Bantuan Prihatin Elektrik: Bil TNB Percuma Bagi 3 Bulan PKP

Dengan peningkatan bil elektrik ketika musim PKP, Dato’ Dr Shamsul Anuar yang merupakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli telah mengumumkan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui sebuah sidang media pada 20 Jun 2020 yang lalu.

Bantuan Prihatin Elektrik ini merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April 2020 dan akan disalurkan melalui bil elektrik bulan Julai 2020.

Antara yang menarik dalam pakej bantuan ini adalah bekalan elektrik secara percuma untuk bulan April, Mei dan Jun 2020 bakal diberikan kepada 4 juta pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan bernilai RM77 ke bawah atau penggunaan elektrik 300kWj ke bawah.

Selain itu, diumumkan juga diskaun tambahan yang diberikan kepada pelanggan domestik TNB yang terkesan akibat bil elektrik yg lebih tinggi daripada kebiasaan pada bulan April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020.

Untung kan?

Jom ambil tahu lebih lanjut tentang Bantuan Elektrik Prihatin menerusi info di bawah ini.

Apakah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE)?

Bagi mengurangkan beban pengguna domestik TNB ekoran peningkatan bil elektrik semasa tempoh PKP, Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) telah diumumkan.

Dana bantuan ini dibiayai oleh Kerajaan menerusi Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE), Kementerian Kewangan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ia disalurkan dalam 2 bentuk iaitu:

  • Manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, iaitu bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP.
  • Diskaun tambahan sebanyak 10% kepada pengguna domestik yang menggunakan elektrik antara 601 – 900 kWj sebulan mulai bulan April 2020 hingga September 2020.(tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada)
bantuan prihatin elektrik

Perbezaan Antara Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) dengan Diskaun PRIHATIN

Pada 27 Mac 2020, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian kadar diskaun antara 2% hingga 50% bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik masing-masing.

Diskaun ini diberikan kepada semua pengguna bermula penggunaan 1 April hingga 30 September 2020 dan masih berjalan ketika BPE disalurkan pada bulan Julai.

Manakala BPE adalah bantuan tambahan yang diberikan secara sekaligus bagi meringankan beban kenaikan bil yang lebih tinggi sepanjang April 2020 hingga Jun 2020 yang dihadapi para pelanggan.

Syarat Kelayakan

Bantuan Prihatin Elektrik ini diberikan secara automatik kepada semua pelanggan domestik.

Maka, pelanggan tidak perlu membuat semakan kelayakan kerana semua pelanggan domestik akan menerima BPE ini, termasuklah pelanggan smart meter.

Walau bagaimanapun, pelanggan komersial, perindustrian dan pertanian masih menikmati Diskaun Prihatin dari April 2020 sehingga September 2020 yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

Baca juga : Semakan BPN: Permohonan Baru & Rayuan Bantuan Prihatin Nasional

Cara Penerimaan BPE

Semua pelanggan akan menikmati bantuan tambahan BPE ini.

Ia akan dimasukkan ke dalam bil bulan Julai 2020 secara sekali gus.

Jumlah BPE yang diterima akan tertera di dalam bil bulan Julai 2020 nanti.

Jika pengguna telah membuat bayaran bagi bulan April, Mei dan Jun, lebihan bayaran untuk ketiga-tiga bulan tersebut akan ditolak daripada bil bulan Julai.

Ini bermaksud, BPE akan membantu mengurangkan jumlah bil tunggakan dan amaun EPP akan dikemaskini secara automatik setiap bulan sehingga Disember 2020.

Cara Pengiraan

  • Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun elektrik di bawah Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) sedia ada dan akan dimasukkan secara sekaligus dalam bil Julai 2020
  • Sekiranya pengguna telah membuat bayaran pada bulan April, Mei dan Jun, lebihan bayaran untuk ketiga-tiga bulan tersebut akan dikreditkan ke dalam bil Julai 2020
  • Untuk penggunaan elektrik di antara 601 – 900 kWj sebulan, diskaun tambahan 8% akan diberikan bermula April hingga September 2020

Di bawah adalah contoh pengiraan BPE yang bakal diterima oleh semua pengguna domestik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik.

Pemotongan Elektrik Juga Ditangguh

Selain diskaun dan bil elektrik percuma yang ditawarkan, kerajaan juga mengumumkan yang TNB bersetuju untuk menghentikan semua aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020 untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran dalam memenuhi komitmen kewangan.

Baca juga : Cara Permohonan Bantuan Ibu Tunggal PENJANA RM300 Online

Maklumat Lanjut

Untuk mengajukan sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pelanggan boleh mendapatkan info terkini melalui;

Leave a Comment