Advertisements

8 Idea Barang Hantaran Tunang Yang Simple Tetapi Menarik!

Advertisements

Ramai yang keliru mengenai perbezaan antara barang hantaran tunang dan hantaran kahwin.

Untuk pengetahuan anda, barang hantaran tunang biasanya diberikan untuk persiapan hari pernikahan manakala, hantaran kahwin adalah hadiah untuk selepas perkahwinan dan dilengkapi dengan mas kahwin serta barang kemas untuk membatalkan air sembahyang. 

Jumlah dulang hantaran tunang adalah bergantung kepada kemampuan dan kehendak keluarga masing-masing.

hantaran tunang

Ada juga yang mengatakan bahawa semasa bertunang, hantaran yang perlu hanyalah manisan dan sepersalinan baju atau pakaian sahaja. Apapun, semuanya terserah kepada perbincangan keluarga anda dan pasangan. 

Berikut adalah senarai idea barang hantaran tunang yang simple tetapi menarik yang anda boleh jadikan rujukan untuk hari pertunangan anda. Mari baca!

Senarai Contoh Barang Hantaran Tunang 

hantaran tunang

1. Cincin Tunang

Cincin adalah salah satu item yang wajib dibawa untuk sesi pertunangan. Anda boleh beli di kedai emas ataupun beli secara online, contohnya di Habib Official Store yang ada di Shopee. Jika anda bercadang untuk membeli cincin secara dalam talian, pastikan anda mengetahui cara untuk mengukur saiz cincin. 

Sekiranya merisik disekalikan dengan majlis pertunangan, pihak lelaki boleh membawa dua cincin. Satu cincin untuk merisik dan satu lagi cincin untuk bertunang. Mengikut adat, cincin merisik lebih kecil berbanding cincin bertunang (belah rotan). Walaubagaimanapun, anda juga boleh memilih cincin mengikut citarasa anda dan pasangan. 

Cincin Habib: https://shopee.com.my/habib.os/9534727713

2. Sirih Junjung

Gubahan sirih junjung adalah merupakan adat Melayu turun temurun yang diletakkan di atas dulang hantaran tunang atau perkahwinan.

Untuk memudahkan, anda boleh membeli gubahan sirih junjung yang sudah siap boleh dibeli secara dalam talian. Terdapat banyak pilihan gubahan yang ada mengikut citarasa anda. Jadi, anda tak perlu bersusah payah untuk mengubahnya sendiri lagi. 

Sirih Junjung: https://shopee.com.my/dance_boy93/6249619546

3. Sepersalinan pakaian (Kain ela)

Seterusnya, anda juga boleh memberikan sepersalinan pakaian ataupun kain ela untuk dibuat baju semasa hari pernikahan. Pemilihan kain bolehlah dilakukan setelah perbincangan bersama bagi mencapai kata sepakat. 

Sejujurnya, tradisi memberi kain ela ini sudah jarang diamalkan kerana biasanya pasangan suka membeli baju yang sudah siap ataupun menyewa baju yang diinginkan. Namun, tidak salah untuk anda menjadikannya sebagai salah satu idea hantaran anda.

Kain Songket: https://shopee.com.my/fiqasongkethouse/19427639262

4. Sejadah Gebu

Terdapat pelbagai jenis dan pilihan sejadah yang gebu-gebu contohnya seperti sejadah keluaran Neolofar yang anda boleh pilih untuk jadikan hantaran termasuk yang sudah digubah pun ada. Anda hanya perlu letakkan di atas dulang hantaran sahaja. 

Sejadah adalah merupakan item yang sangat berguna dan sebagai pemberi, anda juga akan mendapat pahala sepanjang pasangan anda menggunakannya. 

Sejadah gebu: https://shopee.com.my/tazeemstore/17082869337

5. Al-Quran dan terjemahannya

Terjemahan al-quran juga merupakan salah satu idea hantaran yang menarik. Ia amat sesuai untuk dijadikan sebagai simbolik cinta yang berpaksikan agama.

Selain itu, ia boleh menjadi dorongan untuk pasangan agar lebih mendalami al-quran dengan lebih baik agar rumah tangga yang dibina sentiasa dalam redhaNya. 

Anda boleh memilih al-quran dengan terjemahannya yang mempunyai reka bentuk yang menarik serta mengikut warna kegemaran pasangan anda. 

Al-quran terjemahan: https://shopee.com.my/wbmarketing/2681998398

6. Rehal

Rehal adalah merupakan tempat meletakkan al-quran untuk memudahkan anda semasa membacanya. Anda boleh gabungkan rehal dan juga al-quran untuk satu dulang hantaran. Ini akan menampakkan hantaran anda lebih menarik dan eksklusif. 

Rehal: https://shopee.com.my/sawnsander/18859062792

7. Set telekung 

Sekiranya anda ada bajet lebih, bolehlah belikan bakal isteri anda set telekung yang berkualiti tinggi. Contoh jenama telekung popular ialah, Telekung Siti Khadijah. Anda pun dapat pahala sekali tau bila si dia pakai.

Atau, anda juga boleh pilih set telekung untuk travel. Harga pun lebih rendah sedikit. Terdapat banyak jenama telekung yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan anda boleh dapatkan walaupun beli secara ‘online’ sahaja. 

Set telekung Khadijah: https://shopee.com.my/sitikhadijahofficial/23716170623

8. Set Coklat & Gula-gula

Orang tua-tua kata, kalau majlis bertunang kena ada benda manis-manis supaya hubungan sentiasa ‘manis’ sahaja sampailah ke hari pernikahan dan seterusnya.

Sehubungan itu, anda boleh jadikan coklat dan gula-gula sebagai sebagai salah satu item hantaran tunang anda. Pilih beberapa jenis coklat dan hias dengan menarik. Usah risau, terdapat pelbagai pilihan coklat dan gula-gula yang menarik dijual di Shopee. Anda hanya perlu pilih dan ‘checkout’ sahaja!

Coklat Ferrero Rocher: https://shopee.com.my/wefresh88/17743218266

Kesimpulan

Rancang perbelanjaan anda sebaiknya dan elakkan pembaziran pada awal fasa ini. Hal ini kerana, kos yang lebih tinggi akan diperlukan untuk majlis pernikahan dan kehidupan anda selepas berkahwin kelak.

Sebaiknya, pilih barang hantaran yang sememangnya diperlukan oleh pasangan dan berguna untuk tempoh waktu yang lama. 

Selamat bertunang!

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 5 / 5. Vote count: 1

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment