Bantuan SME-UP: Permohonan Geran IKS Sabah 2026

bantuan sme-up
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Sabah berpeluang untuk mendapatkan geran Program Bantuan SME-UP menerusi pautan https://smedidr.com.my/.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.

Mengenai Bantuan SME-UP

Program Bantuan SME-UP merupakan salah satu inisiatif untuk memperkasa industri kecil dan sederhana (IKS) di Sabah.

Tujuan utama bantuan ini diwujudkan adalah untuk membina kapasiti, daya tahan dan daya saing usahawan melalui bantuan geran.

Dengan adanya bantuan geran ini, usahawan IKS di Negeri Sabah akan mendapat mengembangkan perniagaan mereka.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan program bantuan ini dibuka sehingga 16 Mei 2026 (Sabtu).

Kategori Bantuan

Kategori bantuan yang boleh dipohon adalah seperti berikut:

  • Mesin dan Peralatan
  • Pembungkusan dan Pelabelan
  • Mesin Retort
  • Pensijilan Halal
  • Pendaftaran Cap Dagangan (Trademark)

Jenis Perniagaan

Jenis perniagaan yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Semua syarikat IKS dalam sektor PEMBUATAN yang melibatkan produk makanan berbungkus, bukan makanan dan kraftangan.
  • Permohonan bantuan pembelian bahan mentah dan modal pusingan tidak akan dipertimbangkan.
  • Bantuan ini tidak merangkumi kategori pelancongan, penjaja, petani, nelayan dan penternak.
  • Permohonan dari kategori professional dan kontraktor tidak akan dipertimbangkan.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk bantuan geran ini adalah mengikut kategori:

i- Mesin dan Peralatan

  • Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan.
  • Tidak menerima bantuan dalam kategori yang sama dalam tempoh tiga (3) tahun.
  • Tidak menerima bantuan mesin & peralatan daripada agensi-agensi lain.
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Sabah.
  • Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dari sektor Pembuatan.
  • Beroperasi di premis perniagaan (Kilang/ Bangunan Komersial/ Rumah-Kedai/ Bengkel-Rumah/ Rumah) yang sah di Sabah.
  • Mengemukakan tiga (3) bulan penyata terkini:
    – Akaun bank syarikat
    – Akaun bank persendirian
  • Mempunyai ruang dan kemudahan utiliti yang sesuai untuk kegunaan mesin dan peralatan.
  • Mendapatkan tiga (3) sebutharga daripada Panel Pembekal Bantuan SME-UP yang diperakukan melalui Portal SME-UP DIDR sebelum mengemukakan permohonan.
  • Permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.
  • Wajib berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan melalui Portal SME-UP DIDR https://smedidr.com.my/.

ii- Pembungkusan dan Pelabelan

  • Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan.
  • Tidak menerima bantuan dalam kategori yang sama dalam tempoh tiga (3) tahun.
  • Tidak menerima bantuan pembungkusan daripada agensi-agensi lain.
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Sabah.
  • Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dari sektor pembuatan.
  • Beroperasi di premis perniagaan (Kilang/ Bangunan Komersial/ Rumah-Kedai/ Bengkel-Rumah/ Rumah) yang sah di Sabah.
  • Mengemukakan tiga (3) bulan penyata terkini:
    – Akaun bank syarikat
    – Akaun bank persendirian
  • Permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.
  • Wajib berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan melalui Portal SME-UP DIDR https://smedidr.com.my/.

iii- Mesin Retort

  • Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama dua (2) tahun ke atas.
  • Tidak menerima bantuan dalam kategori yang sama dalam tempoh tiga (3) tahun.
  • Tidak menerima bantuan mesin retort daripada agensi-agensi lain.
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Sabah.
  • Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dari sektor pembuatan yang mempunyai potensi pemasaran domestik dan eksport.
  • Beroperasi di premis perniagaan (Kilang atau Bangunan Komersial) yang sah di Sabah.
  • Mengemukakan tiga (3) bulan penyata terkini akaun bank syarikat.
  • Mempunyai ruang dan kemudahan utiliti yang sesuai untuk kegunaan mesin retort.
  • Mempunyai produk makanan dan minuman sedia ada di pasaran dan siap untuk dikomersialkan.
  • Mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta semua Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Loji yang menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024.
  • Permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.
  • Wajib berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan melalui Portal SME-UP DIDR https://smedidr.com.my/.

iv- Pensijilan Halal

  • Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan.
  • Tidak menerima bantuan dalam kategori yang sama dalam tempoh tiga (3) tahun.
  • Tidak menerima bantuan pensijilan Halal daripada agensi-agensi lain.
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Sabah.
  • Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dari sektor pembuatan.
  • Beroperasi di premis perniagaan (Kilang/ Bangunan Komersial/ Rumah-Kedai/ Bengkel-Rumah/ Rumah) yang sah di Sabah.
  • Mengemukakan tiga (3) bulan penyata terkini akaun bank syarikat.
  • Membuat dan mengeluarkan produk yang bersifat halal sahaja serta mematuhi piawaian yang ditetapkan.
  • Keperluan pekerja Muslim:
    Industri mikro dan kecil – Wajib mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia berjawatan tetap yang bertugas di kawasan pemprosesan.
    Industri besar dan sederhana – Wajib mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) pekerja Muslim warganegara Malaysia berjawatan tetap yang bertugas di kawasan pemprosesan.
  • Premis yang sedia ada tidak memerlukan pengubahsuaian besar, kecuali pengubahsuaian kecil (minor) yang diperlukan untuk pematuhan standard dengan segala kos ditanggung oleh pihak usahawan sendiri.
  • Permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.
  • Wajib berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan melalui Portal SME-UP DIDR https://smedidr.com.my/.

v- Pendaftaran Cap Dagangan (Trademark)

  • Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan.
  • Tidak menerima bantuan Pendaftaran Cap Dagangan daripada agensi-agensi lain.
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Sabah.
  • Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dari sektor pembuatan.
  • Beroperasi di premis perniagaan (Kilang/ Bangunan Komersial/ Rumah-Kedai/ Bengkel-Rumah/ Rumah) yang sah di Sabah.
  • Mempunyai lakaran logo produk sedia ada.
  • Permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.
  • Wajib berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) melalui Portal SME-UP DIDR https://smedidr.com.my/.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://smedidr.com.my/.

Soalan Lazim

Apakah kategori bantuan yang ditawarkan?

– Mesin dan Peralatan
– Pembungkusan dan Pelabelan
– Mesin Retort
– Pensijilan Halal
– Pendaftaran Cap Dagangan (Trademark)

Jika saya pernah menerima bantuan sebelum ini, bolehkah saya membuat permohonan bagi tahun ini?

Boleh, dengan syarat pemohon hendaklah memohon dalam kategori yang berlainan daripada bantuan sedia ada.

Bolehkah pemohon memohon 2 kategori bantuan yang berlainan pada tahun yang sama?

Tidak boleh, pemohon hanya boleh memohon satu (1) kategori sahaja pada tahun yang sama.

Bolehkah pemohon memohon bantuan bagi kategori yang sama setahun selepas menerima bantuan tersebut?

Tidak, pemohon hanya boleh memohon bantuan bagi kategori yang sama tiga (3) tahun selepas menerima bantuan tersebut. Contoh: Permohonan yang diluluskan pada tahun 2025 hanya boleh memohon bantuan kategori yang sama selepas tempoh tiga (3) tahun, iaitu pada tahun 2029.

Adakah sebarang bayaran dikenakan semasa permohonan dibuat?

Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Pertanyaan Lanjut

Maklumat lanjut mengenai BUDI Sabah, sila layari laman web https://smedidr.com.my/ atau pertanyaan boleh dibuat menerusi:

Baca juga: Rizq Desa KKDW: Program Pengembangan Usahawan Belia Desa

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut