e-Reporting Online PDRM ialah sistem rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membolehkan orang ramai membuat laporan polis secara online melalui laman web rasmi https://ereporting.rmp.gov.my/ tanpa perlu hadir ke balai. Kemudahan ini sangat berguna untuk buat repot polis bagi kes-kes kecil seperti kehilangan dokumen peribadi atau barangan, serta laporan kemalangan jalan raya kecil.
Dengan adanya e-Reporting PDRM, rakyat Malaysia boleh menjimatkan masa kerana laporan boleh dibuat bila-bila masa, di mana sahaja – hanya perlukan capaian internet.
Bayangkan kalau pernah terlanggar bumper kereta depan sikit masa hujan atau traffic jam, mesti panik kan? Sudahlah kereta calar, nak kena fikir lagi fasal nak pergi balai polis buat laporan. Leceh betul!
Jadi apa yang bagusnya, sistem ini mengintegrasikan terus repot polis kita dengan insurans dan takaful.
Jadi, lebih cepat kalau nak buat tuntutan dan cukup telus. Siasatan pun dapat dibuat lebih cepat.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang portal ini dan cara membuat repot polis online.

Pengenalan e-reporting PDRM
e-Reporting ialah platform dalam talian yang dibangunkan oleh PDRM untuk memudahkan orang ramai membuat laporan polis secara sah. Semua laporan yang dihantar melalui portal ini akan terus direkodkan dan disalurkan ke balai polis berdekatan.
Namun, sistem ini hanya khusus untuk laporan kes-kes ringan, bukan jenayah serius atau kecemasan. Contohnya kehilangan dokumen penting (Kad Pengenalan, pasport, lesen memandu, kad bank) atau kehilangan barangan peribadi (telefon, laptop, kunci, dompet) bagi tujuan rekod atau tuntutan insurans.
Terkini, anda juga boleh buat repot polis online sekiranya berlaku kemalangan kecil di lebuh raya PLUS.
Ujian rintis e-Reporting akan bermula pada 1 September 2025, di mana pengguna boleh melaporkan kemalangan di PLUS sekiranya:
- Melibatkan kenderaan persendirian sahaja
- Tidak melibatkan kenderaan lain
- Tidak melibatkan sebarang kecederaan
- Tidak melibatkan harta awam dan persendirian

Cara Buat Laporan Polis Online
- Pergi ke laman rasmi https://ereporting.rmp.gov.my
- Daftar akaun baru atau log masuk dengan MyKad & maklumat peribadi.
- Pilih jenis laporan yang nak dibuat.
- Isi butiran kejadian dengan lengkap.
- Pilih balai polis untuk rujukan laporan.
- Cetak salinan laporan untuk simpanan atau kegunaan insurans.
Sila rujuk video panduan di bawah:
CARA PENDAFTARAN E-REPORTING PDRM
CARA BUAT LAPORAN KEMALANGAN KECIL ONLINE
Syarat & Jenis Repot Polis Online Yang Dibenarkan
- Sistem e-Reporting adalah terhad kepada Warga Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas serta boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang mempunyai capaian talian internet.
Jenis aduan eReporting:
- Kehilangan
- Pembatalan Permit/ Pembantu Rumah
- Bencana Alam
- Kemalangan Jalan Raya

Kelebihan
- Jimat masa – tak perlu tunggu lama di balai
- 24 jam – boleh buat laporan bila-bila masa
- Mudah simpan rekod – boleh cetak laporan sendiri
- Mesra pengguna – boleh buat dari rumah atau pejabat
- Diijayakan dengan kerjasama penuh oleh industri insurans dan takaful – boleh buat tuntutan lebih cepat!




Maklumat Lanjut
Helpline:
Bilik Gerakan & Helpdesk TSM
– [email protected]
– 03-910 6573 / 03-910 65732 / 03-910 65735 / 03-910 65736
– https://ereporting.rmp.gov.my/
– Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) dan panduan berikut:
- 1.0 PENGENALAN
- 2.0 PENDAFTARAN
- 3.0 LOG MASUK
- 4.0 LUPA KATA LALUAN
- 5.0 KEMAS KINI KATA LALUAN
- 6.0 LOG KELUAR
- 7.0 REPOT POLIS
- 7.1 KEMALANGAN
- 7.1.1 PADA BAHAGIAN BUTIRAN PERIBADI
- 7.1.2 PADA BAHAGIAN BUTIRAN KEJADIAN
- 7.1.3 PADA BAHAGIAN KETERANGAN KEJADIAN
- 7.1.4 PADA BAHAGIAN PERAKUAN
- 7.1.5 PADA BAHAGIAN CETAK REPOT
- 8.0 CETAK REPOT POLIS
- 9.0 BUTIRAN PERIBADI
Ya. Semua laporan yang dihantar melalui sistem ini sah dan disimpan dalam rekod rasmi PDRM.
Tidak. Hanya laporan kes kecil dibenarkan. Kes jenayah mesti dibuat di balai polis.
Tidak. Sistem ini adalah percuma untuk semua pengguna.
Anda boleh log masuk semula dan muat turun salinan laporan.
e-Reporting Online PDRM adalah platform digital yang memudahkan rakyat Malaysia membuat laporan polis bagi kes kecil seperti kehilangan dokumen atau kemalangan tanpa kecederaan. Dengan sistem ini, proses jadi lebih cepat, mudah dan mesra pengguna – tanpa perlu beratur panjang di balai polis.
Untuk mula buat repot polis online, layari: https://ereporting.rmp.gov.my




