Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

ASB Plus ialah pakej pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menggabungkan dana harga tetap dan dana harga berubah ke dalam satu portfolio.

Pakej inovatif ini diperkenalkan khas untuk membantu pelabur Bumiputera melakukan diversifikasi (pembahagian modal) dengan mudah, sekali gus berpeluang menikmati jaminan pulangan atau dividen tambahan.

Bagi anda yang ingin tahu dengan lebih mendalam tentang strategi pelaburan ini, rujuk info lebih lanjut di bawah.

ASB Plus
Sumber: Amanah Saham Nasional Berhad

Apa itu ASB Plus?

ASB Plus ialah pakej pelaburan yang menggabungkan dana harga tetap dan dana harga berubah bagi memberi peluang pulangan tambahan kepada pelabur.

ASNB memberikan jaminan pulangan atau dividen tambahan sebanyak 1% setahun untuk bahagian pelaburan dana harga tetap (ASB/ASB 2) anda di dalam pakej tersebut.

Pakej ASB Plus 2.0 ditawarkan kepada para peserta untuk dilanggan secara dalam talian melalui portal dan aplikasi myASNB dan secara fizikal di mana-mana cawangan ASNB sepanjang Tempoh Kempen.

Peserta dibenarkan untuk membuat beberapa langganan sepanjang Tempoh Kempen, dan setiap langganan adalah tertakluk kepada amaun pelaburan minimum sebanyak Sepuluh Ribu Ringgit Malaysia (RM10,000.00) sahaja.

Kempen ini akan berlangsung dari jam pada 1 September 2026 hingga 24 Disember 2026.

ASB Plus
Sumber: Amanah Saham Nasional Berhad

Bagaimana ASB Plus Berfungsi?

ASB Plus berfungsi dengan membahagikan modal anda secara automatik kepada dua jenis komponen dana menggunakan nisbah tetap 60:40 seperti yang tertera di bawah:

  • Komponen Dana Harga Tetap (60%): Modal dilaburkan dalam ASB atau ASB 2. Bahagian ini memberikan kestabilan modal (nilainya kekal RM1 seunit) dan melayakkan anda menerima ekstra dividen sebanyak 1.00% setahun di atas kadar dividen biasa.
  • Komponen Dana Harga Berubah (40%): Modal dilaburkan dalam dana unit amanah seperti ASN Imbang 2 atau ASN Equity 5. Harga dana (Nilai Aset Bersih) bagi bahagian ini berubah setiap hari mengikut prestasi pasaran saham semasa.
    ASB Plus
    Sumber: Amanah Saham Nasional Berhad

    Pilihan Pakej ASB Plus 2.0

    Terdapat empat (4) Pakej ASB Plus 2.0 yang ditawarkankan dalam kempen ini, dengan pecahan pelaburan sebanyak enam puluh peratus (60%) dalam Unit Amanah FP dan empat puluh peratus (40%) dalam Unit Amanah VP, seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:

    • 60% dilaburkan dalam ASB atau ASB 2
    • 40% dilaburkan dalam ASN Equity 5 atau ASN Imbang 2
    No. PakejKategori Unit AmanahNama Unit AmanahNisbah PelaburanTempoh Terkunci
    1Unit Amanah FPASB60%12 bulan
    Unit Amanah VPASN Ekuiti 540%N/A
    2Unit Amanah FPASB60%12 bulan
    Unit Amanah VPASN Imbang 240%N/A
    3Unit Amanah FPASB 260%12 bulan
    Unit Amanah VPASN Ekuiti 540%N/A
    4Unit Amanah FPASB 260%12 bulan
    Unit Amanah VPASN Imbang 240%N/A

    Caj jualan bagi Unit Amanah Terpilih adalah seperti berikut:

    Kategori Unit AmanahNama Unit AmanahCaj Jualan (Saluran: Mana-mana)Kadar Caj
    Unit Amanah FPASBMana-mana0.00%
    ASB 2Mana-mana0.00%
    Unit Amanah VPASN Ekuiti 5Mana-mana1.75%
    ASN Imbang 2Mana-mana1.75%

    Ganjaran/ Pulangan Tambahan

    Pulangan Tambahan ialah pulangan yang akan diperoleh oleh peserta bagi bahagian Dana Harga Tetap dalam pakej yang dipilih.

    Pulangan tambahan ini adalah sebanyak 1.00% setahun dan akan dibayar dalam bentuk unit ASB atau ASB 2 pada tarikh agihan pendapatan dana tersebut.

    Bagaimana Pulangan Tambahan 1% dikira?

    • Contoh: Pelaburan RM10,000 dalam Pakej 1

    Apabila anda melabur RM10,000 dalam Pakej 1, modal anda dipecahkan secara automatik kepada dua bahagian:

    1. Bahagian Komponen ASB (Harga Tetap): RM6,000 (60% Modal)

    Bahagian ini memberikan 2 sumber pulangan utama yang stabil:

    • Pengagihan Pendapatan Tahunan: Kadar dividen asas ASB (sebanyak 5.75% berdasarkan kadar agihan tahun 2025).
    • Pulangan Tambahan 1%: Pulangan tambahan khas sebanyak 1.00% setahun daripada kempen ASB Plus ini.

    Jadi, jumlah pulangan kadar tahunan untuk bahagian ASB ini menjadi 6.75%. (*tertakhluk pada kadar agihan tahun semasa)

    2. Bahagian Komponen ASN Imbang 2 (Harga Berubah): RM4,000 (40% Modal)

    • Pulangan Modal & Pendapatan: Dijana melalui prestasi dana harga berubah dengan kadar pulangan indikatif sebanyak 9.18% (berdasarkan purata kadar tahunan 3 tahun setakat 30 Jun 2025).

    ASB Plus
    Sumber: Amanah Saham Nasional Berhad

    Siapakah yang Layak Melabur dalam ASB Plus?

    Kempen ini terbuka kepada semua pemegang unit Akaun Dewasa dan/atau Akaun Remaja/Bijak yang baharu dan sedia ada bagi Unit Amanah Terpilih.

    Ini termasuk kakitangan serta ahli keluarga terdekat mereka (pasangan dan anak-anak) Permodalan Nasional Berhad dan kumpulan syarikatnya.

    Syarat:

    • Peserta perlu membuat pelaburan minimum sebanyak Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM10,000.00).
    • Tiada had maksimum pelaburan bagi setiap pelaburan pakej ASB Plus. Walau bagaimanapun, semua pelaburan tertakluk kepada ketersediaan unit individu untuk pembelian dalam ASB/ASB 2 serta had transaksi di saluran masing-masing, jika berkenaan.

    Cara Sertai ASB Plus

    Pelaburan boleh dibuat melalui portal myASNB, aplikasi mudah alih myASNB, dan cawangan ASNB.

    ASB Plus
    Sumber: Amanah Saham Nasional Berhad

    Apa Kelebihan Sertai ASB Plus?

    Berikut ialah 3 kelebihan utama ASB Plus:

    • Pulangan Kompetitif + Bonus 1%: Potensi menjana pulangan yang kompetitif daripada dana sedia ada, dengan pulangan tambahan sebanyak 1% setahun yang diberikan khusus untuk bahagian pelaburan ASB/ASB 2.
      • Gabungan Simpanan & Keuntungan Pasaran: Mengukuhkan simpanan anda melalui kestabilan dana ASB, di samping membuka peluang peroleh keuntungan (capital gain) melalui kenaikan harga dana berubah (ASN).
        • Mempelbagaikan Pelaburan (Diversifikasi): Mempelbagaikan portfolio pelaburan anda bagi mendapatkan potensi pertumbuhan modal sekaligus memberikan perlindungan yang lebih baik daripada risiko kerugian menyeluruh.
          ASB Plus
          Sumber: Amanah Saham Nasional Berhad

          Muat Turun Terma & Syarat (PDF)

          Untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai kempen ASB Plus 2.0 ini, anda boleh muat turun PDF terma & syarat di bawah:

          Maklumat Lanjut & Soalan Lazim ASB Plus

          Untuk sebarang maklumat lanjut dan info terkini ASB Plus, sila rujuk:

          1. Laman sesawang ASB
          2. Facebook Amanah Saham Nasional Berhad
          3. FAQ ASB Plus
          Adakah duit dalam akaun ASB biasa saya akan bertukar secara automatik ke ASB Plus?

          Tidak. Wang pelaburan sedia ada anda tidak akan bertukar automatik.

          Bolehkah saya memilih sendiri dana harga berubah (VP) yang saya mahu?

          Boleh, tetapi terhad kepada pilihan pakej. Mengikut syarat ASB Plus 2.0, anda boleh memilih gabungan dana harga tetap (ASB/ASB 2) sama ada mahu digandingkan bersama ASN Equity 5 (pendedahan saham tinggi) atau ASN Imbang 2 (risiko seimbang). Pecahan nisbah kekal wajib 60:40.

          Adakah bonus ekstra 1% itu dikira untuk keseluruhan modal RM10,000 saya?

          Tidak. Ganjaran ekstra 1% setahun hanya dikira ke atas komponen dana harga tetap (60% modal). Contohnya, jika melabur RM10,000, bahagian RM6,000 (ASB) sahaja yang akan menerima tambahan dividen 1% tersebut.

          Bilakah tambahan dividen 1% ini akan dibayar?

          Mengikut ketetapan ASNB, pulangan tambahan ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun anda sejurus selepas tempoh matang atau mengikut tarikh agihan rasmi tahunan dana berkaitan (biasanya awal Januari untuk ASB dan April untuk ASB 2).

          Siapakah yang layak untuk melabur dalam ASB Plus?

          Kempen ini terbuka kepada semua pemegang unit Akaun Dewasa dan/atau Akaun Remaja/Bijak yang baharu dan sedia ada bagi Unit Amanah Terpilih.

          Penulis