Advertisements

Tarikh & Kadar Bayaran BKM Fasa 1, 2, 3, 4 Setiap Kategori

Advertisements

Ramai yang tertanya-tanya dan mungkin masih keliru, berapa agaknya kadar bayaran BKM yang diterima bagi setiap kategori – Bujang, Keluarga & Warga Emas.

Berapa pula kada bayaran BKM yang akan diterima pada setiap fasa?

Betulkah ada bayaran BKM Tambahan? Siapa yang layak menerimanya?

Pada 23 Mac 2022, LHDN telah mengemaskini jumlah kadar bayaran yang akan diberikan kepada setiap penerima BKM yang layak pada setiap fasa, iaitu dari Fasa 1 hingga Fasa 4.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan kelayakan bayaran yang akan diterima bagi setiap kategori serta jadual pembayaran BKM untuk rujukan bersama.

4 Fasa Bayaran BKM

FASA 1

Tarikh Pembayaran Fasa 1 BKM adalah seperti berikut:

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

  1. Ada akaun bank – Mulai 28 Mac 2022 secara berperingkat. (Dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BKM 2022).
  2. Tiada akaun bank – Mulai 30 Mac 2022 secara tunai di Cawangan BSN
  3. Pedalaman Sabah / Sarawak – Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

FASA 2

Tarikh pembayaran BKM Fasa 2 adalah mulai 27 Jun 2022.

Rujuk: BKM Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran BKM Tambahan (Dikemaskini)

FASA 3

Tarikh pembayaran BKM Fasa 3 adalah pada September 2022.

FASA 4

Tarikh pembayaran BKM Fasa 4 adalah pada Disember 2022.

Baca juga: Maksud Gaji Bersih, Gaji Kasar, Gaji Pokok & Perbezaannya

Cara Semak Bayaran BKM Yang Akan Kita Terima

Tahukah anda, kita boleh membuat semakan jumlah bayaran yang akan diterima secara terperinci seperti berikut:

Caranya, anda hanya perlu log masuk ke akaun BKM anda di pautan https://bkm.hasil.gov.my/

Kemudian isikan kata laluan seperti biasa dan pergi menu Peti Mel. (*Rujuk gambar di bawah).

Anda boleh membuat cetakan surat tersebut untuk memudahkan anda merujuknya bagi fasa pembayaran seterusnya nanti.

Jumlah Pembayaran BKM Bagi Setiap Kategori

Jumlah bayaran BKM bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

Pembayaran akan dibuat secara berfasa – iaitu dibayar sebanyak 4 kali dalam tahun 2022.

Sila rujuk jadual di bawah untuk jumlah pembayaran setiap fasa.

bkm fasa bayaran
bkm fasa bayaran
bkm fasa bayaran

Baca juga: Tempoh Cuti Bersalin Ditambah Ke 98 Hari, Cuti Paterniti 7 Hari

Untuk maklumat lanjut tentang pembayaran BKM bagi Fasa 1 hingga Fasa 4, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Keluarga Malaysia dalam ruangan di bawah:

Bilakah pendaftaran BKM 2022 dibuka?

Pendaftaran bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (tertakluk kepada perubahan).

Bagaimanakah cara membuat Permohonan BKM 2022?

Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:

i. Permohonan Secara Dalam Talian
Permohonan BKM 2022 boleh dibuat di:
a. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau
b. Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store /
App Store pada telefon bimbit

ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi BKM LHDNM; atau
b. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan?

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu
dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a. Anak Kandung
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Lahir
b. Anak Angkat
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.

Saya telah menghantar permohonan BKM 2022.
Sekiranya ada perubahan maklumat,
adakah saya masih boleh membuat kemas kini permohonan?

Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Januari 2022.

Saya telah menghantar Borang Permohonan BKM 2022 ke cawangan LHDNM.
Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian?

Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya Permohonan Baharu /
Kemas Kini yang dihantar ke Cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM tersebut telah diproses
oleh LHDNM.
Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan BKM 2022 selanjutnya perlu dikemukakan ke
cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM dengan mengisi Borang Permohonan BKM 2022 (BK01) semula.

Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BKM 2022 sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak BKM 2022?

Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BKM 2022 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BPR 2021 atau BKC dan
kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.

Bilakah bayaran BKM Fasa 1 akan dikreditkan?

Bayaran BKM fasa 1 dijangka akan diterima bermula 28 Mac 2022.

Berapakah jumlah bayaran BKM Fasa 1 bagi setiap kategori?

Jumlah bayaran BKM Fasa 1 adalah seperti jadual berikut.

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM300
3 anak dan ke atas: RM300

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300

ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM300
3 anak dan ke atas: RM300

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300

iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
1-2 anak : RM300
3 anak dan ke atas: RM300

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300

iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: RM200

v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150

bayaran bkm fasa 1 2 3 4bayaran bkm fasa 1 2 3 4

Bilakah bayaran BKM Fasa 2 akan diterima?

BKM Fasa 2 akan diterima mulai 27 Jun 2022.

Berapakah bayaran BKM Fasa 2 akan diterima bagi setiap kategori?

Jumlah bayaran BKM Fasa 2 adalah seperti jadual berikut.

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM300
3 anak dan ke atas: RM400

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM100
3 anak dan ke atas: RM100

ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM300
3 anak dan ke atas: RM400

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM100
3 anak dan ke atas: RM100

iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
1-2 anak : RM300
3 anak dan ke atas: RM400

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
1-2 anak : RM100
3 anak dan ke atas: RM100

iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: Tiada

v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150
bayaran bkm fasa 1 2 3 4bayaran bkm fasa 1 2 3 4

Bilakah BKM Fasa 3 akan dikreditkan?

Bayaran BKM Fasa 3 akan dibayar pada September 2022.

Berapakah bayaran BKM Fasa 3 yang akan diterima bagi setiap kategori?

Jumlah bayaran BKM Fasa 3 adalah seperti jadual berikut.

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM300
3 anak dan ke atas: RM400

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM100
3 anak dan ke atas: RM100

ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 500
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM700

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM400
1-2 anak : RM400
3 anak dan ke atas: RM400

iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
1-2 anak : RM800
3 anak dan ke atas: RM900

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM600

iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: RM150

v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150

Bilakah bayaran BKM Fasa 4 akan dibuat?

Bayaran BKM Fasa 4 dijangka akan diterima pada Disember 2022.

Berapa kalikah bayaran BKM akan diterima?

Bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali.

Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori Bujang?

RM350

Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori warga emas?

RM600 : Warga emas bujang / tiada pasangan
RM900 – RM2300 : Isi rumah berstatus warga emas

Rujuk jadual di bawah:

bayaran bkm tambahan

NOTA:

Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori keluarga / berkahwin?


Penerima BKM Isi Rumah (kategori berkahwin / keluarga) akan menerima bayaran sebanyak RM1000 – RM3000, bergantung kepada jumlah pendapatan dan bilangan anak serta kadar tambahan.

Sila rujuk jadual di bawah:

bayaran bkm tambahan

NOTA:
Kadar tambahan akan diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau

Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

Bilakah rayuan BKM akan dibuka?

Rayuan BKM akan dibuka bermula pada 2 Mei selama 1 bulan.

Pemohon boleh mengemukakan dokumen untuk semakan semula kelayakan oleh LHDN.

Sumber: https://bkm.hasil.gov.my

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 5 / 5. Vote count: 1

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment