Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : 6 Inisiatif Yang Boleh Dimohon

SENARAI BANTUAN / INISIATIF BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA 2022

Selaras dengan pengumuman YAB PM semalam, berikut adalah inisiatif-inisiatif Kerajaan khusus untuk meringankan beban mangsa banjir.

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : 6 Inisiatif Yang Boleh Dimohon

1: BANTUAN WANG IHSAN (BWI) RM1000

Bantuan Wang Ihsan (BWI) sejumlah RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah terkesan dan bantuan kematian RM10,000 kepada waris mangsa.

Bantuan Wang Ihsan (atau BWI) telah dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah berbanding RM500 sebelum ini.

Bayaran Bantuan Wang Ihsan tersebut telah mula diberikan sejak 27 Disember yang lalu, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir berbanding sebelum ini yang memakan masa 3 hingga 6 bulan.

Ini akan memanfaatkan lebih 45,000 Ketua Isi Rumah.

Angka yang akan menerima bantuan ini boleh bertambah ramai apabila kita selesai mengenal pasti mereka yang terkesan tetapi tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (atau PPS).

Setakat hari ini, seramai 20 ribu Ketua Isi Rumah telah menerima bantuan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: Permohonan Bantuan Wang Ihsan RM1000 Bagi Isi Rumah Terjejas Banjir

2. BANTUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN RM2500

Sumbangan Pembelian Barang Keperluan sejumlah RM2,500 ini dikhaskan bagi mangsa yang mengalami kerosakan barangan/peralatan rumah akibat kediaman ditenggelami air.

Memandangkan banyak sukarelawan serta NGO telah memberikan sumbangan peralatan kepada mangsa dan untuk mengelakkan pertindihan, Kerajaan bersetuju untuk memberikan wang tunai ini khusus untuk pembelian barangan keperluan mengikut kesesuaian masing-masing.

Pemberian ini adalah khas untuk mereka yang mengalami kerosakan barangan akibat banjir.

3. BANTUAN BAIK PULIH RUMAH SEHINGGA RM5000

Bantuan Baik Pulih Rumah sehingga RM5,000 bagi membaik pulih rumah yang terjejas.

Bagi kerosakan serius, Kerajaan menyediakan bantuan sehingga RM15,000 dan RM56,000 untuk pembinaan semula rumah yang musnah.

4. REBAT PEMBELIAN BARANGAN ELEKTRIK RM500⠀

Rebat Pembelian Barangan Elektrik RM500 bagi menggantikan barangan-barangan elektrik yang rosak akibat banjir.

5. REBAT BIL ELEKTRIK 100% BULAN DISEMBER

Rebat Bil Elektrik 100% bagi bulan Disember

6. DISKAUN BAIK PULIH KENDERAAN / REBAT PENGGANTIAN KENDERAAN BAHARU RM1000

Diskaun Baik Pulih Kenderaan merangkumi servis tunda percuma, diskaun 25% upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti kereta oleh Proton. Manakala Perodua pula menawarkan servis tunda dan upah baik pulih percuma, serta 50% diskaun untuk alat ganti kereta.

Syarikat-syarikat kenderaan berdaftar dengan MAA juga menawarkan servis tunda percuma serta diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan⠀

Kerajaan juga menyediakan rebat baik pulih / penggantian kenderaan baharu sejumlah RM1,000 kepada mangsa banjir.

Baca juga: Banjir: Perodua Tawar Rebat, Diskaun & Pemeriksaan Kenderaan Percuma

Secara keseluruhan, mangsa banjir boleh menerima bantuan sehingga RM61,000.

Semoga semua bantuan Kerajaan ini akan dapat meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan dengan musibah banjir yang melanda negara.⠀

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!