Orang Asli di Wilayah Persekutuan dan Selangor yang ingin menjadi usahawan adalah dialu-alukan untuk memohon Bantuan Usahawan Orang Asli 2027 yang boleh dipohon menerusi pautan https://forms.gle/vGdfnvz49qDocamY9 dan melengkapkan borang permohonan yang boleh diperoleh di Pejabat JAKOA Daerah atau JAKOA Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan (WP).
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai bantuan ini.

Mengenai Bantuan Usahawan Orang Asli 2027
Bantuan Usahawan Orang Asli merupakan sebahagian daripada Program Memperkasa Perniagaan Orang Asli (PERKASA) yang dilaksanakan di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
PERKASA diwujudkan untuk meningkatkan kapasiti, produktiviti dan daya saing usahawan Orang Asli melalui bantuan peralatan, pembangunan kemahiran dan sokongan perniagaan bagi meningkatkan pendapatan serta taraf sosioekonomi komuniti secara mampan.
Objektif PERKASA diwujudkan adalah:
- Menyediakan geran penuh kepada usahawan Orang Asli untuk membantu menampung kos operasi serta memastikan perniagaan terus berkembang dan mampan.
- Menggalakkan pembangunan produk dan perkhidmatan bernilai tinggi bagi meluaskan pasaran perniagaan.
- Merangsang aktiviti keusahawanan agar usahawan Orang Asli kekal berdaya saing dan berdaya tahan dalam bidang perniagaan.
Takrifan Usahawan Orang Asli
Takrifan Usahawan Orang Asli ialah individu tersebut berketurunan Orang Asli yang menjalankan perniagaan di Malaysia.
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan di peringkat daerah adalah sehingga November 2026.
Skop Bantuan
Skop bantuan yang akan diberikan adalah meliputi:
- Peralatan usahawan
- Pembangunan perniagaan
- Peningkatan produktiviti
- Lain-lain keperluan berkaitan
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:
- Individu Orang Asli sebagaimana ditakrifkan di bawah Seksyen 3, Akta Orang Asli 1954 (Akta 134).
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun.
- Mempunyai perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau memiliki lesen perniagaan yang sah serta mempunyai premis perniagaan yang sesuai.
- Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang mencukupi serta berkeupayaan mengurus dan menjalankan perniagaan dengan baik.
- Pernah menghadiri kursus atau latihan berkaitan bidang perniagaan.
- Menjalankan perniagaan sendiri secara sepenuh masa dan telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
- Mempunyai rekod yang baik serta tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah.
- Bagi perniagaan makanan, mempunyai Sijil Kursus Pengendalian Makanan dan suntikan tifoid yang masih sah.
- Mempunyai Sijil PMKS yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia.
- Bukan penjawat awam atau pekerja tetap syarikat swasta.
Cara Memohon
Pemohon perlu terlebih dahulu mengisi Google Form di pautan https://forms.gle/vGdfnvz49qDocamY9.
Kemudian, kemukakan kertas kerja yang lengkap dan isi Borang Permohonan Bantuan Bimbingan Usahawan Orang Asli yang boleh diperoleh di Pejabat JAKOA Daerah atau JAKOA Negeri Selangor/WP beserta dengan dokumen yang diperlukan.
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Borang permohonan lengkap
- Rancangan perniagaan / kertas kerja
- Salinan SSM / SKM
- Berdaftar Perniagaan Micro Kecil Sederhana (PMKS) SMEcorp (_jumlah permohonan RM10,000 dan ke atas)
- Sijil Typoid (Perniagaan F&B)
- Dokumen premis
- Sijil kemahiran (jika berkaitan)
Soalan Lazim
Bantuan Usahawan Orang Asli merupakan sebahagian daripada Program Memperkasa Perniagaan Orang Asli (PERKASA) khusus untuk meningkatkan kapasiti, produktiviti dan daya saing usahawan Orang Asli melalui bantuan peralatan, pembangunan kemahiran dan sokongan perniagaan bagi meningkatkan pendapatan serta taraf sosioekonomi komuniti secara mampan.
Usahawan Orang Asli ialah individu tersebut berketurunan Orang Asli yang menjalankan perniagaan di Malaysia.
– Peralatan usahawan
– Pembangunan perniagaan
– Peningkatan produktiviti
– Lain-lain keperluan berkaitan
Umur yang layak adalah antara 18 hingga 65 tahun.
Pemohon perlu terlebih dahulu mengisi Google Form di pautan https://forms.gle/vGdfnvz49qDocamY9 dan mengemukakan kertas kerja yang lengkap serta mengisi Borang Permohonan Bantuan Bimbingan Usahawan Orang Asli yang boleh diperoleh di Pejabat JAKOA Daerah atau JAKOA Negeri Selangor/WP beserta dengan dokumen yang diperlukan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan di talian 03-5519 0375 atau email ke [email protected].
Baca juga:




