Permohonan / Gantian Kad Perakuan Nikah Pintar Negeri Selangor (JAIS)

Permohonan / Gantian Kad Perakuan Nikah Pintar Negeri Selangor

Kad Perakuan nikah merupakan dokumen perkahwinan yang bersaiz kecil seperti kad pengenalan.

Kad nikah ini lebih memudahkan pasangan yang bernikah di negeri Selangor ATAU perkahwinan yang didaftarkan di negeri Selangor untuk membawanya bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.

Berikut dikongsikan cara untuk anda memohon kad perakuan nikah pintar bagi negeri Selangor serta pautan temujanji untuk mengambil kad pintar tersebut.

Cara Permohonan / Gantian Kad Nikah Pintar Selangor

Kad Perakuan Nikah Pintar boleh dimohon di:

Kaunter One Stop Centre (OSC),
Aras Bawah (G), Menara Selatan,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Bangunan Sultan Idris Shah,
Persiaran Masjid Bukit SUK,
40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

NOTA: Dalam tempoh PPN ini, permohonan / gantian kad nikah boleh dibuat di Jabatan Agama Islam Selangor dengan temujanji terlebih dahulu (rujuk cara buat temujanji online dan pautan di bawah).

Syarat Permohonan / Gantian

  • Permohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah di Negeri Selangor sahaja ATAU perkahwinannya telah didaftar di negeri Selangor.
  • Pasangan mestilah sudah menerima Surat Perakuan Nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
Contoh kad nikah pintar Selangor

Baca juga:  SPPIM: Sistem Pendaftaran & Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Satu salinan Surat Perakuan Nikah (suami ATAU isteri)
  2. Gambar berukuran passport:
    • Suami (1 keping, pakaian bersesuaian)
    • Isteri (1 keping, pakaian menutup aurat & bertudung litup)
  3. Bayaran tunai
    • RM40.00 untuk 2 keping kad(suami dan isteri)
    • Bayaran tunai dijelaskan di kaunter semasa permohonan dibuat

Harga / Caj Bayaran

Bayaran untuk mendapatkan kad perakuan nikah adalah RM40.00 SAHAJA (untuk 2 keping kad suami dan isteri).

Pemohon boleh mengambil Kad Perakuan Nikah Pintar di Kaunter OSC selepas 10 hari waktu bekerja (tidak termasuk cuti am) dengan membawa resit pembayaran.

Waktu Operasi Kaunter

Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum) : 8.00 pagi – 4.30 petang

kad perakuan nikah

JANJI TEMU PERMOHONAN / GANTIAN KAD PERAKUAN NIKAH PINTAR NEGERI SELANGOR

Janji temu ini adalah bagi urusan Permohonan Baru / Gantian Kad Perakuan Nikah di One Stop Centre (OSC), JAIS Shah Alam sahaja.

Tuan/puan hendaklah hadir mengikut tarikh dan masa yang dipilih. Sila hadir 10 minit lebih awal.

Kebenaran masuk ke kaunter bagi tujuan permohonan kad hanya kepada mereka yang telah mempunyai temujanji sahaja.

Pautan Janji Temu

Isikan borang permohonan di pautan berikut untuk urusan Permohonan Baru / Gantian Kad Nikah Pintar Selangor : https://bit.ly/3u6sfRg

Dokumen Yang Diperlukan

Sila sediakan dan kemukakan dokumen berikut di kaunter yang berkenaan:

  • a) Salinan (fotostat) Surat Perakuan Nikah lelaki ATAU perempuan (depan DAN belakang)
  • b) Gambar lelaki berukuran passport – 1 KEPING (RAMBUT TIDAK PANJANG DAN TIDAK BERWARNA)
  • c) Gambar perempuan berukuran passport – 1 KEPING (WAJIB BERTUDUNG LITUP)
  • d) Bayaran untuk 2 keping kad RM40.00 SAHAJA

PENTING:

* Kad siap SELEPAS 10 HARI waktu bekerja dari tarikh permohonan diterima.

* Kad yang tidak dituntut LEBIH DARI 2 TAHUN akan DILUPUSKAN.

* Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-5514 3468 atau emel kepada [email protected]

JANJI TEMU PENGAMBILAN KAD PERAKUAN NIKAH PINTAR NEGERI SELANGOR

Janji temu ini adalah bagi urusan mengambil Kad Perakuan Nikah yang telah dipohon di One Stop Centre (OSC), JAIS Shah Alam.

Tuan/puan hendaklah hadir mengikut tarikh dan masa yang dipilih. Sila hadir 10 minit lebih awal.

Kebenaran masuk ke pejabat bagi tujuan pengambilan kad hanya kepada mereka yang telah mempunyai temujanji sahaja.

Sila bawa resit atau salinan kad pengenalan.

Pautan Janji Temu

Isikan borang permohonan di pautan berikut untuk urusan Pengambilan Kad Nikah Pintar Selangor : https://bit.ly/2WnsHOM

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-5514 3468 atau emel kepada [email protected]

Baca juga: Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Untuk Golongan B40

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi [email protected] atau telefon 03-5514 3600

Sila dapatkan janji temu anda sekarang.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!