Zakat emas merupakan salah satu kewajiban bagi umat Islam yang memiliki harta dalam bentuk emas apabila telah memenuhi syarat nisab (had minimum) dan haul (tempoh setahun). Layari https://calculatormalaysia.com/ atau portal rasmi pusat zakat negeri masing-masing untuk mengetahui nilai yang perlu dizakatkan dan berapa gram emas wajib zakat.
Kebanyakan negeri di Malaysia, zakat emas wajib dibayar jika mencapai nisab 85 gram emas tulen dan haul satu tahun (354 hari Hijrah).
Kadar zakat adalah 2.5% daripada nilai semasa, dengan perbezaan pengiraan untuk emas simpanan dan perhiasan mengikut uruf negeri.
Rujuk info penuh di bawah.
Apa Itu Zakat Emas?
Zakat emas ialah zakat yang wajib dikeluarkan ke atas harta emas yang mencapai nisab 85 gram emas tulen dan haul setahun (354 hari Hijrah), dengan kadar 2.5% daripada nilai semasa.
Emas dianggap sebagai “harta yang berkembang” dalam Islam, sama seperti wang tunai. Oleh itu, apabila ia mencapai syarat-syarat tertentu, ia wajib disucikan melalui zakat
Ini bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam Surah At-Taubah ayat 34-35 yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
Ramai orang Islam yang memiliki emas (sama ada sebagai barang perhiasan yang dipakai atau emas yang disimpan untuk pelaburan) namun tidak tahu bahawa mereka wajib membayar zakat bagi emas tersebut.
Zakat yang dikeluarkan ke atas emas bergantung sama ada emas dipakai ataupun yang disimpan yang mana telah cukup nisab dan haulnya.

BACA JUGA: Kadar Zakat Fitrah 2026 Setiap Negeri Di Malaysia
Syarat Wajib
Syarat umum wajib zakat emas adalah:
- Islam
- Cukup nisab – Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat.
- Cukup haul – Telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari.
- Milik sempurna – Pemilikan terhadap sesebuah harta hendaklah jelas di mana tiada orang lain yang berhak ke atasnya melainkan dirinya sendiri.
Kategori Emas Wajib Zakat
Cara pengiraan dibezakan sama ada emas tersebut tidak dipakai atau tidak dipakai sebagai perhiasan wanita.
1. Emas yang tidak dipakai
Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang disimpan, tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun sama ada dalam bentuk asal atau dijadikan perhiasan.
Jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%).
2. Emas yang dipakai sebagai perhiasan wanita
Emas sama ada dipakai (sebagai perhiasan yang halal) sekali-sekala atau berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya melainkan, jika ia melebihi uruf (tidak termasuk batu permata atau seumpamanya).
Uruf adalah merupakan had pemakaian setempat yang dibenarkan dan uruf berbeza mengikut negeri.
Kadar Uruf Zakat Emas Mengikut Negeri (2026)
Kadar uruf (kebiasaan pemakaian emas di kalangan pemakai emas) berbeza mengikut negeri seperti berikut:
| Negeri | Emas Simpanan (Nisab) | Nilai RM Simpanan | Emas Perhiasan (Uruf) | Nilai RM Perhiasan | Cara Pengiraan Perhiasan |
|---|---|---|---|---|---|
| Wilayah Persekutuan | 85g | 42,047.00 | 800g | 309,376 | Lebihan sahaja |
| Johor | 85g | 48,134.69 | 850g | 328,712 | Lebihan |
| Selangor | 85g | 42,047.00 | 800g | 309,376 | Lebihan |
| Pulau Pinang | 85g | 250g | 96,680 | Lebihan | |
| Perak | 85g | 500g | 193,360 | Lebihan | |
| Kedah | 85g | 32,871.27 | 200g | 77,344 | Lebihan |
| Kelantan | 85g | 32,871.27 | 200g | 77,344 | Lebihan |
| Terengganu | 85g | 36217.86 | 850g | 328,712 | Lebihan |
| Pahang | 85g | 40,092.42 | 200g | 77,344 | Lebihan |
| Negeri Sembilan | 85g | 32,871.27 | 200g | 77,344 | Lebihan |
| Melaka | 85g | 40,092.42 | 200g | 77,344 | Semua jika > uruf |
| Sabah | 85g | 36979.00 | 250g | 96,680 | Lebihan |
| Sarawak | 85g | 38654.73 | 775g | 299,658 | Lebihan |
| Perlis | 85g | 170g | 65,742 | Semua jika > uruf |
Maksud “KESELURUHAN” – maksudnya jika melepasi nisab yang ditetapkan ini, kiraan zakat ialah 2.5% daripada jumlah keseluruhan .
Maksud “LEBIHAN” – maksudnya jika melepasi nisab ini, zakat dikira 2.5% setelah ditolak dengan nisab ini.








Contoh Pengiraan
A. Emas yang tidak dipakai
Contoh kiraan sekiranya mempunyai yang tidak dipakai seberat 90 gram:
= (Berat Emas) X (Harga Emas Semasa) X (2.5%)
= (90 gram) X (RM250) X (2.5%)
= RM562.50 (Jumlah yang wajib dibayar)
Jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%).

B. Emas yang dipakai sebagai perhiasan wanita
Contoh kiraan sekiranya mempunyai emas perhiasan seberat 258 gram:
= (Berat Emas) X (Harga Emas Semasa) X (2.5%)
= (258 gram) X (RM250) X (2.5%)
= RM1,612.00 (Jumlah yang wajib dibayar)
*Kadar ’uruf yang digunakan di Pulau Pinang adalah sebanyak 250 gram.
Kalkulator Kiraan Zakat Emas Setiap Negeri
Untuk memudahkan urusan, anda boleh menggunakan kalkultor dalam talian di bawah untuk mengira jumlah Zakat Emas yang perlu dibayar:
| Negeri | Pautan Kalkulator Rasmi |
|---|---|
| Wilayah Persekutuan | zakat.com.my |
| Johor | maij.gov.my |
| Selangor | zakatselangor.com.my |
| Pulau Pinang | https://zakat.mainpp.gov.my/kalkulator-zakat-emas/ |
| Perak | https://ezakat.maipk.gov.my/zapar/ |
| Kedah | zakatkedah.com.my |
| Kelantan | https://zakat.e-maik.my/v8/kalkulator/zakat_emas.php |
| Terengganu | ezakat.maidam.gov.my |
| Pahang | zakatpahang.my |
| Negeri Sembilan | https://www.mains.gov.my/v5/web/emas.php |
| Melaka | https://www.izakat.com/ui.php |
| Sabah | https://appszakat.sabah.gov.my/zakat/kalkulatorEmas.php |
| Sarawak | tbs.org.my |
| Perlis | https://www.maips.gov.my/jenis-jenis-zakat/ |
Soalan Lazim Zakat Emas
85 gram emas tulen untuk simpanan (tidak dipakai); haul 1 tahun Hijrah (354 hari).
Ya, jika melebihi uruf negeri (contoh: 800g WP/Selangor); tolak uruf dahulu.
Sentiasa 2.5% daripada nilai semasa (berat × harga/g × 2.5%).
Ya. Walau bagaimanapun, pengiraannya sedikit berbeza. Anda hanya perlu membayar zakat jika nilai emas tersebut (setelah ditolak jumlah pinjaman dan upah simpan) masih melebihi nisab (85g).
Zakat hanya wajib ke atas harta yang berada dalam milik sempurna. Jika emas tersebut hilang sebelum cukup haul (setahun), maka ia tidak wajib dizakatkan. Jika ia hilang selepas cukup haul tetapi sebelum sempat dibayar zakat, anda tetap perlu menunaikan zakat bagi tahun tersebut.
Ya. Emas digital dikategorikan sebagai Emas Simpanan. Walaupun anda tidak memegang fizikalnya, ia adalah hak milik anda sepenuhnya. Pengiraannya adalah berdasarkan baki terendah atau baki akhir tahun (mengikut fatwa negeri) jika beratnya mencecah 85 gram.
Ini bergantung kepada kandungan emasnya:
– Jika emas putih tersebut mengandungi campuran emas kuning (contohnya 750/18K), maka bahagian emasnya wajib dikira dalam zakat.
– Jika ia adalah Platinum, maka ia tidak wajib zakat emas kerana platinum bukan logam emas, kecuali jika ia digunakan untuk tujuan perniagaan.
Zakat emas dan zakat wang simpanan biasanya dikira secara berasingan. Namun, ada pendapat ulama yang menggabungkan semua “harta tunai” (emas + perak + wang tunai) untuk melihat sama ada ia cukup nisab. Di Malaysia, kebiasaannya pusat zakat mengira emas simpanan berdasarkan berat (85g) secara kendiri.
Kewajipan zakat adalah ke atas pemilik emas tersebut.
Secara rasminya, ya. Zakat hanya dikenakan ke atas berat emas bersih sahaja. Jika barang kemas anda mempunyai batu permata yang besar dan berat, anda boleh meminta kedai emas atau pusat zakat untuk menafsir berat emas sahaja. Namun, jika batu itu kecil, biasanya ia dikira sekali untuk memudahkan urusan (atas dasar berhati-hati).




