Kadar Zakat Fitrah 2026 Setiap Negeri Di Malaysia boleh disemak melalui Jabatan Wakaf Zakat & Haji di pautan berikut: https://www.jawhar.gov.my/
Masuknya bulan Ramadan, umat Islam bolehlah mula menunaikan zakat fitrah. Berapa agaknya kadar zakat fitrah tahun ini bagi negeri-negeri di Malaysia?
KEWAJIPAN ZAKAT FITRAH BAGI UMAT ISLAM
ุฃูููู ุฑูุณูููู ุงูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููุฑูุถู ุฒูููุงุฉู ุงููููุทูุฑู ู ููู ุฑูู ูุถูุงูู ุนูููู ุงููููุงุณูุ ุตูุงุนูุง ู ููู ุชูู ูุฑูุ ุฃููู ุตูุงุนูุง ู ููู ุดูุนููุฑูุ ุนูููู ููููู ุญูุฑูู ุฃููู ุนูุจูุฏูุ ุฐูููุฑู ุฃููู ุฃูููุซููุ ู ููู ุงููู ูุณูููู ูููู
Maksudnya: โRasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.โ[1] (Riwayat Muslim: 984)
Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri 2026
Berikut dikongsikan kadar bagi bayaran zakat fitrah yang diwajibkan bagi umat Islam untuk tahun 2026 mengikut negeri-negeri di Malaysia.

| Negeri | Kadar Minimum / Wajib | Kadar Lain (Galakan) |
|---|---|---|
| Johor | RM8.00 | RM10.00, RM20.00 |
| Pulau Pinang | RM10.00 | RM15.00, RM25.00 |
| Kelantan | RM10.00 | RM22.00 |
| Melaka | RM8.00 | RM15.00, RM22.00 |
| Wilayah Persekutuan | RM8.00 | RM15.00, RM25.00 |
| Sabah | RM7.50 | RM15.00 |
| Negeri Sembilan | RM7.50 | RM12.00, RM20.00 |
| Selangor | RM8.00 | RM16.00, RM25.00 |
| Perlis | RM9.00 | โ |
| Pahang | RM8.00 | RM14.00, RM21.00 |
| Perak | RM10.00 | RM16.00, RM25.00 |
| Sarawak | RM7.50 | โ |
| Kedah | RM9.00 | RM15.00, RM23.00 |
| Terengganu | RM10.00 | RM20.00 |
NOTA: Kadar minimum/wajib ialah kadar asas yang perlu dibayar, manakala kadar lain ialah kadar galakan berdasarkan jenis atau harga beras yang dimakan.
Cara Bayaran Online Zakat Fitrah Setiap Negeri
Platform pembayaran zakat fitrah dalam talian bagi tahun 2026 / 1447H untuk setiap negeri boleh diimbas melalui kod QR dalam poster di bawah:

Cara Bayaran Zakat Fitrah Online
- Negeri Johor
- Pautan :ย Zakat Johor Online Payment, Aplikasi Tulus
- Negeri Kedah
- Pautan :ย Portal Lembaga Zakat Negeri Kedah
- Negeri Melaka
- Pautan :ย Zakat Melaka
- Negeri Kelantanย
- Pautan :ย E-FITRAH
- Negeri Pahang
- Negeri Sembilan
- Pautan :ย e-Payment eFitrah Online MAINS
- Pulau Pinang
- Negeri Perlisย
- Pautan :ย Portal Bayaran MAIPsย
- Negeri Perak
- Negeri Sabah
- Pautan :ย Apps Zakat Sabah
- Negeri Sarawakย
- Negeri Selangor
- Pautan :ย ezakatPAY (zakatselangor.com.my)
- Negeri Terengganu
- Pautan :ย ePay@MAIDAM
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Pautan :ย Bayar Zakat Fitrah Secara Online
PERLIS
Zakat fitrah bagi negeri Perlis untuk tahun 1447H bersamaan 2026M adalah kekal dengan 1 kadar sahaja pada RM9.00 bagi setiap individu, iaitu jumlah yang sama seperti tahun sebelumnya.

NEGERI SEMBILAN
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan tiga kadar zakat fitrah pada tahun ini iaitu RM7.50, RM12 dan RM20.

PAHANG
Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang bagi tahun 1447H Bersamaan 2026M ;
- RM8.00 โ Beras putih tempatan (kadar minimum)
- RM14.00 โ Beras import atau setara
- RM21.00 โ Beras basmati atau setara

TERENGGANU
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menetapkan dua kadar zakat fitrah untuk tahun ini, iaitu tidak kurang RM10 dan RM20.

SABAH
Kadar zakat fitrah Sabah adalah RM7.50 dan RM15.

SARAWAK
Kadar zakat fitrah di Sarawak kekal pada RM 7.50 seorang bagi tahun 1447 H / 2026M, sama seperti tahun sebelumnya.
Pembayaran boleh dibuat mengikut ketetapan serta melalui saluran rasmi yang diiktiraf oleh Majlis Islam Sarawak dan Tabung Baitulmal Sarawak.
WILAYAH PERSEKUTUAN
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi tahun 1447H/2026M mengikut jenis beras iaitu RM8, RM15 dan RM25

PULAU PINANG
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menetapkan kadar zakat fitrah kepada tiga kategori iaitu sebanyak RM10, RM15 dan RM25 seorang, mengikut jenis dan kualiti beras yang menjadi makanan harian pembayar zakat.

PERAK
KADAR DAN KAEDAH BAYARAN ZAKAT FITRAH TAHUN 1447H / 2026M NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
- Beras Super Special Tempatan 5%, Super Import 5% : RM 10
- Beras perang, beras wangi, beras herba poni, beras rebus : RM 16
- Beras basmati, beras pulut, beras jepun, beras merah : RM 25

KELANTAN
Kadar zakat fitrah negeri Kelantan ditetapkan pada kadar RM10.00 / RM22.00.
KEDAH
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun 1447H /2026 iaitu harga RM 9.00, RM 15.00, RM 23.00

JOHOR
Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor bagi Tahun 1447 Hijriah/2026 Masihi.
- RM 7800 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya dari jenis Super Spesial Tempatan
- RM 10.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya dari jenis selain Super Spesial Tempatan (Beras Import)
- RM 20.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya dari jenis selain Super Spesial Tempatan (Beras Import) seperti Beras Basmati Import & Super Wangi

Baca juga: Niat Puasa Ramadan โ Lafaz Niat Harian / Sebulan (JAKIM)
Tempoh Bayaran
Bila waktu yang paling baik untuk kita bayar zakat?
Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.
- Harus – Masuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.
- Wajib – Pada hari akhir Ramadan ketika waktu senja terbenamnya matahari pada hari berkenaan.
- Afdal – Waktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan.
- Makruh – Setelah selesai solat sunat hari raya.
- Haram – Waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.

Soalan Lazim Zakat Fitrah
Sesiapa yang mengingkari maka dia menjadi kafir kerana hukum mengeluarkan zakat fitrah adalah wajib sebagaimana Rasulallah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan.
Zakat fitrah boleh dibayar dimana-mana bila berada dalam waktu sunat pembayaran tetapi apabila tiba waktu wajib dan tidak membuat pembayaran pada waktu sunat maka hendaklah disegerakan pembayaran tersebut ditempat individu itu berada.
Hukumnya berdosa. Sekiranya individu tersebut terlupa untuk membayar zakat fitrah maka wajib disegerakan pembayaran tersebut.
Menurut Mufti WP, zakat fitrah diwajibkan ke atas diri sendiri dan mereka yang berada di bawah tanggungan nafkah seperti isteri, anak-anak serta ibu bapa yang berada di bawah tanggungannya. Oleh yang demikian, seorang anak tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk ibu bapanya yang berkemampuan. Bahkan zakat yang dikeluarkan itu tidak sah melainkan dengan mendapat keizinan daripada kedua-duanya.
Boleh.
Dalam Mazhab Syafie, kalau dah ada pendapatan sendiri (termasuk pelajar), kena bayar Zakat Fitrah sendiri. Sebab mereka ini dah bukan di bawah tanggungan sesiapa termasuk bapa mereka.
Syarat sah zakat ada 2 sahaja. Cukup 2 syarat ini maka zakat anda telah sempurna dan sah.
– Niat.
– Berlaku perpindahan harta.
Lafaz akad tu sunat. Bersalaman tu adat kita. Ini apply untuk Zakat Harta dan Zakat Fitrah.
YA. Menurut Lembaga Zakat Selangor, hukum Zakat Fitrah adalah ๐๐๐๐๐ bagi setiap individu lelaki dan perempuan muslim. Selagi mana asnaf mempunyai kemampuan memiliki makanan untuk diri dan keluarga pada malam raya dan pagi raya maka ia wajib tunaikan Zakat Fitrah untuk diri dan tanggungannya.
Itu merupakan syarat โkemampuanโ dalam Zakat Fitrah. Sekiranya tidak mampu, maka tidak wajib.
Ini kerana miskin Zakat Fitrah dan miskin Zakat Harta adalah dua perkara yang berbeza.
Sebab mengeluarkan Zakat Fitrah ikut harga beras yang kita makan lebih bertepatan dengan maksud hadis nabi (Bukhari).
“…mereka mengeluarkan Zakat Fitrah sebanyak satu shaโ makanan, mengikut apa yang mereka makan.โ
Orang kaya mungkin makan beras yang berbeza dan berkualiti berbanding orang miskin. Jadi amat wajar keluarkan Zakat Fitrah mengikut harga beras tersebut.
Tidak jika anak tersebut masih belum lahir. Tapi kalau baby tu dapat merasa Bulan Ramadan dan Syawal, maka bapa kena bayar Zakat Fitrah pada tahun tersebut. Contohnya lahir pada jam 7:00 petang sebelum buka puasa hari terakhir Bulan Ramadan.
Makruh – Setelah selesai solat sunat hari raya.
Haram – Waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.
Anak-anak yang sudah bekerja dan mempunyai pendapatan hasil usaha diri sendiri sama ada lelaki ataupun perempuan, adalah lebih berhak mengeluarkan zakat fitrah bagi diri mereka sendiri. Bahkan, sekiranya mereka mahu mengeluarkan zakat fitrah untuk ibu bapa mereka juga dibolehkan dengan syarat mereka perlu memaklumkannya kepada kedua ibu bapa mereka.