Permohonan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2026

program bantuan sekolah negeri selangor
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Permohonan bagi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2026 kini telah dibuka dan sekolah yang berminat boleh membuat permohonan menerusi laman web AKSES iaitu https://akses.selangor.gov.my/.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.

Mengenai Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor

Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor merupakan inisiatif di bawah Iltizam Selangor Penyayang untuk memperkasakan kebajikan dan kemudahan pendidikan di Negeri Selangor.

Tujuan utama program ini ialah untuk membaikpulih infrastruktur sekolah dalam penyediaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang selamat dan kondusif kepada guru dan pelajar.

Ini penting bagi memastikan guru-guru dan murid-murid dapat melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang akhirnya dapat membantu kecemerlangan murid-murid di sekolah.

Tarikh Permohonan

Permohonan bagi program ini dibuka mulai 15 April 2026 hingga 15 Mei 2026.

Kriteria Permohonan

Kriteria permohonan bagi program ini adalah seperti berikut:

  • Permohonan mestilah bertujuan khusus untuk kerja-kerja membaik pulih atau menaik taraf infrastruktur dan fasiliti pembelajaran sekolah sahaja.
  • Permohonan hendaklah selaras dengan objektif program, iaitu untuk meningkatkan kualiti kemudahan fizikal sekolah.
  • Permohonan mestilah menyumbang ke arah mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan selamat kepada guru dan pelajar.
  • Keutamaan kriteria permohonan bagi kategori Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Agama Rakyat adalah seperti berikut:
    – Sekolah Kebangsan dan Sekolah Menengah Kebangsaan : Naik Taraf fasiliti sukan atau dewan sekolah.
    – Sekolah Agama Rakyat : Naik Taraf fasiliti pembelajaran, bilik darjah dan mengecat bangunan sekolah yang uzur.
  • Permohonan perlu mematuhi matlamat inisiatif Iltizam Selangor Penyayang dalam memperkasakan kebajikan dan kemudahan pendidikan.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon program bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Permohonan dibuka kepada sekolah-sekolah di negeri Selangor dan wajib berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) atau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sahaja.
  2. Permohonan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor mestilah bertujuan untuk membaikpulih/ naik taraf infrastruktur dan fasiliti pembelajaran sekolah sahaja.
  3. Permohonan hendaklah dibuat oleh pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).
  4. Setiap sekolah hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu (1) permohonan dengan satu (1) akaun penerima sahaja.
  5. Permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen Bill Of Quantities (BQ) yang disediakan oleh kontraktor bertauliah sahaja.
  6. Hanya sekolah yang telah menghantar Laporan projek Bantuan Sekolah tahun 2025 dengan lengkap sahaja akan akan diproses dan dipertimbangkan permohonannya.
  7. Permohonan yang tidak memenuhi syarat atau TIDAK disertakan dengan dokumen yang lengkap tidak akan dipertimbangkan.

Tatacara Permohonan

Untuk memohon, sila ikuti tatacara permohonan seperti berikut:

  • Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian melalui laman sesawang https://akses.selangor.gov.my/.
  • Permohonan hendaklah dibuat oleh pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).
  • Setiap sekolah perlu memohon ID Pengguna terlebih dahulu sebelum melakukan permohonan.
  • Maklumat yang diisi oleh pemohon mestilah tepat dan benar.
  • Permohonan perlulah dikemukakan dengan lampiran dokumen seperti berikut dalam bentuk format PDF sahaja iaitu:
    1. Struktur Pentadbiran Sekolah
    – Carta organisasi sekolah terkini (perlu mengandungi nama penuh dan jawatan individu)
    2. Sebut Harga
    – Bill Of Quantities (BQ) yang disediakan oleh kontraktor bertauliah yang dilantik oleh pihak sekolah sahaja.
    – Perlu mengandungi letterhead dan cop syarikat kontaktor pada sebut harga tersebut
    3. Gambar Kerosakan Bangunan / Peralatan
    – Lampirkan kompilasi gambar-gambar kerosakan yang ingin dibaikpulih dalam satu dokumen pdf
    4. Salinan Bil Elektrik / Air / Telefon Sekolah
    – Salinan bil mestilah atas nama sekolah sahaja
    – Sekiranya bil bukan atas nama sekolah, perlu lampirkan surat perakuan dari pihak sekolah dan nyatakan sebab bil bukan atas nama sekolah
    5. Salinan Muka Hadapan
    – Bank Yang Terkini Bank yang dilampirkan mesti atas nama Sekolah / PIBG / Lembaga Pengelola Sekolah sahaja.
    – Sekiranya bank yang dilampirkan bukan atas nama Sekolah / PIBG / Lembaga Pengelola Sekolah, lampirkan surat perakuan dari pihak sekolah dan nyatakan sebab.
    – Perlu memaparkan nama bank, penama akaun bank dan nombor akaun bank dengan jelas.
    6. Salinan Surat Pelantikan / Cabutan Minit Mesyuarat Pelantikan Lembaga Pengelola Sekolah / PIBG Sekolah
    – Lampirkan surat pelantikan pengerusi PIBG / pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah
    – Wajib lampirkan Sijil Perakuan Pendaftaran Sekolah Agama Islam Negeri Selangor yang masih sah bagi kategori Sekolah Agama Rakyat sahaja

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor?

Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor merupakan inisiatif di bawah Iltizam Selangor Penyayang untuk membaikpulih infrastruktur sekolah dalam penyediaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang selamat dan kondusif kepada guru dan pelajar.

Bilakah tarikh permohonan program ini dibuka?

Tarikh permohonan dibuka mulai 15 April 2026 hingga 15 Mei 2026.

Adakah sekolah tersebut mesti sekolah yang berdaftar sahaja?

Pemohon wajib berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) atau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Siapakah yang boleh memohon bagi pihak sekolah untuk program bantuan ini?

Permohonan mestilah menerusi pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).

Jika permohonan adalah untuk mengindahkan kawasan sekolah, adakah permohonan tersebut akan diterima?

Tidak. Permohonan mestilah khusus untuk kerja-kerja membaik pulih atau menaik taraf infrastruktur dan fasiliti pembelajaran sekolah sahaja.

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian melalui laman sesawang https://akses.selangor.gov.my/.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor, sila hantar email ke alamat [email protected] atau menghubungi 03-5521 2595 / 03-5544 7538 / 03-5521 2561

Baca juga: Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) 2026 – Semakan Subsidi Yuran RM50 Sebulan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut