Yang di-Pertua Dewan Rakyat : Profil & Tugas

Teka-teki mengenai siapa yang bakal mengisi kerusi Yang di-Pertua atau Speaker Dewan Rakyat terjawab apabila Datuk Johari Abdul dipilih pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 19 Disember lalu.

Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu sekaligus berikrar akan memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu dengan jujur dalam melaksanakan prosiding dan urusan dewan.

Sempena berakhirnya Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, kami ingin kongsikan serba sedikit informasi mengenai latar belakang serta profil tugas Speaker Dewan Rakyat.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Baca Juga : Maksud Kerajaan Perpaduan – Jabatan Penerangan Malaysia

Bagaimana Yang di-Pertua Dewan Rakyat Dipilih?

Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilh di kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan di kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat yang mempunyai kelayakan untuk dilantik.

Untuk makluman, Datuk Johari Abdul telah dicalonkan oleh Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengisi jawatan yang sebelumnya digalas oleh Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Profil Tugas Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Fungsi atau Profil tugas Speaker Dewan Rakyat secara amnya adalah :

  • bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan lancar
  • memastikan perbahasan mematuhi Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat
  • membuat keputusan dan tafsiran mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku pertikaian.

Namun, jawatan ini hendaklah dikosongkan atau boleh dilepaskan sekiranya :

  • Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat jika beliau ahli Dewan yang dipilih
  • Jika pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan untuk Yang di-Pertua mengosongkan jawatan tersebut.
Senarai Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Berikut merupakan senarai ahli dewan rakyat yang pernah menggalas tugas sebagai Speaker :

NamaTarikh Berkhidmat
YB Dato’ Johari bin Abdul19 Disember 2022 – kini
YB Tan Sri Azhar Azizan Harun13 Julai 2020 – 18 Disember 2022
YB Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof16 Julai 2018 – 13 Julai 2020
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia28 April 2008 – 15 Julai 2018
YB Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib22 November 2004 – 27 April 2008
Y.A Bhg Tun Dato’ Seri Dr Mohamed Zahir bin Haji Ismail14 Jun 1982 – 14 Oktober 2004
YB Tan Sri Datuk Dr Syed Nasir bin Ismail9 Januari 1978 – 16 Mac 1982
YB Tan Sri Datuk Haji Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmood4 November 1974 – 19 Disember 1977
YB Tan Sri Dato’ Chok Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman25 November 1964 – 3 November 1974
YB Dato’ Syed Esa bin Alwee18 Mei 1964 – 24 November 1964
YB Dato’ Haji Mohamad Noah bin Omar11 September 1959 – 17 Mei 1964

Sumber : parlimen.gov.my

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!