Kad Pesara Kerajaan diberikan kepada pesara anggota perkhidmatan awam sebagai dokumen pengenalan diri untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
Dengan menggunakan kad pesara kerajaan, pesara dapat menikmati pelbagai kelebihan dan kemudahan seperti rawatan perubatan percuma, diskaun pengangkutan awam, serta potongan harga di premis perniagaan terpilih.
Nak tahu apa lagi kelebihan kad pesara kerajaan? Jom baca artikel penuh di bawah.
Apa itu Kad Pesara Kerajaan?
Kad Pesara merupakan dokumen pengenalan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA dan KWAP kepada pesara dan penerima pencen.
Kad ini boleh digunakan oleh pesara, pasangan dan anak berumur bawah 26 tahun atau anak OKU (tiada had umur.
Menurut penjelasan MyGovernment, pesara perkhidmatan awam di Malaysia merujuk kepada individu yang telah berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam dan bersara daripada jawatannya sama ada secara paksa, pilihan, atau atas sebab-sebab lain yang diluluskan oleh kerajaan.
Had umur persaraan pegawai perkhidmatan awam adalah 60 tahun.
Kad Pesara Kerajaan diproses secara automatik oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebaik sahaja urusan dokumentasi persaraan anda selesai diluluskan.

Siapa Boleh Dapat Kad Pesara?
Kad Pesara Kerajaan diberikan secara eksklusif kepada bekas penjawat awam yang bersara secara sah serta ahli keluarga/tanggungan yang layak di bawah skim pencen.
- Pesara Wajib: Anggota perkhidmatan awam yang bersara selepas mencapai had umur persaraan.
- Pesara Pilihan: Anggota yang memohon untuk bersara lebih awal atas persetujuan kerajaan (setelah memenuhi syarat tempoh perkhidmatan minimum).
Selain itu, manfaat kemudahan (terutama perubatan) turut diberikan kepada tanggungan berikut yang didaftarkan di bawah akaun pesara.
Apa Kelebihan Kad Pesara Kerajaan?
Ada banyak kelebihan kad pesara kerajaan yang boleh dinikmati oleh pesara. Senarai diskaun yang layak bagi pesara yang memiliki kad pesara boleh diperolehi melalui aplikasi MyPesara.
Berikut dikongsikan beberapa kelebihan yang boleh dinikmati menggunakan kad pesara kerajaan:
1. Kemudahan Kesihatan & Perubatan
Fungsi yang paling bernilai bagi kad ini adalah sebagai dokumen pengesahan rasmi untuk mendapatkan rawatan perubatan percuma di semua Hospital Kerajaan dan Klinik Kesihatan (Klinik Kerajaan) di seluruh Malaysia.
Kelayakan bilik wad adalah berdasarkan gred jawatan terakhir anda (contohnya Gred 45 ke atas layak untuk Wad Kelas 1A).
Kemudahan rawatan percuma ini turut melindungi pasangan (suami/isteri) serta anak-anak di bawah umur 26 tahun yang masih belajar.
2. Diskaun Pengangkutan Awam
Pesara kerajaan layak menerima potongan harga untuk tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi perkhidmatan seperti ETS, KTM Intercity, dan KTM Komuter.
Potongan harga atau tarif harga konsesi warga emas/pesara (biasanya sehingga 50% diskaun daripada harga tiket asal). Kad ini juga boleh digunakan di syarikat bas ekspres tertentu.
3. Diskaun Sektor Peruncitan & Pasar Raya
Menariknya lagi, dengan menggunakan kad pesara, pesara juga boleh nikmati diskaun di pasaraya seperti MyDin.
Tapi bukan semua barang tau dapat diskaun. Ada barang tertentu sahaja seperti barangan bukan makanan.
4. Diskaun Restoran The Chicken Rice Shop
Bukan itu sahaja, apabila menggunakan kad pesara, anda juga nikmati diskaun di beberapa rantaian kedai makan seperti The Chicken Rice Shop.

5. Diskaun Pelan Celcomdigi
Pakej Penjawat Awam CelcomDigi (PPA 5G) secara rasminya turut dibuka kepada pemegang Kad Pesara Kerajaan.
Promosi komersial ini disediakan khusus untuk pesara yang mahukan komitmen bil bulanan rendah tetapi mahu menikmati data kuota yang besar atau peranti telefon pintar baharu.

6. Promosi Astro
Astro menyediakan tawaran promosi rasmi khusus untuk pemegang Kad Pesara Kerajaan di bawah program Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam & Pesara.

Muat turun aplikasi MyPesara untuk mengetahui lebih banyak kemudahan dan diskaun untuk pesara kerajaan.
Kategori Persaraan Pegawai Perkhidmatan Awam
Kategori pesara mengikut konteks perkhidmatan awam:
- Pesara Skim Pencen: Pegawai perkhidmatan awam yang memilih skim pencen dan layak menerima pencen bulanan.
- Pesara Skim KWSP: Pegawai perkhidmatan awam yang memilih skim KWSP dan menerima simpanan persaraan melalui Akaun KWSP.
Faedah Persara Perkhidmatan Awam
Sebagai pesara kerajaan, terdapat beberapa kemudahan yang boleh dinikmati selain daripada bayaran pencen bulanan (Skim Pencen) atau simpanan persaraan (Skim KWSP).
Antara kemudahan tersebut:
1. Ganjaran Perkhidmatan
- Bayaran sekaligus berdasarkan jumlah tahun perkhidmatan
- Diberi ketika persaraan sebagai penghargaan atas perkhidmatan
2. Gantian Cuti Rehat (GCR)
- Bayaran tunai bagi baki cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan (maksimum 180 hari)
- Ditukar kepada nilai wang berdasarkan gaji akhir dan imbuhan tetap
3. Faedah Perubatan Percuma
- Pesara dan ahli keluarga layak menerima faedah perubatan percuma di hospital dan klinik kerajaan
4. Pencen Terbitan
- Bagi pesara perkhidmatan awam di bawah Skim Pencen yang telah meninggal dunia, bayaran pencen terbitan akan diteruskan kepada waris yang layak seperti berikut:
- Pasangan (balu/ duda yang sah)
- Anak di bawah umur 21 tahun atau anak OKU
Kemudahan Kesihatan Pesara Perkhidmatan Awam
Pesara perkhidmatan awam serta orang tanggungan boleh mendapatkan faedah perubatan seperti berikut:
- Tuntutan perubatan/ perjalanan
- Rawatan percuma di klinik/ hospital kerajaan
- Rawatan pergigian
- Kemudahan alat bantuan perubatan
Anda dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan info-info viral mengenai kad pesara. Rujuk maklum balas Bahagian Pencen JPA mengenai isu tular berkaitan kad pesara di bawah.






Kad Pesara Hilang, Apa Perlu Buat?
Anda boleh buat penggantian kad pesara di kaunter Khidmat Pelanggan Urusan Persaraan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP Cyberjaya atau kaunter JPA4U, Jabatan Pekhidmatan Awam, Blok C2, Kompleks C di Putrajaya.
(Sumber: JPA)
Aplikasi MyPesara
MyPesara ialah aplikasi untuk memudahkan pesara Kerajaan Malaysia mengakses maklumat seperti data peribadi, data perkhidmatan dan maklumat pembayaran pencen setiap bulan.
Fungsi aplikasi ini adalah untuk mengakses:
- Maklumat Perkhidmatan
- Info Bayaran Pencen
- Buat Temujanji
- Tips pengurusan kesihatan & kewangan
- Manfaat Persaraan
- Pengumuman Terkini
- Kemaskini Maklumat Peribadi
Jadi, kalau anda seorang pesara kerajaan, jangan lupa muat turun aplikasi ini. Anda boleh tengok pelbagai manfaat melalui fitur PROGRAM MANFAAT yang ada di aplikasi ini. Ada macam-macam diskaun untuk pesara kerajaan tau!

Muat Turun Aplikasi MyPesara
Jangan lupa muat turun aplikasi MyPesara untuk menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan sebagai pesara kerajaan. Anda boleh muat turun aplikasi ini di bawah:
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut dan info terkini mengenai kad pesara kerajaan, sila rujuk:
- Portal MyPesara KWAP
- Portal MyGovernment – Kad Pesara Perkhidmatan Awam.
- Laman Web Pencen JPA
- Bahagian Pencen JPA
Soalan Lazim Kelebihan Kad Pesara Kerajaan
Ya. Pemegang kad dan tanggungan yang layak menerima rawatan, ubat-ubatan, dan kemasukan wad secara percuma melalui pelepasan Surat Jaminan Elektronik (e-GL).
Tidak. Kemudahan perubatan di bawah Kad Pesara hanya melindungi pesara, pasangan (suami/isteri), dan anak-anak yang memenuhi syarat kelayakan sahaja.
Ya. Jika pesara asal meninggal dunia, ahli keluarga yang layak menerima pencen terbitan akan diberikan Kad Pesara baharu atas nama mereka sendiri untuk mengekalkan akses kebajikan.
Tidak. Pihak JPA telah mengesahkan bahawa maklumat tular mengenai diskaun pukal barangan dapur harian di Mydin adalah tidak benar. Potongan harga khas menggunakan kad pesara di Mydin hanya sah untuk kategori barangan bukan makanan sahaja.
Senarai penuh jenama komersial (seperti Alpro Pharmacy, Domino’s Pizza, dan rangkaian hotel) sentiasa dikemas kini secara digital melalui menu “Ganjaran” di dalam Aplikasi MyPesara KWAP.
Ya. Paparan e-Kad Pesara digital di dalam Aplikasi MyPesara KWAP adalah sah dan diterima secara meluas di kaunter hospital kerajaan dan premis rakan dagang.
Anda boleh memohon kad gantian baharu secara percuma dengan menghubungi Talian Careline MyPesara (KWAP) di 03-8887 8777, menghantar e-mel ke [email protected], atau hadir terus ke Kaunter JPA4U di Putrajaya.




