Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Menerusi Belanjawan 2027, Kerajaan Malaysia secara rasmi memperkenalkan kerangka gaji pokok permulaan RM2,500 sebulan bagi golongan graduan dan pekerja separuh mahir.

Pengecualian bagi pelaksanaan gaji minimum RM2,000 ini diberikan khusus kepada majikan Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) yang mempunyai hasil jualan tahunan di bawah RM50 juta.

Inisiatif ini dirancang untuk berjalan seiring dengan penguatkuasaan Perintah Gaji Minimum baharu (RM2,000 sebulan) yang disasarkan bermula pada Jun 2027.

Namun, timbul satu persoalan dalam kalangan pencari kerja dan majikan: Adakah SEMUA graduan & pekerja separuh mahir LAYAK terima gaji pokok permulaan RM2,500 sebulan seperti yang diumum dlm Belanjawan 2027?

Jom fahamkan beberapa perkara utama mengenai pelaksaan gaji permulaan RM2,500 ini di bawah.

Gaji Graduan dan Pekerja Separuh Mahir
Sumber: Kementerian Sumber Manusia

Gaji Pokok Permulaan RM2,500 Mulai 2027

Gaji Pokok Permulaan RM2,500 ialah kerangka atau penanda aras gaji pokok minimum yang diumumkan oleh kerajaan khusus untuk golongan yang mempunyai kelulusan akademik (graduan) atau sijil kemahiran.

Gaji RM2,500 ini tidak diberikan secara automatik untuk semua orang. Kelayakan dikira berdasarkan tiga perkara utama yang saling berkait:

  1. Jenis Pekerjaan
  2. Tahap Kelayakan
  3. Kemahiran Pekerja
Gaji Graduan dan Pekerja Separuh Mahir
Sumber: Kementerian Sumber Manusia

NOTA:

  • Jangan keliru dengan Gaji Minimum Am RM2,000. Kadar RM2,000 adalah lantai paling bawah untuk pekerja tidak mahir (tiada sijil/kelayakan khusus), manakala RM2,500 ini adalah tangga permulaan khas untuk yang ada kelayakan/kemahiran.
  • Angka RM2,500 ini adalah satu kerangka panduan struktur pendapatan. Maksudnya, pelaksanaannya di syarikat-syarikat swasta akan mengikut garis panduan rasmi dan ketetapan kod pekerjaan (MASCO) yang sedang diperincikan oleh kerajaan.
Gaji Graduan dan Pekerja Separuh Mahir 2027
Sumber: Kementerian Sumber Manusia

Siapa yang Layak Terima Gaji Permulaan RM2,500?

Cadangan penanda aras gaji ini melibatkan pekerjaan graduan yang dikategorikan di bawah sistem MASCO Kategori 1 hingga 3 (merangkumi sektor pengurusan, profesional, serta teknikal/pembantu profesional).

Mereka mestilah pemegang kelayakan akademik atau sijil kemahiran rasmi berikut:

  • Ijazah (Sarjana Muda dan ke atas)
  • Diploma
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

Penetapan terperinci mengikut jenis pekerjaan akan diperincikan lagi di dalam garis panduan gaji pokok permulaan KESUMA.

Ini bermakna, selain memiliki salah satu daripada 5 sijil di atas, jenis tugasan jawatan anda juga perlu selari dengan ketetapan kod klasifikasi tugasan yang bakal dikeluarkan oleh pihak kementerian nanti.

Gaji Graduan dan Pekerja Separuh Mahir
Sumber: Kementerian Sumber Manusia

Bagaimana Pula Dengan Pekerja Separuh Mahir?

Untuk golongan pekerja separuh mahir, KESUMA tidak menggunakan ukuran akademik biasa. Sebaliknya, kerajaan akan menyelaraskan kerangka gaji mereka menggunakan Garis Panduan Gaji Pokok Permulaan Berasaskan Kemahiran.

Antara kumpulan pekerja separuh mahir yang termasuk dalam pendekatan baharu ini ialah:

  • Pemegang SKM Tahap 1 (Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1)
  • Pemegang SKM Tahap 2 (Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2)
  • Lulusan Menengah / Pasca Menengah (seperti lepasan SPM atau STPM yang bekerja dalam bidang berkaitan)

Kerangka ini diwujudkan bertujuan untuk memperluas rujukan gaji berdasarkan jenis pekerjaan dan tahap kemahiran yang merentasi Kategori MASCO 1 hingga 8.

Ini bermakna, perlindungan dan rujukan tangga gaji sasarannya tidak lagi terhad kepada pekerja kolar putih (profesional/eksekutif) sahaja, malah diperluas merangkumi pekerja sektor teknikal, operasi, dan kolar biru (sehingga tahap MASCO 8) supaya mereka turut mendapat bayaran yang adil mengikut kemahiran praktikal yang dimiliki.

Gaji Graduan dan Pekerja Separuh Mahir
Sumber: Kementerian Sumber Manusia

Maksud MASCO & Mengapa ia Penting

MASCO ialah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia yang menjadi asas kepada penyediaan rujukan gaji pokok permulaan.

  • MASCO 1–3: Penanda aras bagi pekerjaan graduan.
  • MASCO 4–8: Kerangka lebih menyeluruh merangkumi kategori pekerjaan dan tahap kemahiran.

Pendekatan ini membantu menyediakan rujukan gaji yang lebih jelas berdasarkan jenis pekerjaan dan kelayakan.

Gaji Graduan dan Pekerja Separuh Mahir
Sumber: Kementerian Sumber Manusia

4 Langkah Utama KESUMA

Tindakan semasa yang sedang diambil oleh KESUMA dalam menjayakan kerangka gaji baharu ini adalah seperti berikut:

  1. Menyediakan Garis Panduan Gaji Pokok Permulaan: Dokumen panduan rasmi ini sedang dirangka secara teliti berasaskan sistem klasifikasi pekerjaan MASCO.
  2. Memperincikan Penanda Aras Gaji Graduan: KESUMA sedang memperkemas petunjuk serta gred tangga gaji yang bersesuaian mengikut pecahan kelayakan akademik graduan.
  3. Menyelaraskan Panduan Pekerja Separuh Mahir: Struktur upah bagi golongan pekerja berkemahiran sedang diselaraskan sepenuhnya berpandukan tahap kemahiran praktikal mereka.
  4. Mengemas Kini Kadar Gaji Berasaskan Data DOSM: Penetapan kadar gaji pokok ini tidak dibuat secara semberono, sebaliknya dinilai semula mengikut data pasaran buruh terkini yang dibekalkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi memastikan ia relevan dengan kos sara hidup semasa.

Langkah-langkah persediaan ini amat penting bagi memastikan apabila garis panduan ini dikuatkuasakan kelak (menjelang Jun 2027), ia dapat dilaksanakan oleh pihak industri secara teratur, telus, dan adil kepada semua pihak.

Gaji Graduan dan Pekerja Separuh Mahir
Sumber: Kementerian Sumber Manusia

Tarikh & Cara Nak Semak Kelayakan Gaji Pokok RM2,500

KESUMA menyasarkan garis panduan lengkap bagi gaji pokok permulaan RM2,500 ini akan diterbitkan dan berkuat kuasa secara rasmi pada bulan Jun 2027.

Tarikh tersebut dipilih bagi memastikan ia berjalan seiring dan serentak dengan penguatkuasaan Perintah Gaji Minimum baharu (kadar RM2,000 sebulan).

Di Mana Boleh Dirujuk?

  • Maklumat lengkap mengenai kadar gaji pokok permulaan ini akan ditempatkan di portal e-MASCO (sistem klasifikasi pekerjaan rasmi KESUMA).
  • Melalui portal ini, pekerja dan majikan boleh membuat semakan terperinci mengenai kadar gaji pokok permulaan yang ditetapkan mengikut tiga kriteria utama:
    1. Jenis Pekerjaan (skop tugas khusus)
    2. Tahap Kelayakan Academic (Diploma, Ijazah, dll)
    3. Tahap Kemahiran (Sijil SKM/DKM)
Gaji Graduan dan Pekerja Separuh Mahir
Sumber: Kementerian Sumber Manusia

Pindaan Akta 732 – Mengapa Undang-Undang Gaji Minimum Perlu Diubah & Bila Mula Berkuat Kuasa?

Isu penetapan gaji berdasarkan sijil akademik ini sebenarnya memerlukan sokongan undang-undang yang kuat. Oleh itu, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menjelaskan sebab utama akta sedia ada perlu dipinda.

Mengapa Akta 732 Perlu Dipinda?

  • Memasukkan Elemen Tahap Pendidikan: Langkah ini bagi membolehkan kelayakan akademik diambil kira dalam sistem perundangan gaji negara.
  • Mewajibkan Gaji Minimum Graduan: Pindaan ini penting supaya penetapan gaji minimum berdasarkan kelayakan graduan boleh dikuatkuasakan secara mandatori pada masa hadapan.
  • Kelemahan Akta Sedia Ada: Buat masa ini, akta sedia ada belum mempunyai sebarang peruntukan khusus untuk menetapkan gaji minimum berasaskan tahap pendidikan pekerja.

Bilakah Pindaan Akta 732 Akan Berkuat Kuasa?

  • Pihak kementerian sedang mengambil langkah sewajarnya untuk memurnikan proses pindaan Akta 732 ini.
  • Tarikh kuat kuasa rasmi bagi pindaan akta ini masih belum dinyatakan oleh kerajaan.
  • Perlu diingatkan bahawa tarikh Jun 2027 hanyalah sasaran untuk penerbitan garis panduan gaji pokok permulaan, bukannya tarikh kuat kuasa bagi pindaan akta yang disahkan.
Gaji Graduan dan Pekerja Separuh Mahir
Sumber: Kementerian Sumber Manusia

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini mengenai pelaksanaan gaji permulaan mulai 2027, anda boleh merujuk saluran rasmi berikut:

  1. Laman Web Rasmi KESUMA: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)
  2. Facebook Kementerian Sumber Manusia
  3. Portal e-MASCO

Soalan Lazim Gaji Graduan dan Pekerja Separuh Mahir

Adakah semua pemegang ijazah atau diploma akan automatik dapat gaji RM2,500 mulai Jun 2027?

Tidak. Gaji RM2,500 ini tertakluk kepada jenis pekerjaan, tahap kelayakan dan kemahiran pekerja.

Apa bezanya kadar RM2,000 dengan RM2,500 yang diumumkan kerajaan?

– Kadar RM2,000 ialah Gaji Minimum Am yang diwajibkan di sisi undang-undang untuk semua pekerja (terutamanya pekerja tidak mahir) mulai Jun 2027.
– Kadar RM2,500 pula ialah kerangka garis panduan gaji pokok permulaan khas untuk graduan dan pekerja separuh mahir yang mempunyai kelayakan akademik atau sijil kemahiran.

Adakah pekerja separuh mahir atau lulusan TVET turut terlibat dalam skim ini?

Ya, terlibat. Pekerja separuh mahir (seperti pemegang Sijil Kemahiran Malaysia – SKM Tahap 1, 2, dan 3) akan dilindungi di bawah Garis Panduan Gaji Pokok Permulaan Berasaskan Kemahiran yang merentasi sehingga kategori MASCO 8.

Adakah majikan swasta boleh dipenjarakan atau didenda jika tidak bayar RM2,500 kepada graduan pada Jun 2027?

Belum lagi. Pada Jun 2027, kadar RM2,500 ini akan dilaksanakan sebagai garis panduan rasmi terlebih dahulu. Ia hanya akan menjadi wajib di sisi undang-undang (mandatori) selepas pindaan Akta 732 diluluskan dan dikuatkuasakan secara rasmi oleh kerajaan pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Penulis