Air Selusuh Bahayakan Bayi? 5 Fakta Anda Perlu Tahu

Air selusuh dipercayai digunakan untuk mempercepatkan proses bersalin. Namun banyak pakar kesihatan menyangak cara ini kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada ibu hamil.

Sejauh manakah kesan sampingan air selusuh kepada ibu dan bayi dalam perut?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan air selusuh yang menjadi sejak zaman dulu lagi khusus kepada ibu hamil.

Baca juga:

Apa itu air selusuh?

air sulusuh

Ungkapan air selusuh sangat dikenali di kalangan orang Melayu. Sejujurnya air ini adalah air biasa yang direndam dengan akar fatimah dari Mekah.

Ada juga sesetengah orang menggunakan air zam-zam, minyak kelapa dara, dan minyak zaitun untuk membuat air ini.

Air tersebut akan dibaca dengan mantera jampi serapah, ayat Al-Quran atau dicampur sikit dengan herba-herba yang memulakan kontraksi rahim.

Kemudian, air ini nantinya akan diberikan kepada ibu hamil ketika sedang mula kontraksi untuk melahirkan anak bertujuan untuk memudahkan proses bersalin.

Sebab air selusuh tak digalakkan kepada ibu hamil

air sulusuh

Menurut Dr. Muhammad Izzat, air selusuh diaggap bahaya dan tidak disarankan kepada ibu hamil kerana alasan berikut:

  • Berisiko untuk ibu hamil
  • Memaksa pintu rahim untuk terbuka walaupun bukan pada waktu untuk bersalin
  • Boleh menyebabkan kesakitan kontraksi yang amat sakit walaupun pintu rahim belum terbuka
  • Meningkatkan risiko komplikasi berbahaya kepada ibu hamil dan kandungan

Hukum minum air “jampi” untuk ibu bersalin

Umumnya amalan air selusuh tiada riwayatnya di dalam Al-Quran mahupun hadis. Setiap amalan yang bukan merupakan ‘ibadat’ atau diluar skop ibadat hukumnya adalah Mubah (Harus).

Apabila dilihat dari konteks tujuan minum air ini, ia adalah dibolehkan. Namun, air tersebut mestilah dibaca dengan bacaan-bacaan yang tidak menyanggahi syara’; Hanya memohon kepada Allah SWT semata-mata dengan Asma’ wa Sifatnya, dan tidak mempunyai kepercayaan-kepercayaan tertentu.

Cara buat air selusuh Ustaz Don

Jika air selusuh itu hanya air kosong dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa, sepatutnya tiada masalah untuk diamalkan kepada sesiapa sahaja khususnya dalam konteks ibu yang hendak bersalin ini.

Berikut adalah cara untuk membuat air selusuh mengikut amalan surah di dalam Al-Quran, selawat dan doa.

Langkah 1: Baca surah Al-Fatihah (1 kali)

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang (1). Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam (2).

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (3). Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat) (4).

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan (5).

Tunjukilah kami jalan yang lurus (6). Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat (7).”

Langkah 2: Baca surah Al-Hasyr ayat 21-24

 لَوْ اَنْزَلْنَا هٰذَا الْقُرْاٰنَ عَلٰى جَبَلٍ لَّرَاَيْتَهٗ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللّٰهِ ۗوَتِلْكَ الْاَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُوْنَ (21)

“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.”

(22) هُوَ اللّٰهُ الَّذِيْ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۚ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِۚ هُوَ الرَّحْمٰنُ الرَّحِيْمُ

“Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”

 هُوَ اللّٰهُ الَّذِيْ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ ۚ اَلْمَلِكُ الْقُدُّوْسُ السَّلٰمُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيْزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُۗ سُبْحٰنَ اللّٰهِ عَمَّا يُشْرِكُوْنَ (23)

“Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.”

 هُوَ اللّٰهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْاَسْمَاۤءُ الْحُسْنٰىۗ يُسَبِّحُ لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِۚ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ (24)

“Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.”

Langkah 3: Baca Selawat Syifa

“Ya Allah, berikan rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.”

Langkah 4: Doa Selusuh

“Ya Allah, dengan maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama isteri( penderitaan bersalin, dengan rahmat Mu Wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.”

Langkah 5: Doa Memudahkan Bersalin

“Ya Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah Yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi Mu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmat Mu. Ya Arhamar Rahimin.”

Tips untuk memudahkan bersalin

Daripada minum air selusuh yang berbahaya, anda sebenarnya boleh mengamalkan tips-tips berikut untuk lebih mudah bersalin:

  • Jaga kesihatan diri dan pastikan berat badan tidak terlalu berat
  • Hadiri kelas antenatal
  • Dapatkan sokongan orang sekeliling yang positif
  • Mandi air panas
  • Bertenang dan gembira
  • Banyakkan berjalan dan bergerak

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan air selusuh dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Hukum Meminum Air Selusuh. Blog Tanyalah Ustaz
  2. Selusuh Bunga/Sanggul/Akar Fatimah. Dr Muhammad Izzat
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!