Cara Mohon Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Banjir

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda negara.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang cara untuk anda memohon penangguhan ini dan dokumen yang diperlukan.

Permohonan boleh dibuat secara online.

Apakah Penangguhan PTPTN Akibat Banjir?

Negara kita sekali lagi diuji dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri ketika negara masih bergelut dengan wabak pandemik Covid-19.

Oleh itu, kepada para peminjam yang telah terkesan dengan bencana ini, PTPTN akan memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan.

Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat bencana banjir ini akan diberikan untuk tempoh tiga (3) bulan bermula pada bulan yang sama kelulusan permohonan diberikan PTPTN dan dua (2) bulan ke hadapan di antara Disember 2021 hingga Mei 2022.

Baca juga:

Cara Mohon Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Banjir

Bagi memudahkan urusan peminjam PTPTN, pelaksanaan penangguhan bayaran balik ini adalah seperti berikut

Peminjam boleh mengemukakan permohonan mulai 28 Disember 2021 sehingga 31 Mac 2022 melalui portal rasmi PTPTN di (www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalikBanjir) atau hadir ke mana-mana Cawangan PTPTN yang berhampiran.

Tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan.

Semakan Kelulusan

Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan.

Untuk itu, peminjam adalah diingatkan agar mengemaskini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat kelulusan permohonan penangguhan tersebut dapat disampaikan kepada mereka.

Semakan Baki Pinjaman PTPTN

Penyata Online PTPTN akan memaparkan baki pinjaman terkini anda, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik yang kita dah buat.

Untuk membuat semakan secara online, boleh terus mengakses page Semakan Pinjaman PTPTN melalui link berikut:

https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila hubungi saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!