalakkan menyertai siri Jelajah Wanita Berdaya Tahan bagi mendapatkan akses kepada latihan kemahiran, peluang keusahawanan, sokongan kebolehpasaran pekerjaan serta pelbagai inisiatif pembangunan ekonomi yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.
Boleh. Jika profil anda tidak menepati kriteria BKS, anda digalakkan untuk membuat semakan dan permohonan bantuan alternatif di agensi lain. Bagi pekerja terjejas yang diberhentikan kerja, semakan tuntutan boleh dibuat melalui portal PERKESO, dan boleh juga sertakan surat berhenti kerja, manakala bagi sokongan kebajikan am dan bantuan isi rumah, permohonan boleh dikemukakan terus kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau agensi negeri yang berkaitan.
E. Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Anda perlu menyediakan dokumen sokongan berikut:
-Salinan Kad Pengenalan pemohon.
-Salinan Kad Pengenalan suami/isteri (jika berkaitan).
-Bukti tempat tinggal di Selangor (contohnya bil utiliti atas nama pemohon atau pasangan).
-Bukti pendaftaran sebagai pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
-Slip gaji atau dokumen pengesahan pendapatan isi rumah (jika berkaitan).
Nota: Bermula 8.00 pagi, 8 Ogos 2026, perakuan daripada Persuruhjaya Sumpah tidak lagi diperlukan.
Tidak. Bermula 8.00 pagi, 8 Ogos 2026, keperluan mendapatkan perakuan daripada Persuruhjaya Sumpah telah digugurkan. Pemohon hanya perlu mengemukakan dokumen sokongan yang ditetapkan.
Bermula 8.00 pagi, 8 Ogos 2026, semua permohonan yang telah ditolak sebelum ini akan dikemas kini kepada status “Dalam Semakan” dan dinilai semula berdasarkan syarat kelayakan baharu. Sekiranya memenuhi syarat, permohonan akan diproses tanpa perlu mengemukakan permohonan baharu.




