Masih belum membuat tuntutan? Waris kepada pesara yang meninggal dunia mungkin layak menerima Bantuan Mengurus Jenazah Pesara sebanyak RM3,000.
Bantuan ini disediakan bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga dalam menguruskan urusan pengebumian dan perkara berkaitan.
Semak syarat kelayakan serta cara membuat tuntutan supaya anda tidak terlepas manfaat yang disediakan.
Baca juga: Apa Kelebihan Kad Pesara Kerajaan? – Semak Senarai Diskaun di Sini!
Apa itu Bantuan Mengurus Jenazah Pesara?
Dari posting yang ditulis oleh Bahagian Pencen JPA, waris yang menguruskan jenazah pesara kerajaan boleh membuat tuntutan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3,000. Bantuan ini diberikan sebagai sokongan kewangan bagi membantu meringankan kos pengurusan jenazah selepas kematian pesara.
Menurut JPA, tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian pesara. Namun, bantuan ini hanya diberikan bagi kes kematian pesara kerajaan dan tidak meliputi kematian pasangan pesara yang bukan pesara kerajaan.
Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar kepada KWAP melalui saluran rasmi yang disediakan.
Kemudahan ini turut merangkumi pesara persekutuan, pesara negeri, badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan yang layak di bawah skim pencen kerajaan.

Siapa Yang Layak Menuntut Bantuan Mengurus Jenazah Pesara?
Individu yang layak untuk memohon adalah waris bagi pesara Kerajaan Malaysia yang telah meninggal pada 15 Oktober 2010 atau pada tarikh selepasnya meliputi pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim KWSP.
(Pembayaran ini tidak dipanjangkan kepada penerima pencen terbitan yang meninggal dunia)
Susunannya adalah seperti ini bermula:
- Balu atau duda
- Anak
- Ibu atau Bapa
- Pihak lain yang menguruskan jenazah
Berapakah Kadar Bantuan Yang Diberikan?
Bantuan Mengurus Jenazah Pesara boleh dituntut dengan kadar sebanyak RM3,000.
Bila Boleh Mohon Bantuan?
Permohonan perlu dituntut dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian pesara.
Permohonan yang dituntut melebihi tempoh 12 bulan dari tarikh kematian tidak akan diproses.
Baca juga: Skim Bantuan Kebajikan & Pendidikan JHEV – Bantuan Persekolahan & Kemasukan IPT
Dokumen Yang Perlu Disediakan Oleh Waris
Waris yang ingin memohon perlu menyediakan dokumen seperti ini:
- Balu atau Duda – salinan Sijil Nikah;
- Anak – salinan Sijil Kelahiran Anak;
- Ibu atau Bapa – salinan Sijil Kelahiran Pesara;
- Pihak lain yang menguruskan jenazah – Surat Akuan Sumpah dan dokumen sokongan/resit rasmi bukti pengurusan kematian.
Cara Memohon Bantuan Mengurus Jenazah Pesara
Untuk mohon Bantuan Mengurus Jenazah Pesara, anda perlu isi borang Borang Permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ).
Kemudian, anda sertakan sekali dengan dokumen sokongan lalu hantar melalui [email protected] atau melalui https://feedbacks.kwap.my/.
Anda juga boleh buat semakan permohonan dari semasa ke semasa melalui portal MyPencen.
Bagaimana Pembayaran Akan Disalurkan?
Pembayaran Bantuan Mengurus Jenazah Pesara akan dibuat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Bagi penerima yang berada di Malaysia, bayaran boleh disalurkan melalui waran atau kredit terus ke akaun bank yang didaftarkan.
Bagi penerima yang berada di luar Malaysia pula, pembayaran boleh dibuat melalui pindahan telegrafik (Telegraphic Transfer) atau deraf bank.
Waris disarankan memastikan maklumat perbankan dan alamat yang diberikan adalah lengkap serta tepat bagi melancarkan proses pembayaran bantuan.
Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Mengurus Jenazah Pesara
Bantuan kewangan sebanyak RM3,000 yang diberikan kepada waris atau individu yang menguruskan jenazah pesara kerajaan yang telah meninggal dunia.
Kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM3,000 bagi setiap kematian pesara yang layak.
Tuntutan boleh dibuat oleh waris atau individu yang bertanggungjawab menguruskan jenazah pesara yang meninggal dunia.
Tidak. Bantuan Mengurus Jenazah hanya diberikan bagi kematian pesara kerajaan yang layak dan tidak meliputi kematian pasangan pesara yang bukan pesara kerajaan.
Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian pesara.
Pemohon perlu mengisi borang tuntutan yang ditetapkan dan mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan kepada pihak KWAP melalui saluran rasmi yang disediakan.
Bagi penerima di Malaysia, pembayaran boleh dibuat melalui waran atau kredit terus ke akaun bank. Bagi penerima di luar Malaysia, pembayaran boleh dibuat melalui pindahan telegrafik atau deraf bank.
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Mengurus Jenazah Pesara boleh diperoleh melalui Portal Bahagian Pencen JPA atau KWAP bagi mendapatkan syarat dan prosedur terkini.




