Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Kembali ke Sekolah MBI Selangor kini dibuka untuk permohonan untuk tahun 2026 dan orang ramai boleh mendapatkan info menerusi https://www.mbiselangor.com/.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.

Mengenai Bantuan Kembali Ke Sekolah
Bantuan Kembali ke Sekolah MBI Selangor merupakan salah satu bantuan yang disediakan Yayasan MBI Selangor untuk membantu ibu bapa di Negeri Selangor dalam melakukan persiapan persekolahan anak-anak.
Untuk tahun 2026, peruntukan RM1.7 juta disediakan bagi pemberian bantuan ini bagi meringankan beban persiapan persekolahan murid yang memerlukan.
Untuk makluman, MBI Selangor adalah badan yang ditubuhkan di bawah Enakmen Menteri Besar Selangor (Enakmen No : 3 1994) pada 21 September 1994.
Badan ini diwujudkan khas untuk mentadbir pengurusan aset dan pelaburan milik kerajaan negeri serta mewakili kerajaan negeri bagi melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan yang berada di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.
Badan ini turut memainkan peranan dalam menyokong pembangunan negeri Selangor serta menjalankan kewajiban tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat.
Tarikh Permohonan
Ibu bapa boleh membuat permohonan bermula hujung bulan Januari 2026.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang ditawarkan adalah sebanyak RM100 kepada setiap murid yang memohon dan layak.
Walau bagaimanapun, pihak Yayasan MBI Selangor masih belum memutuskan sama ada ia berbentuk bantuan tunai atau barangan.
Untuk setiap DUN, bantuan ini terhad kepada 300 murid daripada keluarga berpendapatan rendah.
Syarat Permohonan
Pemohon perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Ibu atau bapa pelajar lahir dan menetap di Negeri Selangor.
- Pengundi di DUN yang dipohon.
- Pendapatan isi rumah adalah RM4,000.00 dan ke bawah.
- Pelajar bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di Selangor iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) pada tahun 2023.
- Pemohon mestilah bukan penerima BINGKAS, mana-mana agensi lain seperti Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), dan lain-lain.
Kaedah Permohonan
Permohonan perlu dilakukan menerusi pejabat DUN atau penyelaras DUN di tempat tinggal pemohon.
Anda boleh hubungi pejabat DUN / penyelaras DUN dengan merujuk senarai direkori Pusat Khidmat DUN di pautan https://dewan.selangor.gov.my/direktori-pusat-khidmat-adun/.
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon juga dikehendaki untuk bawa bersama ke pejabat DUN atau penyelaras DUN untuk buat permohonan :
- Salinan Kad Pengenalan Bapa
- Salinan Kad Pengenalan Ibu
- Salinan Sijil Kelahiran Anak atau MyKid
Soalan Lazim
Bantuan Kembali ke Sekolah ini merupakan bantuan yang disediakan Yayasan MBI Selangor untuk keluarga berpendapatan rendah.
Jumlah yang bakal diterima oleh pemohon yang layak adalah RM100. Namun bentuk bantuan sama ada wang tunai atau barangan masih belum ditentukan.
Untuk setiap DUN, kouta yang ditetapkan adalah seramai 300 orang penerima sahaja.
Permohonan boleh dibuat menerusi Pusat Khidmat atau Penyelaras Dewan Undangan Negeri Selangor yang berhampiran.
Info Lanjut
Untuk info lanjut mengenai Bantuan Kembali ke Sekolah MBI Selangor, sila layari laman web https://www.mbiselangor.com/.




