Bantuan RM200 Sebulan Selama 6 Bulan Bagi Mangsa Banjir Di Pahang

Mangsa banjir di negeri Pahang yang kehilangan kediaman dalam bencana itu akan menerima bantuan RM200 sebulan selama enam bulan bagi meringankan beban mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata bantuan berkenaan akan diberikan kepada ketua isi rumah untuk digunakan bagi memulakan hidup selepas bencana itu.

“Kerajaan negeri sedang mengumpulkan data mengenai mereka yang kehilangan kediaman dalam banjir ini. Kita akan mendapatkan data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pejabat daerah.

“Apabila permohonan mereka diproses, mereka yang layak akan menerima RM200 sebulan untuk enam bulan. Ini adalah usaha kerajaan negeri membantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) SMK Ubai di sini, hari ini.

Ini merupakan satu lagi usaha murni dari Kerajaan Pahang demi membela nasib rakyat yang terkesan.

Baca juga: Cara Mohon Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Banjir

Mengiringi YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Pekan petang tadi.

Beliau menyerahkan bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM500 daripada Kerajaan Pahang serta bantuan bakul makanan kepada 77 Ketua Isi Rumah (KIR) di PPS SMK Dato’ Mahmud Mat, PPS SK Pulau Serai, PPS Kampung Ganchong Hulu, dan PPS SMK Ubai yang disalurkan bermula hari ini kepada mangsa banjir di negeri ini.

bantuan banjir pahang

Baca juga: Bantuan Selangor Bangkit (BSB) RM1000 Untuk Mangsa Banjir

Prosedur & Cara Permohonan Bantuan Banjir Di Pahang

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan bantuan banjir bagi mangsa-mangsa terjejas di negeri Pahang.

PROSEDUR PENYALURAN BANTUAN KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

  1. Bagi memudahkan mangsa yang terjejas membuat pendaftaran dan proses penyaluran bantuan kepada mangsa yang tidak berpindah, borang boleh diperolehi dan dihantar terus melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.
  2. Borang pendaftaran juga boleh dimuat turun di https://bit.ly/3mvnVbw manakala senarai JPKK di pautan https://bit.ly/3pne1Lc.
  3. Selain itu, Dokumen boleh dimuat turun melalui menu Pengumuman di Portal Rasmi Negeri Pahang dan Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Pahang.

MUAT TURUN BORANG PENDAFTARAN MANGSA BANJIR

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan JPKK di dalam senarai PDF di bawah:

SENARAI ANGGOTA JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG JPKK SETIAP DAERAH NEGERI PAHANG 2021

Sumber :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!