ASB Login kini boleh dibuat secara online melalui portal rasmi https://www.myasnb.com.my/.
Dengan myASNB, anda boleh daftar akaun, semak baki dan dividen, muat turun penyata, serta keluarkan duit ASB dengan mudah tanpa perlu ke kaunter.
Artikel ini akan terangkan langkah lengkap cara daftar, ASB Login, semak dividen dan keluarkan duit ASB.
Apa itu ASB
Amanah Saham Bumiputera (ASB) ialah satu tabung unit amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
ASNB sendiri merupakan sebuah syarikat pengurusan unit amanah yang juga anak syarikat kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB).
ASB ini ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit, menjadikannya mudah difahami dan diakses oleh semua golongan pelabur.
Peluang Pulangan dan Dividen
Melalui ASB, pelabur berpeluang untuk memperoleh pulangan dalam bentuk agihan pendapatan tahunan.
- Dividen ASB kebiasaannya lebih tinggi berbanding kadar simpanan biasa di bank.
- Pulangan tahunan adalah konsisten, kerana pelaburan ini dijamin oleh kerajaan.
Tambahan pula, tiada caj dikenakan untuk sebarang kos jualan atau yuran penebusan unit.
Sejarah ASB
ASB telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Januari 1990 dengan tujuan utama:
- Membantu golongan Bumiputera mempunyai alternatif simpanan dan pelaburan.
- Menyediakan peluang menjana pulangan atau faedah jangka panjang secara berterusan.
Prestasi Terkini (2024)
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, ASNB telah mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak:
- 5.5 sen seunit (pengagihan pendapatan)
- 0.25 sen seunit (bonus)
- Jumlah keseluruhan: 5.75 sen seunit
Agihan ini melibatkan jumlah keseluruhan RM10.1 bilion, yang memberi manfaat kepada lebih 11.1 juta pemegang unit ASB.
Apa itu myASNB
myASNB ialah portal pelaburan dalam talian (online) yang dibangunkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Tujuan utama portal ini adalah untuk memudahkan para pelabur ASNB menguruskan pelaburan mereka secara lebih mudah, cepat, dan selamat – tanpa perlu ke cawangan atau ejen ASNB.
Kemudahan myASNB
Melalui myASNB, pelabur boleh menikmati pelbagai kemudahan, antaranya:
- Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma.
- Auto Labur – penetapan pelaburan secara automatik mengikut jumlah dan tarikh yang anda tetapkan.
- Semakan baki dan rekod urus niaga terkini secara mudah.
- Kemaskini maklumat peribadi tanpa perlu hadir ke kaunter.
- Urus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
- Pengeluaran unit amanah ASNB secara terus melalui portal.
Had Pengeluaran Maksimum & Minimum ASB
A ) BAGI PENGELUARAN ONLINE :
Had minimum jualan balik ialah 100 unit manakala had maksimum jualan balik yang ditetapkan adalah sebanyak 2,000 unit dalam setiap satu (1) bulan kalendar bagi kesemua unit amanah ASNB.
Contoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Ogos:
| Tarikh | Unit Amanah | Jumlah Jualan Balik (unit) | Baki Jualan Balik yang dibenarkan bulan Ogos | Status urus niaga |
|---|---|---|---|---|
| 11/8 | ASB | 1400 | 600 | Berjaya |
| 15/8 | ASB 3 Didik | 600 | 0 | Berjaya |
| 20/8 | ASN | 100 | 0 | Tidak berjaya |
Urus niaga pada 20/8 tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum 2,000.00 unit bagi bulan Ogos.

B) BAGI PENGELUARAN SECARA MANUAL (DI KAUNTER) :
Tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB (bank).
Cara Daftar myASNB
1. Layari Laman Web myASNB
- Pergi ke https://www.myasnb.com.my/
- Klik butang “Daftar di sini”.
- Baca Terma & Syarat, tandakan kotak persetujuan, kemudian klik “Setuju”

2. Masukkan Maklumat Pemegang Unit
- Pilih jenis Kad Pengenalan dan isikan nombor kad pengenalan anda.
- Pilih salah satu produk ASNB yang anda miliki.
- Klik “Seterusnya”.

3. Pengesahan Nombor Telefon Bimbit
- Pastikan nombor telefon bimbit yang dipaparkan adalah betul, kemudian klik “Permintaan TAC”.
- Anda akan menerima SMS mengandungi nombor TAC.
- Masukkan nombor TAC tersebut ke ruangan disediakan dan klik “Seterusnya”.
Nota Penting: Jika nombor telefon tidak dipaparkan atau salah, anda perlu ke cawangan/ejen ASNB untuk mengemaskini nombor telefon.

4. Pendaftaran Akaun
- Cipta ID Pengguna dan Frasa Keselamatan anda.
- Pilih serta jawab soalan keselamatan yang diperlukan.
- Masukkan semua maklumat yang diminta dan klik “Tamat”.
Pastikan anda mengingat ID Pengguna, Frasa Keselamatan dan jawapan soalan keselamatan kerana ia diperlukan setiap kali log masuk.

5. Simpan Kata Laluan Sementara
- Selepas berjaya mendaftar, anda akan diberikan kata laluan sementara.
- Simpan kata laluan ini untuk digunakan ketika ASB Login kali pertama.
- Selepas ASB Login, anda boleh menukar kata laluan kepada yang baharu untuk keselamatan.

Cara untuk myASNB Login Kali Pertama
1. Layari Laman Web myASNB
- Pergi ke laman web rasmi di https://www.myasnb.com.my/
- Klik pada butang “Log Masuk” / ASB Login di bahagian atas kanan halaman utama.

2. Masukkan ID Pengguna
- Pada paparan log masuk / ASB Login, masukkan ID Pengguna yang telah didaftarkan.
- Klik pada butang “Teruskan” untuk ke langkah seterusnya.

3. Sahkan Frasa Keselamatan & Kata Laluan Sementara
- Pastikan frasa keselamatan yang tertera sama dengan frasa keselamatan yang anda cipta ketika pendaftaran.
- Masukkan kata laluan sementara yang diberikan semasa anda daftar di kaunter/agensi.
- Klik “Teruskan”.

4. Tukar Kata Laluan Baru
- Anda perlu mengemaskini kata laluan untuk tujuan keselamatan.
- Masukkan kata laluan baru, sahkan semula kata laluan, kemudian klik “Tukar Kata Laluan”.
- Selepas berjaya ditukar, log masuk semula menggunakan kata laluan baru tersebut.

5. Akses Halaman Utama myASNB
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dibawa ke halaman utama portal myASNB.
- Di sini anda boleh:
- Menyemak jumlah pelaburan terkini.
- Melihat senarai portfolio pelaburan serta baki terkini.
- Semak jenis pelaburan (Tunai, KWSP & Pinjaman)

Cara Buat Semakan Baki / Dividen ASb Online
1. Log Masuk Portal myASNB / ASB Login
- Layari laman web rasmi https://www.myasnb.com.my/
- Masukkan ID Pengguna dan kata laluan anda untuk log masuk ke akaun.
2. Klik Menu ‘Akaun Saya’
- Setelah berjaya log masuk / ASB Login, pergi ke bahagian menu utama.
- Klik pada pilihan “Akaun Saya”.
3. Lihat Jumlah Baki Terkini
- Pada paparan akaun, jumlah baki pelaburan terkini anda akan dipaparkan secara automatik.
- Anda boleh semak jumlah keseluruhan serta pecahan mengikut jenis unit amanah.
4. Muat Turun Penyata Dividen / Baki
- Untuk rekod lebih terperinci, pilih menu “Penyata”.
- Anda boleh memuat turun penyata bagi tahun terkini atau tahun sebelumnya dalam bentuk dokumen rasmi (PDF).
Cara Buat Pengeluaran ASB Online
Jika dahulu urusan pengeluaran simpanan ASB perlu dilakukan di kaunter, kini ia boleh dibuat dengan lebih mudah secara online.
Untuk menggunakan kemudahan ini, anda perlu berdaftar dan mempunyai akaun myASNB terlebih dahulu. Bagi yang sudah mempunyai akaun, berikut langkah-langkah untuk membuat pengeluaran ASB secara online:
- Log masuk ke dalam aplikasi MyASNB atau portal myASNB melalui pautan https://www.myasnb.com.my/
- Klik pada butang “Lagi” – anda kemudiannya akan dibawa ke halaman “Perkhidmatan”.
- Pilih butang “Pengeluaran”.
- Pilih amaun dana yang ingin dikeluarkan. Anda boleh memilih sama ada RM100, RM300 atau RM500 atau masukkan apa-apa amaun mengikut keperluan anda. Had maksimum pengeluaran ASB online adalah sebanyak RM2,000 sebulan dan had maksimum urus niaga jualan balik adalah sebanyak tiga kali sahaja bagi setiap bulan.
- Setelah selesai, nyatakan persetujuan anda di bahagian perakuan dan klik butang “Seterusnya” – anda akan dibawa ke halaman “Sebab Pengeluaran”.
- Sahkan maklumat yang tertera, dan klik butang “Pasti”. Pemberitahuan pengesahan akan dihantar kepada anda sama ada melalui aplikasi myASNB atau SMS.
- Masukkan nombor TAC atau sahkan proses pengeluaran.
- Selesai. Dana akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan anda dalam tempoh satu hari bekerja.




Cara Keluarkan Duit ASB Di Kaunter
Selain daripada pengeluaran secara online, anda juga boleh mengeluarkan duit ASB secara fizikal melalui Pejabat Pos atau ejen bank di seluruh Malaysia.
Proses ini sesuai untuk mereka yang lebih selesa berurusan terus di kaunter.
1. Pengeluaran ASB di Pejabat Pos
- Pergi ke mana-mana cawangan Pejabat Pos berhampiran anda.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dalam borang jualan balik unit ASB yang disediakan.
- Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga giliran anda dipanggil.
- Bawa bersama dokumen peribadi seperti kad pengenalan untuk pengesahan cap jari di kaunter.
- Selesai. Duit ASB anda akan dikeluarkan mengikut prosedur Pejabat Pos.
2. Pengeluaran ASB di Bank Ejen
Selain Pejabat Pos, anda juga boleh keluarkan duit ASB di mana-mana kaunter bank yang menjadi ejen ASB. Antara bank yang terlibat ialah:
- Hong Leong Bank
- Alliance Bank
- Maybank
- AmBank
- Bank Muamalat
- Bank Islam
- Affin Bank
- RHB Bank
- CIMB Bank
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
Berikut langkah-langkahnya:
- Pergi ke mana-mana kaunter bank yang merupakan ejen ASB.
- Isi dan lengkapkan borang jualan balik unit ASB yang disediakan.
- Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga giliran anda dipanggil.
- Serahkan kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.
- Selesai. Duit ASB anda akan diproses dan dimasukkan mengikut cara bank tersebut.
Nota Penting: Berbeza dengan pengeluaran ASB secara online, tiada had jualan balik maksimum ditetapkan jika urus niaga dilakukan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.
Muat Turun Aplikasi myASNB

Untuk memudahkan urusan pelaburan dan pengeluaran, anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih rasmi yang disediakan oleh ASNB.
Muat Turun Aplikasi myASNB melalui pautan berikut mengikut jenis peranti anda:
- Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pnb.myASNBmobile
- Apple Apps Store: https://apps.apple.com/us/app/myasnb/id1456333347?platform=iphone
- Huawei AppGallery: https://appgallery.huawei.com/#/app/C102464135
Pertanyaan Lanjut ASB Online
Pusat Khidmat Pelanggan ASNB
- Tel: 03 – 7730 8899
- WhatsApp: 6019 – 2235747
- Emel: [email protected]
Waktu Operasi
- Isnin – Ahad : 8.00 pagi – 8.00 malam (kecuali pada cuti umum kebangsaan dan cuti umum Wilayah Persekutuan)
Waktu Urus Niaga Cawangan
| Lokasi | Hari & Waktu Operasi |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak (Kecuali Kelantan & Terengganu) | Isnin – Jumaat 8.15 pagi – 4.00 petang |
| Kelantan & Terengganu | Ahad – Khamis 8.15 pagi – 4.00 petang |
| Cuti Umum | Tutup |
Semak cawangan ASNB di sini : https://www.asnb.com.my/asnbv2_6contact.php#pejabatasnb
Untuk mendapatkan maklumat terkini daripada ASNB, anda boleh follow media sosial rasmi di:
- Facebook : https://www.facebook.com/ASNBmy/
- Twitter : https://twitter.com/ASNBmy_official
- Laman web : https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php
Soalan Lazim
myASNB Portal adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Nota: Buat masa ini tiada caj dikenakan untuk menggunakan platform ini. Walau bagaimanapun, yuran produk biasa seperti caj jualan dan GST adalah terpakai, jika ada.
myASNB Portal adalah mudah dan selamat untuk membuat pelaburan. Cuma pilih [Transaksi] yang sesuai untuk anda.
myASNB menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan pemegang unit. Antaranya termasuklah:
i. Pegangan Portfolio – memaparkan baki akaun tabung unit amanah ASNB anda berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) terkini
ii. Rekod Transaksi – memaparkan butiran urus niaga berkaitan tabung unit amanah ASNB yang dilaksanakan pemegang unit menerusi Portal myASNB sepanjang 30 hari lalu
iii. Pelaburan Tambahan –pelaburan tambahan bagi tabung unit amanah ASNB secara atas talian
iv. Pengeluaran – Pengeluaran bagi tabung unit amanah ASNB secara atas talian
v. Pelaburan Permulaan – membolehkan pemegang unit membuka akaun tabung unit amanah baharu secara atas talian
vi. Penukaran – penukaran unit antara dua tabung unit amanah oleh pemegang unit yang sama
vii. Muat Turun Penyata – muat turun penyata terkini berkaitan akaun tabung unit amanah anda sama ada Penyata Tahunan, Penyata Terperinci, Penyata Pegangan atau Penyata KWSP (jika ada)
viii. Permohonan Penyata – permohonan salinan penyata bagi tahun-tahun sebelumnya.
ix. Perancangan Perwarisan – Pra-pendaftaran Perancangan Perwarisan ASNB
i. Anda boleh mengakses maklumat akaun myASNB anda selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu
ii. Walau bagaimanapun, transaksi kewangan adalah terhad kepada:
•Deposit (Semua Dana): Isnin – Ahad, waktu tempatan, 2.00 pagi hingga 11.00 malam; dan
•Pengeluaran (Semua Dana): Isnin – Ahad, waktu tempatan, 2.00 pagi hingga 11.59 malam
•Penukaran (Semua Dana): Isnin – Ahad, waktu tempatan, 2.00 pagi hingga 4.00 petang
iii. Bagi transaksi menggunakan perkhidmatan e-dompet, waktu operasi hanya sehingga 4.00 petang
iv. Aktiviti pengagihan pendapatan boleh menjejaskan waktu operasi myASNB
Ya, anda perlu mengemaskini nombor telefon bimbit anda kerana untuk setiap transaksi yang dilakukan, kod TAC akan dihantar kepada nombor telefon bimbit yang didaftarkan sebelum anda boleh melengkapkan transaksi.
Portal myASNB boleh diakses dari mana-mana peranti yang bersesuaian dan menggunakan pelayar seperti berikut:
i. Internet Explorer versi 10.0 dan ke atas
ii. Google Chrome versi 50.0 dan ke atas
iii. Mozilla Firefox
Pemegang unit boleh mengeluarkan pelaburan mereka secara dalam talian dari mana-mana unit amanah ASNB kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.
Tiada sebarang caj dikenakan
– Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
– Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
– Jumlah transksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
– Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.
– Kemudahan pengeluran secara dalam talian di myASNB ini membolehkan pemegang unit mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB menerusi portal dan aplikasi myASNB.
– Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit.
Baca juga: