Bantuan Prihatin Pahang 2022 (BPP): Semakan Kelayakan & Permohonan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

HAMPIR 300,000 PENERIMA BAKAL NIKMATI BANTUAN PRIHATIN PAHANG 2022

Kerajaan Negeri Pahang akan menyalurkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 bermula April hingga Julai.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kelayakan untuk bantuan ini, tarikh penyaluran bayaran dan cara membuat permohonan.

Apakah Bantuan Prihatin Pahang 2022?

Majlis Pelancaran Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Sumbangan Awal Persekolahan Murid Tahun Satu Sesi 2022 Peringkat Negeri Pahang bertempat di Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah diadakan pada 13 April 2022.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail. DIMK selaku Wakil YAB Menteri Besar bagi Kawasan Parlimen Indera Mahkota menerima Replika BPP berjumlah RM360,800.00. Murid Tahun Satu Sesi 2022 akan menerima sumbangan awal persekolahan berjumlah RM100.00.

Kelayakan

Bantuan Prihatin Pahang yang berjumlah keseluruhan hampir RM30 juta ini bakal dinikmati lebih 297,013 penerima di bawah 4 kluster utama iaitu:

  • Pelajar dan Anak Muda
    • Pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pelajar Tahfiz, Pelajar Universiti, Politeknik, Anak muda 18 hingga 21 tahun dan anak muda yang berniaga
  • Golongan B40
    • Anak Yatim, Ibu tunggal, gelandangan, nelayan dan pemandu teksi
  • Kluster Umum
    • Kampung tradisi, peneroka, orang Asli, penjaja harian, pengusaha bot dan pemandu pelancong
  • Kluster Apresiasi
    • Veteran Tentera dan Polis

Baca juga:

Kadar Bantuan

Berikut disenaraikan perincian bayaran BPP 2022 yang akan disalurkan:

Antara bentuk bantuan yang bakal diterima termasuklah:

  1. Tunai RM200 – untuk veteran tentera dan polis, nelayan, penjaja harian, pemandu teksi, pelajar universiti, anak yatim, ibu tunggal, pengusaha e-hailing, pengusaha bot, pemandu pelancong serta anak muda lepasan SPM.
  2. Tunai RM100 – untuk pelajar tahun 1, pelajar tahfiz, gelandangan, pelajar SPM dan STPM.
  3. Tunai RM300 – untuk penggiat di media sosial.
  4. 160,000 Kotak Aidilfitri – untuk penduduk kampung dan masyarakat Orang Asli.

Kemampuan menyalurkan BPP 2022 ini merupakan hasil kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang kukuh pada masa kini.

Kerajaan Negeri Pahang akan terus mengusahakan yang terbaik demi memelihara kebajikan rakyat di era pasca pandemik ini.

**rujuk poster di bawah untuk perincian Bantuan Prihatin Pahang 2022 lebih lanjut.

KLUSTER PELAJAR & ANAK MUDA

bantuan prihatin pahang 2022

KLUSTER B40

bantuan prihatin pahang 2022

KLUSTER UMUM

bantuan prihatin pahang 2022

KLUSTER APRESIASI

bantuan prihatin pahang 2022

Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Pahang 2022

Bayaran Bantuan_Prihatin Pahang (BPP) 2022 bermula April hingga Julai.

Semoga bantuan ini dapat dimanfaat sepenuhnya oleh mereka bagi menempuh era baru agar dapat mengapai cita-cita untuk berjaya pada masa akan datang.

Sumber: Menteri Besar Pahang

Info lanjut :

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut