Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Pernahkah anda terkejut melihat bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melambung tinggi setiap bulan? Rasanya macam dah berjimat, tapi bil tetap tinggi!

Sebenarnya, tanpa kita sedari, terdapat beberapa peralatan elektrik utama di rumah yang menjadi punca bil elektrik tinggi. Alatan ini menggunakan tenaga (kWj) yang besar, terutamanya perkakas yang menghasilkan haba atau penyejukan.

Jom semak 5 alat elektrik punca bil tinggi di rumah anda berdasarkan data Suruhanjaya Tenaga, serta tips mudah untuk menjimatkan penggunaan elektrik bermula hari ini!

Apa Alat Elektrik yang Jadi Punca Bil Tinggi?

Tahukah anda, berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh Suruhanjaya Tenaga, berikut ialah 5 penyumbang utama bil tenaga di rumah mengikut peratusan tertinggi:

  • Penyaman Udara: 40%
  • Kipas & Lampu LED: 15%
  • Peti Sejuk: 10%
  • Penapis Air: 5%
  • Mesin Basuh: 3%

1. Penyaman Udara

Penyaman udara atau aircond adalah punca nombor satu bil elektrik rumah melambung. Mengikut kajian, aircond menyumbang hampir 40% daripada jumlah keseluruhan bil elektrik sebuah rumah.

Pengguna yang menghidupkan sebuah penyaman udara (1hp) selama 6 jam sehari pada waktu malam, dengan suhu 24-26 degree pada waktu malam, pengunaan tenaga adalah di bawah 600 kWj.

Sebaliknya, jika rumah anda menggunakan sehingga 4 buah penyaman udara (1.5hp) selama 8 hingga 10 jam sehari pada waktu siang dan malam, penggunaan elektrik rumah anda boleh mencecah sehingga 1,500 kWj!

Hah, inilah punca sebenar mengapa bil elektrik anda melambung tinggi!

2. Kipas & Lampu LED – 15%

Gabungan sistem pencahayaan dan pengudaraan ini menduduki tangga kedua dengan sumbangan sebanyak 15% daripada bil elektrik.

Berdasarkan saranan Suruhanjaya Tenaga, jika penggunaan 3 buah kipas dan 5 buah lampu LED sahaja, rumah anda dengan boleh kekal di dalam Zon Selesa (Bawah 600 kWj), yang mampu mengurangkan bil elektrik bulanan anda dengan ketara!

Sebaliknya, jika anda menggunakan lebih 5 buah kipas dan 7 buah lampu ke atas, ia akan menyebabkan penggunaan tenaga yang tinggi. Kesannya, bil pun semakin tinggi.

3. Peti Sejuk – 10%

Peti sejuk menyumbang sebanyak 10% daripada jumlah bil elektrik bulanan disebabkan penggunaannya yang berterusan. Alat ini wajib dihidupkan 24 jam sehari untuk menjaga kesegaran makanan.

Merujuk kepada data Suruhanjaya Tenaga, peti sejuk 2 pintu merupakan perkakas standard yang wujud dalam setiap isi rumah.

Elakkan daripada membuka pintu peti sejuk terlalu kerap atau terlalu lama bagi mengekalkan kestabilan suhu dalaman.

4. Penapis Air – 5%

Mesin penapis air domestik menduduki tangga keempat dengan mencatatkan sumbangan sebanyak 5% dalam bil elektrik.

Penapis air berkapasiti besar boleh mencecah sehingga 1,500 kWj!

Sekiranya perkakas anda dilengkapi dengan mod jimat tenaga (eco mode), pastikan fungsi tersebut diaktifkan supaya sistem pemanas bertangki dimatikan secara automatik pada waktu malam atau ketika tiada pengguna.

5. Mesin Basuh & Pengering Pakaian Elektrik – 3%

Mesin basuh dan mesin pengering pakaian elektrik pula menyumbang sebanyak 3% daripada keseluruhan kos tenaga rumah anda.

Jika sekadar melakukan cucian harian biasa tanpa menggunakan air panas, penggunaan tenaga hanya di bawah 600 kWj.

Sebaliknya, jika anda melakukan 2 kali cucian harian menggunakan fungsi air panas dan disambung pula dengan penggunaan mesin pengering pakaian elektrik setiap kali selesai membasuh, penggunaan tenaga rumah and boleh meningkatk sehingga 1,500 kWj.

Hah, gabungan pemanas air mesin basuh dan elemen haba pengering baju inilah yang menjadi punca bil anda ‘meletup’ di hujung bulan!

        Tetapkan Penggunaan Bawah 600kWj untuk Lebih Jimat

        Mengapa had bawah 600 kWj (Zon Penggunaan Rendah) ini menjadi sasaran paling penting untuk bil elektrik rumah anda?

        Berdasarkan struktur tarif terbaharu daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), angka 600 kWj merupakan “garisan penentu” sama ada anda layak menikmati pelbagai pengecualian kos atau terpaksa membayar bil penuh yang tinggi.

        Berikut adalah antara sebab utama mengapa anda wajib mengekalkan penggunaan elektrik di bawah paras 600 kWj sebulan:

        1. Pengecualian Penuh Caj AFA (Automatic Fuel Adjustment)

        Bagi pengguna di bawah paras 600 kWj, rumah anda dikategorikan sebagai TIADA CAJ AFA. Namun sebaliknya, jika penggunaan anda melebihi 600 kWj, anda tidak lagi dilindungi daripada caj ini.

        Jika penggunaan bulanan and melebihi 1,500 kWj, kadar asas Caj Tenaga rumah anda dinaikkan daripada 27.03 sen/kWj kepada 37.03 sen/kWj!

        2. Nikmati Insentif Cekap Tenaga Maksimum

        TNB memberikan ganjaran terus kepada pengguna yang bijak mengawal tenaga. Apabila penggunaan rumah anda kekal di bawah 600 kWj, anda layak menerima banyak Insentif Cekap Tenaga.

        Sebaliknya, insentif ganjaran ini akan menjadi semakin berkurang apabila anda memasuki zon sederhana (601 kWj – 1,000 kWj), dan bertukar menjadi tiada insentif langsung sebaik sahaja penggunaan menyentuh paras tinggi iaitu 1,001 kWj ke atas.

          3. Bil Lebih Rendah

          Jika penggunaan elektrik rumah anda berjaya dikekalkan di bawah paras 600 kWj, anggaran bil bulanan anda adalah lebih kurang RM215.98 dan ke bawah sahaja.

          Ini kerana anda dilindungi oleh pengecualian penuh (TIADA CAJ) untuk tiga komponen sensitif iaitu Caj AFA, Peruncitan, dan Cukai Perkhidmatan.

          Namun sebaliknya, sebaik sahaja penggunaan anda 601 kWj – 1,000 kWj, beberapa komponen mula dikenakan caj. Caj inilah yang menyebabkan anggaran bil rumah anda boleh meningkat kepada sekitar RM259.18 hingga RM510.40.

          Apabila penggunaan anda mencecah 1,001 kWj, bil elektrik anda pun semakin meningkat dengan anggaran RM516.18 ke atas.

          5 Alat Elektrik Punca Bil Tinggi

          Cara Semak Jumlah Tenaga (kWj) yang Digunakan

          Untuk pastikan jumlah tenaga yang digunakan tidak melebihi target, anda boleh semak selalu jumlah tenaga yang telah digunakan melalui aplikasi myTNB.

          Anda boleh semak tenaga yang digunakan secara harian ataupun bulanan.

          5 Alat Elektrik Punca Bil Tinggi

          Bagi anda yang merupakan pengguna Meter Pintar (Smart Meter), anda juga boleh semakan melalui portal myTNB di: https://www.mytnb.com.my/

          Tips Penjimatan Elektrik

          1. Tutup suis jika tidak digunakan
          2. Hadkan penggunaan pemanas air
          3. Keringkan pakaian di bawah matahari
          4. Gunakan lampu LED untuk tahan lebih lama
          5. Susun atur peti sejuk bagi aliran udara lebih lancar
          6. Gunakan peralatan elektrik cekap tenaga
          7. Tetapkan suhu penyaman udara pada 24°C
          8. Kumpulkan dan gosok baju sekali gus
          5 Alat Elektrik Punca Bil Tinggi

          Maklumat Lanjut & Soalan Lazim 5 Alat Elektrik Punca Bil Tinggi

          Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi TNB CareLine melalui saluran berikut:

          Mengapakah bil elektrik saya melambung tinggi walaupun saya rasa jarang berada di rumah?

          Keadaan ini biasanya berpunca daripada peralatan elektrik yang beroperasi secara berterusan atau mempunyai elemen pemanas (heating element) tanpa disedari.

          Betulkah penggunaan penapis air elektrik boleh menyebabkan bil rumah melonjak ke zon penggunaan tinggi?

          Ya, betul. Mengikut data grafik Suruhanjaya Tenaga, kediaman dalam Zon Selesa (bawah 600 kWj) lazimnya menggunakan penapis air kategori kapasiti sederhana. Namun, jika anda beralih kepada penggunaan penapis air berkategori kapasiti besar, ia akan menggunakan tenaga elektrik berterusan sepanjang hari untuk mengekalkan suhu tangki yang besar itu.

          Apakah alat elektrik yang paling kuat guna elektrik kat rumah?

          Penyaman udara (aircond) menyumbang hampir 40% daripada jumlah keseluruhan bil elektrik anda, terutamanya jika dipasang dalam tempoh yang lama pada waktu siang yang panas.

          Kenapa kita kena pastikan penggunaan elektrik bawah 600 kWj sebulan?

          Angka 600 kWj adalah had “Zon Penggunaan Rendah” oleh TNB. Jika penggunaan anda di bawah atau sama dengan 600 kWj, anggaran bil anda berada dalam paras RM215.98 dan ke bawah kerana anda mendapat pengecualian penuh (TIADA CAJ) untuk kos Peruncitan, Caj AFA, dan Cukai Perkhidmatan.

          Macam mana cara paling senang nak semak unit tenaga (kWj) yang kita dah guna?

          Cara paling mudah adalah dengan menyemak terus melalui aplikasi myTNB atau portal web rasmi www.mytnb.com.my.

          Penulis