[LIVE] Pembentangan Bajet 2023 Malaysia Madani

PEMBENTANGAN BAJET / BELANJAWAN 2023

Belanjawan 2023 akan dibentangkan semula di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023

Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) dijadual dibentangkan pada jam 3.00 petang, 24 Februari di mana ianya terkandung dalam Takwim Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas, yang akan mula bersidang pada 13 Februari ini.

Apa inisiatif Bajet 2022 yang akan dikekalkan? Apa inisiatif baru yang telah dimasukkan?

Berikut dikongsikan info terkini tentang pembentangan Bajet / Belanjawan 2023.

intipati bajet 2023 malaysia madani

Tarikh Pembentangan

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul pada 29 Disember mengesahkan Anwar akan membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari pada Sidang Pertama Parlimen ke-15, tahun depan.

Belanjawan itu akan dibentangkan oleh PM Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan.

Fokus Utama Bajet 2023

Belanjawan baharu akan datang akan diberi nafas baharu yang akan mendepani pelbagai masalah yang mencengkam kehidupan rakyat yakni kemiskinan dan kesenjangan.

Pemacuan ekonomi dan usaha mengembalikan keyakinan adalah fokus utama Kerajaan Perpaduan.

Berikut merupakan antara inisiatif pentadbiran YAB Perdana Menteri Ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

bajet 2023 intipati

[LIVE] Pembentangan Bajet 2024

Siaran Langsung Intipati Bajet 2024 [ LIVE ]

Nantikan pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober 2023 (Jumaat).

Siaran Langsung pembentangan dan intipati Bajet 2024 boleh disaksikan di saluran RTM, BERNAMA dan menerusi Facebook Live Jabatan Penerangan Malaysia.

RTM Live

BERNAMA TV Live

Layari portal Belanjawan


https://budget.mof.gov.my/bajet2023/

[LIVE UPDATE]

PM Anwar bentang Belanjawan 2023 bertemakan “Membangun Malaysia MADANI” di Dewan Rakyat

  • Belanjawan MADANI ialah cerminan prinsip pertanggungjawaban dan sistem nilai luhur, mampu depani tantangan ekonomi global
  • Kerajaan hidang Belanjawan dengan memaparkan fakta dan angka sebenar, tidak cuba kaburi minda rakyat dengan data memukau
  • Ekonomi dijangka berkembang sederhana pada 4.5 peratus berbanding unjuran awal 4-5 peratus pada 2023 berbanding 8.7 peratus pada 2022
  • Peruntukan Belanjawan 2023 disemak naik kepada RM386.14 bilion daripada RM372.3 bilion pada Oktober 2022
  • Hutang negara akan menjangkau RM1.2 trilion atau lebih 60 peratus KDNK bagi tahun 2023
  • Kerajaan menjangkakan kutipan hasil 2023 berjumlah RM291.5 bilion ketimbang RM294.4 bilion pada tahun lalu – PM Anwar
  • Kerajaan mengunjurkan bahawa pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus
  • Belanjawan 2023 memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan
  • Indeks Persepsi Rasuah 2022 jatuh ke tangga 61 dibandingkan tangga 29 pada 1998, asbab kemerosotan kerana gagal bendung rasuah politik
  • Kadar inflasi tahun ini dijangka sama seperti tahun 2022 iaitu pada kadar 3.3 peratus

Menelusuri Belanjawan 2023, kerajaan ambil pendekatan subsidi bersasar bagi melindungi golongan kurang bernasib baik.

INTIPATI INISIATIF YANG DIUMUMKAN OLEH KERAJAAN SEBELUM INI (PM ISMAIL SABRI)

Dalam pembentangan nanti, tentunya terdapat beberapa fokus yang menjadi perhatian rakyat – khususnya berkenaan bantuan yang telah diumumkan sebelum ini oleh PM Ismail Sabri.

Adakah bantuan itu akan diteruskan?

Berikut adalah antara intipati penting yang mendapat perhatian dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan oleh Kerajaan sebelum ini pada 7 Oktober 2022.

1. Subsidi Bil Elektrik

Subsidi bil elektrik diberikan sehingga RM40 diberikan kepada isi rumah miskin tegar e-Kasih.

Syarat pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dinaikkan dari RM980 > RM1,169

2. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)

i) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

RM2,500 : Lebih 5 Anak

RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak

BKM 2023
BKM 2023

ii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000

RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)

This image has an empty alt attribute; its file name is bkm-2023-5-1024x581.png

iii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang

RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)

BAJET BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

iv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500

Tambahan RM500

BKM

3. e-Pemula

Kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000, memanfaatkan 8 juta individu.

intipati bajet 2023

4. Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan ( BAP ) sebanyak RM150 akan diberi kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa & akan disalurkan pada Januari 2023.

intipati bajet 2023

5. Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

Di bawah inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima BKM yang lahir anak pada 2023 akan diberi bantuan tunai one-off RM500 dengan peruntukan RM150 juta.

Bantuan ini adalah bagi meningkatkan kadar kelahiran dan dalam masa yang sama mengurangkan masalah kanak-kanak bantut.

6. Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2023

Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah sebanyak RM700, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM600 dan dibayar pada Mac 2023 bersama kenaikan gaji RM100.

7. Kenaikan Kadar Elaun Sara Hidup Tajaan JPA

Kadar Elaun Sara Hidup tajaan JPA bagi pelajar dan pegawai dalam negara akan diseragamkan dan dinaikkan RM100 sebulan bagi semua peringkat pengajian.

8. Kenaikan Gaji MySTEP

Gaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak RM100 iaitu antara RM1,500 hingga RM2,100 ringgit berbanding RM1,400 hingga RM2,000

Maklumat Lanjut Belanjawan 2023 / 2024

Kementerian Kewangan Malaysia
No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 WP PUTRAJAYA

Hotline : 03-88839160 / 03-88839161

E-mel : [email protected]

Laman web : https://budget.mof.gov.my/

LIVE streaming : RTM – Radio Televisyen Malaysia

Info terkini : Facebook Jabatan Perdana Menteri

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!