Semakan BPN 2021 Fasa 2: Tarikh & Jumlah Bayaran Bulan Januari

Bermula Januari, semakan BPN 2021 Fasa 2 boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional di bpn.hasil.gov.my.

Terkini, pembayaran fasa kedua BPN 2.0 akan dibuat bermula 21 Januari 2021.

Manakala bagi penerima kategori M40 pembayaran akan dibuat bermula 25 Januari.

Bagi penerima tanpa akaun bank anda boleh menuntut wang pembayaran di cawangan BSN berhampiran.

Permohonan baru dan rayuan juga boleh dibuat bermula tarikh yang sama.

BPN 2.0 merupakan bantuan tambahan untuk golongan B40 dan M40 termasuk yang bujang.

Sekiranya anda penerima BPN sebelum ini, anda tidak perlu memohon semula memandangkan Perdana Menteri telah pun mengumumkan pemberian BPN 2.0 melibatkan penerima yang telah lulus sebelum ini.

Kadar bantuan tambahan adalah seperti berikut:

Seperti anda lihat, pembayaran akan dibuat secara dua ansuran iaitu pada bulan Oktober dan Januari 2021.

bpn 2.0 fasa 2

Untuk maklumat lanjut tentang BPN 2.0, anda boleh rujuk portal rasmi bpn.hasil.gov.my

Di bawah merupakan artikel lama tentang Bantuan Prihatin Nasional sebagai rujukan anda.

Sebanyak 2.3 juta permohonan baru telah diluluskan.

Sekiranya permohonan anda GAGAL atas alasan memiliki SSM, anda boleh cuba memohon bantuan RM3,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP).

Bayaran bagi permohonan baru akan dibuat pada 15 Mei 2020.

Namun capaian ke portal berkenaan agak sukar memandangkan berjuta rakyat Malaysia cuba untuk semak status permohonan masing-masing.

Perlu diingatkan, mana-mana penerima BSH 2020 secara automatik layak menerima BPN.

Tiada permohonan baru perlu dibuat.

Namun bagi golongan M40 / bujang, sebaiknya anda semak status permohonan masing-masing di bpn.hasil.gov.my untuk kepastian.

Mungkin anda juga yang telah menerima SMS / emel tentang status semakan BPN masing-masing.

Terkini, pembayaran BPN diawalkan 6 April. Rujuk jadual pembayaran BPN di sini.

Terkini, bayaran BPN fasa 2 akan dibuat pada 4 Mei nanti.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kewangan sendiri sebentar tadi melalui BERNAMA.

Turut dimaklumkan permohonan baru dan rayuan akan ditutup Khamis ini, 30 April.

Bantuan Prihatin Nasional

Sedikit maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional atau BPN.

Ianya merupakan bantuan terkini kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Terdapat 4 kategori penerima BPN:

  1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020. 
  2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei. 
  3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020. 
  4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei. 

Selain BPN, PM turut mengumumkan program i-Lestari bagi memudahkan pencarum KWSP mengeluarkan duit dari Akaun 2 masing-masing.

Semakan BPN 2.0

Secara asasnya BPN hanya untuk golongan B40 dan M40.

Bagi kategori B40, berikut adalah syarat kelayakan BPN 2020:

Isi rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

Bujang

  • Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah

Bagi kategori M40 yang layak pula adalah seperti berikut:

Isi rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; dan
  • Pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

Bujang

  • Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  • Had umur 21 tahun ke atas; dan
  • Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP

Semakan BPN boleh dibuat di portal rasmi https://bpn.hasil.gov.my

Caranya mudah sahaja:

  • Masukkan nombor IC anda
  • Isi kod captcha yang diminta
  • Maklumat permohonan akan dipaparkan

Permohonan Baru

Permohonan baru / rayuan boleh dibuat di portal rasmi BPN bermula 1 April 2020.

Permohonan baru hanya akan diproses pada bulan Mei nanti.

Sistem hanya akan memaparkan status “Permohonan Diterima” menandakan permohonan BPN anda telah diterima dan akan diproses nanti.

Pembayaran juga akan dibuat pada bulan Mei secara one-off (sekaligus).

Menurut FAQ rasmi ini, pemohon perlu mengemukakan bukti pendapatan ketika proses permohonan baru / rayuan dibuat.

Kesemua dokumen akan disemak berdasarkan data agensi ditetapkan iaitu data BSH dan data percukaian LHDNM.

Pertanyaan Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang semakan BPN, sila hubungi Kementerian Kewangan atau LHDNM di talian berikut:

Kementerian Kewangan

  • 03-8882 9089
  • 03-8882 9087
  • 03-8882 9191
  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

LHDNM

  • 1-800 882 747
  • 03-8911 1000

Waktu operasi dari jam 9 pagi – 5 petang (Ahad – Jumaat).

Bayaran Fasa 2

Pembayaran fasa kedua akan dibuat 4 Mei melibatkan penerima B40 dan M40 kategori isi rumah dan bujang.

Untuk makluman, sebanyak 7.74 juta penerima telah menerima bayaran BPN berjumlah RM5.47 bilion pada fasa terdahulu.

Proses bayaran tunai bagi mereka yang tiada akaun bank telah bermula sejak 17 April 2020 dan berjalan lancar dengan lebih 157,000 menerima bayaran secara tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

Tengku Zafrul menambah, sehingga 26 April, lebih 3.26 juta permohonan baharu dan juga rayuan telah diterima.

Daripada jumlah ini, sebanyak 2.96 juta merupakan permohonan baharu dan 305,000 adalah rayuan.

Proses ini akan tutup pada hari Khamis ini, 30 April manakala pembayaran pula akan dibuat pada minggu depan selepas proses semakan selesai.

Soalan Lazim

Siapa yang layak mohon BPN?

Isi rumah / bujang B40 dan pendaftar cukai LHDNM bagi kategori M40.

Berapakah kadar Bantuan Prihatin Nasional?

Berbeza mengikut kategori bermula dari RM500 sehingga RM1,600.

Bilakah tarikh pembayaran BPN?

Fasa pertama bermula April manakala diteruskan pada Fasa kedua bermula Mei 2020.

Untuk pelbagai soalan lain berkaitan semakan BPN anda boleh rujuk FAQ ini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!