Geran Agropreneur NextGen: Bantuan Barangan Hingga RM50,000

geran agropreneur nextgen
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Permohonan Geran Agropreneur NextGen kini dibuka dengan wajah baharu bermula tahun 2026, khas untuk belia yang ingin memulakan atau mengembangkan projek dalam sektor tanaman, ternakan dan perikanan yang boleh dipohon menerusi portal eGAN iaitu https://app-egam.kpkm.gov.my/.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai geran ini.

Mengenai Geran Agropreneur Nextgen

Geran Agropreneur NextGen merupakan penjenamaan semula daripada Geran Agropreneur Muda bermula pada tahun 2026.

Geran ini diwujudkan untuk golongan muda yang berumur antara 18 hingga 43 tahun tahun bagi start-up dan 21 hingga 45 tahun bagi scale-up.

Ini untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Start-Up: Nilai maksimum berbentuk barangan sehingga RM30,000
  • Scale-Up: Nilai maksimum berbentuk barangan sehingga RM50,000

Pakej Program

Pakej program yang ditawarkan adalah seperti:

  • Tanaman
  • Ternakan
  • Perikanan
  • Industri Makanan dan Asas Tani

Syarat Permohonan

Untuk memohon, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

Start-UpScale-Up
Syarat UtamaWarganegara
Individu berumur 18-43 tahun
Warganegara
Individu berumur 21-45 tahun
PendapatanPendapatan bersih kurang RM5,000 (<RM5,000)Pendapatan bersih sekurang-kurangnya RM5,000 ke atas (>RM5,000)
Peralatan ProjekPeralatan asas atau teknologi pertanianPeralatan atau teknologi pertanian
Pengalaman Projek1 pusingan hasil pertanian @ sekurang-kurangnya 6 bulan beroperasi (mengikut kesesuaian projek)Projek berjalan minimum 3 tahun / penerima GAM Start-UP
Skop ProjekTanaman / Ternakan / Perikanan / Industri Asas TaniTanaman / Ternakan / Perikanan
KursusTelah mengikuti latihan teknikal, memiliki kelayakan akademik berkaitan pertanian atau mendapat pengecualian Jabatan/AgensiTelah mengikuti latihan teknikal, memiliki kelayakan akademik berkaitan pertanian atau mendapat pengecualian Jabatan/Agensi
Status TanahTanah Sendiri / Sewa / TOL atau Premis yang bersesuaian dengan projekTanah Sendiri / Sewa / TOL atau Premis yang bersesuaian dengan projek
Platform Permohonan Dalam TalianManual

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Daftar Akaun: Layari portal eGAN di https://app-egam.kpkm.gov.my/ untuk mendaftar akaun.
  2. Lengkapkan Borang: Isi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan secara dalam talian.
  3. Hantar & Tunggu: Hantar permohonan & semak status. Permohonan dibuka sepanjang tahun.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Geran Agropreneur NextGen?

Geran ini merupakan geran untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro yang berumur antara 18 hingga 43 tahun tahun bagi start-up dan 21 hingga 45 tahun bagi scale-up.

Apakah geran ini sama dengan Geran Agropreneur Muda?

Ya cuma geran ini dijenamakan semula dengan wajah baharu.

Berapakah jumlah bantuan yang disediakan?

Untuk Start-Up, bantuan berbentuk barangan sehingga RM30,000 manakala untuk Scale-Upbantuan barangan sehingga RM50,000.

Apakah pakej program yang ditawarkan menerusi geran ini?

Ada 4 pakej program ditawarkan iaitu:
– Tanaman
– Ternakan
– Perikanan
– Industri Makanan dan Asas Tani

Dimanakah saya boleh memohon geran ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi portal eGan di pautan https://app-egam.kpkm.gov.my/.

Bilakah tarikh permohonan ditutup?

Permohonan dibuka sepanjang tahun dan pemohon boleh membuat permohonan pada bila-bila masa.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai geran ini, sila layari laman web https://egam.kpkm.gov.my/ atau

Unit Agropreneur Muda
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624 Putrajaya.
[email protected]

Baca juga: TVET Pertanian: Permohonan Kemasukan Januari 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut