Meta secara rasmi melancarkan pelan langganan berbayar global baharu berlabel “Plus” untuk pengguna Facebook, Instagram, dan WhatsApp.
Langkah ini memperkenalkan ciri premium eksklusif bagi pengguna yang ingin memperluas fungsi sosial, kawalan privasi, dan estetika aplikasi.
Bagaimanapun, pengguna tidak perlu risau kerana versi asas bagi ketiga-tiga aplikasi ini kekal percuma untuk digunakan seperti biasa.
Di bawah, kami sediakan panduan lengkap mengenai harga langganan, kelebihan setiap pelan Plus, serta cara melanggan pelan berbayar FB Plus, IG Plus, WhatsApp Plus.
Apa Itu Langganan Berbayar FB, IG, WhatsApp?
Langganan Berbayar Meta (FB Plus, IG Plus, WhatsApp Plus) ialah pakej ciri premium pilihan (add-on) yang yang dinamakan Pelan Plus untuk memberikan fungsi ekstra kepada pengguna.
Walau bagaimanapun, pengenalan sistem berbayar ini sama sekali tidak mengubah status asal aplikasi sedia ada.
Versi asas untuk ketiga-tiga platform tersebut kekal 100% percuma untuk digunakan oleh seluruh masyarakat dunia seperti biasa.
Menerusi pelan ini, pengguna Instagram Plus dan Facebook Plus (berharga $3.99/bulan) mendapat akses kepada fungsi sosial dan privasi yang lebih advance, seperti kebolehan mengintip Story orang lain tanpa nama dikesan (anonymous preview), melihat statistik tontonan semula (rewatch), mengekalkan hantaran Story lebih lama, serta pilihan estetika profil seperti fon dan ikon aplikasi tersuai.
Bagi pengguna WhatsApp Plus pula ($2.99/bulan), mereka diberikan kelebihan dari segi utiliti harian seperti keupayaan menyemat (pin) sehingga 20 ruangan sembang penting, akses tema visual perbualan eksklusif, serta nada dering khas mengikut kenalan pilihan.

Pelancaran siri “Plus” ini merupakan fasa awal sebelum Meta menyatukan semua perkhidmatan berbayar mereka di bawah satu hab langganan berpusat yang dipanggil Meta One.
Meta juga telah memulakan ujian bagi pelan Meta One AI (bermula dengan pakej Meta One Plus pada harga $7.99/bulan dan Meta One Premium pada harga $19.99/bulan) di beberapa pasaran terpilih seperti Singapura, Guatemala, dan Bolivia.
Pelan AI premium ini dibina khusus untuk pengguna yang memerlukan keupayaan pemikiran kecerdasan buatan yang lebih kompleks (thinking mode), serta had penjanaan gambar dan video AI yang lebih tinggi.
Kadar Harga Langganan Meta Plus
Berikut ialah kadar harga langganan berbayar untuk Instagram, Facebook dan WhatsApp:
- Instagram Plus: USD 3.99 sebulan (Anggaran sekitar RM17 – RM19 sebulan)
- Facebook Plus: USD 3.99 sebulan (Anggaran sekitar RM17 – RM19 sebulan)
- WhatsApp Plus: USD 2.99 sebulan (Anggaran sekitar RM13 – RM15 sebulan)
NOTA: Harga dalam RM adalah berdasarkan kadar pertukaran mata wang semasa. Pengguna digalakkan untuk melanggan terus melalui versi web rasmi Meta bagi mengelakkan caj komisen tambahan.
Kenapa Meta Perkenalkan Pakej Plus untuk IG, FB & WS?
Pengenalan pakej “Plus” untuk Instagram, Facebook, dan WhatsApp ini sebenarnya dirancang khusus untuk memenuhi permintaan dan keperluan pengguna tegar (power users) yang mahukan lebih kawalan terhadap aplikasi harian mereka.
1. Memenuhi Keperluan Privasi yang Lebih Tinggi
Ramai pengguna mahu menikmati kandungan di media sosial tanpa meninggalkan “jejak digital”. Ciri Anonymous Preview pada Instagram Plus membolehkan pengguna melihat Story orang lain secara rahsia tanpa nama mereka disedari oleh pemilik akaun.
2. Memberikan Kawalan Data dan Analitik Kendiri
Bagi pengguna yang gemar mencipta kandungan kasual, mereka mahu tahu sejauh mana impak hantaran mereka.
Fungsi Rewatch Analytics membolehkan pengguna melihat kekerapan Story mereka ditonton semula. Selain itu, kebolehan memanjangkan tempoh Story sehingga 48 jam dan memuat naik terus ke profil tanpa mengganggu feed pengikut memberikan kebebasan penuh kepada pengguna untuk mengatur garis masa mereka sendiri.
3. Kebebasan Ekspresi dan Estetika Unik (Kustomisasi)
Pengguna kini bosan dengan rupa bentuk aplikasi yang standard dan sama bagi semua orang. Pakej Plus memberikan akses kepada fon bio tersuai, ikon aplikasi eksklusif, pilihan tema warna visual chat, dan animasi tindak balas premium.
4. Meningkatkan Produktiviti dan Organisasi
Bagi pengguna WhatsApp yang aktif dalam pelbagai kumpulan (keluarga, kerja, komuniti), had 3 sematan (pin chat) pada versi percuma sangat tidak mencukupi.
Dengan WhatsApp Plus, peningkatan had sehingga 20 sematan membantu pengguna menyusun urusan harian dengan jauh lebih cekap supaya mesej-mesej penting tidak tenggelam.
Apakah Kelebihan Fungsi “Plus” Pada Setiap Aplikasi?
Setiap aplikasi di bawah pakej “Plus” menawarkan kelebihan eksklusif yang direka khas untuk meningkatkan kawalan privasi, utiliti harian, dan estetika profil pengguna.
1. Instagram Plus
- Intip Story Tanpa Nama (Anonymous Preview): Anda boleh melihat InstaStory pengguna lain tanpa profil anda dikesan atau tersenarai dalam ruangan penonton (viewers) mereka.
- Analisis Tontonan Semula (Rewatch Analytics): Akses kepada data metrik untuk melihat statistik berapa kali kandungan Story anda ditonton semula oleh audiens.
- Masa Story Lebih Lama: Pilihan untuk mengekalkan paparan InstaStory pada profil melebihi had standard 24 jam.
- Estetika Profil Premium: Akses kepada fon bio kustom, rekaan ikon aplikasi yang unik, animasi tindak balas eksklusif (Super Heart), dan slot tambahan untuk menyemat (pin) hantaran pada profil.

2. Facebook Plus
- Paparan Story 48 Jam: Membolehkan hantaran Facebook Stories anda bertahan sehingga 48 jam (dua kali ganda lebih lama daripada versi percuma)
- Hantaran Terus ke Profil: Kebebasan memuat naik kandungan terus ke grid profil peribadi tanpa perlu menolaknya ke halaman feed (beranda) utama pengikut anda.
- Alatan Interaksi Khas: Akses kepada pakej tindak balas visual tersuai dan kawalan privasi hantaran yang lebih ketat.

3. WhatsApp Plus
- Koleksi Pelekat (Stickers) Eksklusif: Akses tanpa had kepada stor pelekat premium yang sentiasa dikemas kini secara berkala.
- Semat 20 Chat Utama (Pin Chat): Meningkatkan had fungsi sematan sehingga 20 ruangan sembang penting, berbanding hanya 3 sematan pada versi percuma.
- Personalisasi Tema Visual: Kebebasan menukar rupa bentuk warna latar belakang perbualan (chat themes) dan rekaan ikon rasmi aplikasi WhatsApp.
- Audio & Notifikasi Premium: Akses kepada nada dering (ringtones) eksklusif dan bunyi amaran notifikasi tersuai mengikut klasifikasi kenalan yang dipilih.
Cara Subscribe Pakej Meta Plus
Memandangkan pakej berbayar “Plus” ini dilancarkan oleh Meta secara berperingkat (rolling out) ke seluruh dunia, anda boleh menyemak ketersediaan dan melanggan ciri ini terus daripada peranti anda melalui langkah mudah berikut:
Langkah 1: Kemas Kini Aplikasi Anda
Pastikan aplikasi Instagram, Facebook, atau WhatsApp anda telah dikemas kini kepada versi paling baharu melalui Google Play Store (Android) atau Apple App Store (iOS).
Langkah 2: Buka Aplikasi & Masuk ke Menu Tetapan (Settings)
- Untuk Facebook: Buka profil anda, klik ikon tiga garis di bucu atas, dan pilih “Settings and Privacy” (Tetapan & Privasi) > Klik “Settings” (Tetapan)
- Untuk Instagram: Buka profil anda, klik ikon tiga garis di bucu atas, skrol ke bawah.
- Untuk WhatsApp: Buka aplikasi, klik ikon tiga titik (atau profil anda), dan pilih “Settings” (Tetapan).
Langkah 3: Cari Menu “Subscriptions” atau “Meta One”
Skrol ke bawah sehingga anda menemui menu baharu bertulis “Subscriptions” atau “Meta One / Plus”.
Langkah 4: Pilih Pelan & Buat Bayaran
Klik pada aplikasi pilihan anda (contohnya Instagram Plus), semak senarai ciri premium yang ditawarkan, dan klik“Subscribe”. Selesaikan proses pembayaran menggunakan kaedah pilihan anda (kad kredit/debit, e-wallet, atau potongan Google/Apple Pay).
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Langganan Berbayar IG, FB & WhatsApp
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai langganan berbayar ini, anda boleh merujuk kepada saluran-saluran rasmi Meta berikut:
Tidak. Penggunaan asas untuk ketiga-tiga aplikasi tersebut kekal 100% percuma
Tidak. Buat masa ini, siri langganan Plus dilancarkan secara berasingan mengikut aplikasi.
Pelancaran pakej Plus dilakukan oleh Meta secara berperingkat (rolling out) ke seluruh dunia. Jika menu tersebut belum muncul di bahagian tetapan (Settings) anda, pastikan anda telah mengemas kini aplikasi ke versi terkini dan semak semula dalam masa terdekat.
Meta Verified memfokuskan kepada keselamatan, pengesahan identiti rasmi, dan lencana centang biru. Manakala Instagram Plus memfokuskan kepada fungsi harian pengguna seperti melihat Story tanpa nama (anonymous preview), statistik tonton semula (rewatch), dan kustomisasi estetika profil.
– Instagram Plus: USD 3.99 (~RM17 – RM19)
Facebook Plus: USD 3.99 (~RM17 – RM19)
WhatsApp Plus: USD 2.99 (~RM13 – RM15)
Meta One AI ialah pelan premium (bermula USD 7.99/bulan) yang dibina khusus untuk pengguna tegar teknologi kecerdasan buatan. Pelan AI ini baru sahaja memulakan ujian rintisan di negara seperti Singapura, Guatemala, dan Bolivia.




