Agrobank telah memeperkenalkan pembiayaan khas untuk usahawan mikro wanita dalam sektor agro dan agri yang ingin mengembangkan perniagaan dengan lebih yakin iaitu AGRONITA.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai pembiayaan ini.

Mengenai AGRONITA
AGRONITA ialah pembiayaan khusus kepada usahawan mikro wanita bagi tujuan modal pusingan atau pembelian/pembangunan aset tetap bagi memenuhi keperluan perniagaan.
Ia dilaksanakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, sekali gus membuktikan komitmen bank berkenaan dalam memacu pertumbuhan perniagaan mikro yang diterajui oleh wanita.
Selain itu, ia juga dianjurkan oleh Agrobank yang bermatlamat untuk:
- Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara.
- Hari Wanita Antarabangsa 2026.
- Menggalakkan usahawan wanita mendapatkan pembiayaan mikro.
- Meningkatkan jumlah pelanggan usahawan wanita di Agrobank.
Bagi wanita yang berjaya mendapat pembiayaan ini, mereka akan diberikan hadiah istimewa oleh Agrobank iaitu Parasol.
Namun, ia terhad kepada 200 pelanggan terawal dan setiap pemohon hanya layak memenangi satu 1 hadiah pendaftaran sahaja.
Tujuan Pembiayaan
Tujuan pembiayaan ini diwujudkan adalah untuk:
- Kos operasi perniagaan
- Pembelian atau Pembangunan Aset Tetap bagi menyokong keperluan perniagaan berasaskan makanan
- Aktiviti pertanian
- Modal pusingan

Had & Tempoh Pembiayaan
Had pembiayaan yang ditetapkan adalah:
- Minimum: RM1,000
- Maksimum: RM100,000
Tempoh pembiayaan adalah sehingga 7 tahun dengan kadar keuntungan serendah 4.75% setahun.
Kelayakan Pembiayaan
Syarat kelayakan pembiayaan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Usahawan wanita warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun (semasa permohonan) sehingga 70 tahun (semasa tamat tempoh pembiayaan).
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan.
- Usahawan wanita yang memohon pembiayaan melalui Kempen Agronita kini telah menerima kelulusan dan dana telah disalurkan.
- Individu bekerja sendiri (wanita) yang menjalankan aktiviti perniagaan tetapi tidak berdaftar dengan mana-mana entiti pendaftaran perniagaan adalah layak untuk memohon pembiayaan ini tertakluk kepada syarat-syarat semasa pihak Agrobank.
- Merupakan usahawan mikro (wanita) yang menepati kriteria seperti yang dinyatakan pada definisi SME, SME Corporation Malaysia.
- Entiti perniagaan yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
- Aktiviti perniagaan mestilah patuh Syariah.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, pemohon boleh membuat permohonan dengan mengunjungi cawangan Agrobank terdekat.
Soalan Lazim
AGRONITA ialah pembiayaan khusus kepada usahawan mikro wanita bagi tujuan modal pusingan atau pembelian/pembangunan aset tetap bagi memenuhi keperluan perniagaan.
– Kos operasi perniagaan
– Pembelian atau Pembangunan Aset Tetap bagi menyokong keperluan perniagaan berasaskan makanan
– Aktiviti pertanian
– Modal pusingan
Ya. Individu wanita bekerja sendiri yang berniaga tetapi tidak berdaftar dengan mana-mana entiti perniagaan layak memohon, tertakluk kepada syarat semasa Agrobank.
– Minimum: RM1,000
– Maksimum: RM100,000
Pemohon boleh mengunjungi mana-mana cawangan Agrobank yang berdekatan untuk membuat permohonan.
Info Lanjut
Untuk info lanjut mengenai AGRONITA, sila layari laman web https://www.agrobank.com.my/my/announcements/kempen-agronita-2026/.
Baca juga: Geran Agropreneur NextGen: Bantuan Barangan Hingga RM50,000




