Cara Permohonan Bantuan Ibu Tunggal PENJANA RM300 Online

Perhatian kepada golongan ibu tunggal, pendaftaran dan permohonan Bantuan Ibu Tunggal PENJANA sebanyak RM300 kini dibuka sehingga 31 Oktober 2020.

Apakah Bantuan Ibu Tunggal PENJANA?

Pada 5 Jun 2020 yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan PENJANA dengan tema ‘Bersama Menjana Ekonomi’ sebagai langkah segera untuk membangun dan merancakkan semula ekonomi negara untuk jangka masa pendek merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion.

Baca juga : Daftar Penjana Kerjaya (Program Insentif Pengambilan Pekerja) MyFutureJobs PERKESO

Di bawah PENJANA yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, seramai 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan ‘one-off’ sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban golongan tersebut mendepani PKP.

Bagi yang belum mendaftar atau ingin membuat permohonan, sila rujuk maklumat berkaitan Bantuan Ibu Tunggal PENJANA dengan lebih lanjut di bawah ini.

bantuan ibu tunggal penjana

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
  • Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran definisi Ibu Tunggal*
  • Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.

*Definisi Ibu Tunggal ditetapkan dengan 3 kriteria berikut:

  1. Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama
  2. Mempunyai suami yang tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama
  3. Tidak pernah berkahwin tetap mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

Cara Permohonan Bantuan Ibu Tunggal PENJANA

Terdapat dua kaedah dalam membuat pendaftaran Bantuan Ibu Tunggal PENJANA iaitu secara online dan manual.

i) Permohonan Bantuan Ibu Tunggal Secara Manual

Bagi permohonan secara manual, pendaftaran boleh dilakukan di

  • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) / LPPKN / JKM Negeri
  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang terdekat di setiap negeri
  • Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah / Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Bagi pemohon di Sabah)
  • Pejabat JKM Sarawak / Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (Bagi pemohon di Sarawak)

ii) Permohonan Bantuan Ibu Tunggal Secara Online

Bagi permohonan secara online, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi Jabatan Pembangunan Wanita di https://www.jpw.gov.my/ibu-tunggal-penjana/
  2. Klik pada negeri tempat tinggal anda.
  3. Isikan maklumat dalam borang mengikut negeri pemohon.
  4. Pemohon perlu log masuk ke akaun google untuk mengisi borang permohonan (Google Form) tersebut.
  5. Tekan butang ‘Hantar’ setelah selesai.

Dokumen Yang Diperlukan

Sila kemukakan permohonan bersama-sama dokumen mandatori yang telah disahkan:

  1. Salinan MyKad
  2. Salinan Penyata Alain tahun semasa
  3. Salinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian
  4. Salinan Sijil Kelahiran Anak yang belum berkahwin / MyKid / MyKad / Sijil Pengangkutan dari JPN
  5. Salinan Slip Gaji Terkini / Pengesahan Pendapatan (Contoh: Surat Pengesahan daripada Penghulu / Majikan)

Dokumen Sokongan

  • Surat Akuan Doktor
  • Surat Akuan Sumpah (sekiranya dalam proses penceraian)

Semakan Status Penerimaan Bantuan Ibu Tunggal PENJANA

Status kelulusan akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS)

Bilakah Bantuan Ibu Tunggal PENJANA Akan Disalurkan?

Bayaran Bantuan Ibu Tunggal PENJANA ini dijangka akan disalurkan kepada penerima yang layak mulai Julai hingga November 2020.

Jumlah bayaran adalah sebanyak RM300 dan diberi secara sekaligus (one-off).

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan update terkini dan maklumat lanjut tentang Bantuan Ibu Tunggal PENJANA, pastikan anda follow Facebook Rasmi KPWKM iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Laman Rasmi

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui media sosial atau secara manual di alamat berikut:

Jabatan Pembangunan Wanita,
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat,
Aras 23-25, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya, Malaysia.

No telefon : 603-8323 1000

E-mel : [email protected]

Pelbagai Lagi Bantuan Ibu Tunggal Yang Boleh Dimohon

Menurut Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), terdapat pelbagai bantuan lain yang boleh dimohon oleh ibu tunggal.

Antaranya termasuklah

1. Geran Pelancaran RM2700 (one-off)

JKM yang merupakan agensi di bawah KPWKM, ada menyediakan Bantuan Geran Pelancaran (GP) kepada kumpulan sasar JKM termasuk ibu tunggal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan nilai maksimum RM2700 sekaligus.

Namun demikian, bantuan GP disediakan kepada penerima bantuan sedia ada sahaja.

Oleh yang demikian, pemohon perlulah mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.

Setelah tersenarai sebagai penerima bantuan, pemohon boleh mengemukakan permohonan untuk bantuan GP. 

2. Skim Bantuan Bulanan

Berikut adalah skim bantuan bulanan yang boleh ditawarkan kepada ibu tunggal;

i) sekiranya ibu tunggal tersebut mempunyai anak yang berumur 18 tahun ke bawah, maka beliau layak untuk dipertimbangkan Bantuan Kanak-Kanak Rm100/ sebulan untuk seorang anak dan maksimumnya adalah sebanyak RM450/ sebulan sekeluarga.

ii) jika ibu tunggal tersebut tidak mempunyai anak, maka Bantuan Am boleh diberikan.

iii) bagi ibu tunggal yang telah berusia 60 tahun ke atas, dia layak untuk dipertimbangkan Bantuan Orang Tua sebanyak RM300/ sebulan.

*kesemua bentuk bantuan ini adalah tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

Baca juga : Bantuan JKM 2020: Daftar & Semak Status Pembayaran Online

Untuk memudahkan pihak JKM mempertimbangkan mana-mana skim bantuan yang bersesuaian, pemohon diminta hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran untuk mengemukakan permohonan.

Pegawai kebajikan masyarakat akan menjalankan siasatan sebelum mana-mana bentuk bantuan dipertimbangkan kepada pemohon.

3. Kursus & Latihan

Selain itu, ibu tunggal juga boleh menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang juga merupakan agensi di bawah KPWKM dan mendaftarkan diri di jabatan tersebut bagi mengikuti mana-mana kursus atau latihan yang disediakan oleh JPW kepada ibu-ibu tunggal.

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan JKM serta alamat lengkap Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah seluruh Malaysia, sila layari laman web JKM di www.jkm.gov.my

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!