Semakan Bil Astro Online & Cara Buat Bayaran Online

Mahu tahu cara mudah membuat semakan bil Astro dan buat bayaran bil Astro secara online?

Seperti mana yang semua pelanggan Astro sedia maklum, pihak Astro sangat tegas dalam isu pembayaram bil bulanan Astro dan mereka tidak teragak-agak akan memotong siaran Astro anda sekiranya terdapat tunggakan bil.

Kini untuk membayar bil Astro dan menyemak bil bulanan anda lebih mudah secara dalam talian dan anda tidak lagi perlu beratur di cawangan Astro terdekat.

Terdapat beberapa cara untuk membuat semakan bil Astro dan bayaran bil dan di bawah ini adalah beberapa cara yang boleh anda ikuti.

Semakan bil di portal Self-Service Astro

Semakan Bil Astro Online

Pihak Astro menyediakan sebuah portal layan diri yang membolehkan anda log masuk ke akaun anda untuk menyemak baki semasa. Sila ikuti langkah beriikut:

  1. Layari portal Self-Service di pautan https://selfservice.astro.com.my
  2. Log masuk dengan Astro ID anda
  3. Sekiranya belum ada Astro ID, anda boleh membuat pendaftaran baru dengan klik pada pautan “Create now!
  4. Setelah log masuk, anda boleh melihat bil anda dengan klik pada “Bill and Payments” atau “View Bill”.

Semakan bil melalui SMS

Sekiranya anda kurang mahir menggunakan portal Astro atau sambungan interrnet anda mungkin kurang baik, anda boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas atau SMS untuk menyemak bil Astro anda.

Harap maklum bahawa kadar caj yang dikenakan untuk setiap SMS yang dihantar bergantung pada kadar yang ditentukan oleh syarikat telco anda.

  1. Buka aplikasi SMS di telefon anda
  2. Pada bahagian penerima, masukkan no 33310
  3. Pada bahagian mesej, tapi ASTRO<jarak>BAL<jarak>AC NO

Contohnya: ASTRO BAL 1234567890

Artikel berkaitan: Cara Semak No Akaun Astro Anda

Bayaran bil menggunakan portal Astro

Pihak Astro menyediakan sebuah portal khas yang memudahkan anda membuat pemabayaran bil secara dalam talian. Ikuti langkah berikut:

  1. Layari portal Pay Astro di pautan https://pay.astro.com.my/
  2. Masukkan nombor akaun Astro anda
  3. Tandakan pada bahagian Captcha
  4. Klik butang Continue
  5. Setelah log masuk, anda boleh melihat bil terbaru anda dan membuat pembayaran melalui beberapa kaedah pembayaran

Bayaran bil menggunakan SMS

Selain menyemak bil, anda juga boleh menggunakan SMS sahaja untuk melakukan pembayaran bil Astro.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda baru pertama kali menggunakan SMS untuk melakukan pembayaran terdapat langkah tambahan yang anda perlu lakukan terlebih dahulu.

  1. Layari portal Self Service Astro di pautan https://pay.astro.com.my/
  2. Log masuk akaun. Sekiranya belum mempunyai akaun, sila lakukan pendaftaran
  3. Buka aplikasi SMSS di telefon anda.
  4. Pada bahagian penerima, masukkan nombor 66688
  5. Pada bahagian mesej, masukkan mesej berikut: ASTRO<jarak>PYMT<jarak>10 Digit Nombor Akaun Astro<jarak>Nombor PIN<jarak>Jumlah Bayaran
  6. Setelah pembayaran berjaya dibuat, anda akan menerima mesej yang menyatakan pemabayaran telah berjaya dibuat

Bayaran bil dengan CimbClicks (JomPAY)

Sekiranya anda mempunyai akaun CIMB, anda boleh membuat pembayaran menggunakan fungsi JomPAY.

  1. Log masuk akaun CIMBClicks anda
  2. Pilih JomPAY
  3. Pada bahagian Biller Code, masukkan 9639
  4. Masukkan jumlah yang ingin dibayar dan teruskan pembayaran seperti biasa

Bayaran bil dengan Maybank2u

Sekiranya anda mempunyai akaun Maybank, anda boleh membuat pembayaran menggunakan fungsi JomPAY.

  1. Log masuk akaun Maybank2u anda
  2. Pilih Pay & Tranfsfer
  3. Pada bahagian “Pay To”, pilih Payee dan cari “Astro” daripada senarai penerima
  4. Masukkan nombor akaun
  5. Masukkan jumlah yang ingin dibayar dan teruskan pembayaran seperti biasa
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!