Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ialah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu rakyat dan industri dalam menghadapi krisis bekalan tenaga.
Pakej ini melibatkan peruntukan seperti RM131 juta yang merangkumi beberapa jenis bantuan untuk mengurangkan kos sara hidup seperti bantuan makanan, baucar keperluan asas, subsidi pengangkutan awam, bantuan sarapan sekolah dan sokongan kepada sektor pertanian.
Rujuk info penuh intipati Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa Pertama yang akan bermula JUN 2026 di bawah.
Ringkasan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor
- Pakej bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bernilai RM130.42 juta untuk membantu rakyat dan industri menghadapi krisis semasa.
- Terdapat 7 bantuan utama dalam pakej iaitu; Jelajah Ehsan Rahmah, Gudang Makanan Selangor, Baucar Kita Selangor, subsidi tambang pengangkutan awam, bantuan sarapan percuma pelajar sekolah, bantuan sektor pertanian, dan pemerkasaan usahawan koperasi Selangor
- Fasa pertama akan bermula pada JUN 2026.
Apa Itu Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor?
Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ialah pakej bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bernilai RM130.42 juta untuk membantu rakyat dan industri menghadapi krisis semasa.
Pakej ini bertujuan mengukuhkan keterjaminan bekalan makanan, mengurangkan kos sara hidup, mengawal inflasi, meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, dan memberi bantuan bersasar kepada golongan terkesan.
Antara komponen utamanya ialah Jelajah Ehsan Rahmah, Gudang Makanan Selangor, Baucar Kita Selangor, subsidi tambang pengangkutan awam, bantuan sarapan percuma pelajar sekolah, bantuan sektor pertanian, dan pemerkasaan usahawan koperasi Selangor.
Objektif:
- Mengukuhkan keterjaminan bekalan makanan
- Mengurangkan kos sara hidup rakyat
- Mengawal kesan inflasi daripada meningkat secara keterlaluan
- Meningkatkan penggunaan pengangkutan awam
- Bantuan bersasar kepada golongan paling terkesan


Jenis Bantuan
Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor akan bermula pada bulan Jun dengan usaha berikut:
| Inisiatif | Perincian | Peruntukan |
|---|---|---|
| Jelajah Ehsan Rahmah | – Sebulan sekali di setiap kawasan DUN seluruh Selangor | RM5 juta |
| Gudang Makanan Selangor | – Meningkatkan stok penimbal barang makanan asas seperti beras dan protein | RM50 juta |
| Baucar Kita Selangor | – Bernilai RM100 sebulan selama 6 bulan – 50,000 penerima – Pembelian barang keperluan asas | RM30 juta |
| Subsidi Tambang Pengangkutan Awam | – Bernilai RM30 sebulan selama 6 bulan • 30,000 penerima • Subsidi van DRT, bas, dan keretapi | RM5.4 juta |
| Bantuan Sarapan Percuma Pelajar Sekolah | – Meringankan perbelanjaan ibu bapa – 873 sekolah seluruh Selangor | RM9.6 juta |
| Bantuan Sektor Pertanian | – Antara RM300 – RM600 sebulan selama 6 bulan – Menampung kos input pertanian atau harga diesel – Memanfaatkan 17,237 pesawah, nelayan, petani, penternak, pengusaha akuakultur | RM25 juta |
| Pemerkasaan Usahawan Koperasi Selangor | – Memperkasa usahawan dalam sektor peruncitan dan logistik – Geran pembangunan kepada koperasi melalui KOHIJRAH | RM6 juta |











Sasaran
Pakej ini disasarkan kepada beberapa kumpulan utama yang terkesan akibat krisis bekalan dan kenaikan kos sara hidup, iaitu:
- Seluruh rakyat Selangor melalui inisiatif keselamatan makanan seperti Jelajah Ehsan Rahmah dan Gudang Makanan Selangor.
- Rakyat berpendapatan rendah dan sederhana (B40 & M40) melalui bantuan baucar, subsidi pengangkutan dan program makanan.
- Pelajar sekolah dan ibu bapa melalui bantuan sarapan percuma di sekolah.
- Petani, nelayan, penternak dan pengusaha akuakultur melalui sokongan kos input pertanian dan operasi.
- Pengguna pengangkutan awam melalui subsidi tambang untuk mengurangkan kos perjalanan.
- Usahawan kecil dan koperasi melalui bantuan pemerkasaan dalam sektor peruncitan dan logistik.
Tarikh Bantuan Disalurkan
Secara umumnya, tarikh bantuan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor akan mula disalurkan mulai Jun 2026 untuk fasa pertama, kecuali:
- Pemerkasaan Usahawan melalui PLATS: bermula Mei 2026
- Bantuan Sarapan Percuma Pelajar Sekolah: bermula Ogos 2026.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor, sila rujuk:
- Portal Kerajaan Negeri Selangor
- Facebook Amirudin Shari
- Portal AKSES Kerajaan Negeri Selangor
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Soalan Lazim Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor
Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ialah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bernilai RM130.42 juta untuk membantu rakyat menghadapi krisis bekalan, kos sara hidup dan tekanan ekonomi semasa.
Fasa pertama bermula pada Jun 2026.
Sasaran utama ialah rakyat Selangor yang terkesan akibat kenaikan kos sara hidup, golongan berpendapatan rendah, pengguna pengangkutan awam, pelajar, petani, nelayan, penternak dan usahawan kecil.
Antaranya ialah Jelajah Ehsan Rahmah, Gudang Makanan Selangor, Baucar Kita Selangor, subsidi tambang pengangkutan awam, bantuan sarapan percuma pelajar sekolah, bantuan sektor pertanian dan pemerkasaan usahawan koperasi Selangor.
Baucar ini bernilai RM100 sebulan selama 6 bulan dan melibatkan 50,000 penerima.
Subsidi sebanyak RM30 sebulan selama 6 bulan diberikan kepada 50,000 warga Selangor untuk kegunaan pengangkutan awam.
Ia bertujuan menambah stok makanan asas seperti beras dan protein supaya bekalan makanan lebih stabil jika berlaku gangguan import.
Kerajaan negeri menyediakan bantuan sarapan percuma di sekolah bagi meringankan belanja ibu bapa.
Bantuan ini melibatkan antara RM300 hingga RM600 sebulan selama 6 bulan kepada pesawah, nelayan, petani, penternak dan pengusaha akuakultur.





