Yamaha Y16ZR Malaysia: Harga Dari RM10,888 & Pilihan Warna 2021

Ysuku 2021 telah dilancarkan secara rasmi oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) dengan nama baru Yamaha Y16ZR.

Y16ZR menggunakan enjin yang sama dengan NVX, R15 dan MT-15 iaitu unit satu silinder 155 cc, suntikan bahan api, SOHC dengan Variable Valve Actuation (VVA), yang digabungkan bersama transmisi enam kelajuan (klac slip & assist) untuk menghasilkan kuasa 17.7 hp pada 9,500 rpm dan 14.4 Nm tork pada 8,000 rpm.

Jumlah kuasa ini bagaimanapun kurang sedikit berbanding R15 yang mencatat 19 hp dan 14.7 Nm tork.

Spesifikasi Yamaha Y16ZR

Tidak seperti enjin terdahulu, sistem VVA ini pula dapat mengubah pemasaan injap.

Injap enjin akan dibuka dan ditutup cepat ketika RPM rendah, dan dibuka serta ditutup dengan lebih lambat pada RPM tinggi.

Oleh yang demikian, enjin yang baharu ini dapat memberikan lebih kuasa pecutan pada RPM rendah serta kuasa maksima yang lebih tinggi pada RPM tinggi.

Dalam istilah mudah, seseorang penunggang seakan mendapat dua enjin dalam satu.

Pergi kepada bahagian meter, Y16ZR VVA menggunakan unit digital LCD baru yang dapat memaparkan semua informasi dengan terang termasuk kelajuan, tahap rpm serta kedudukan gear. Pada bahagian butang kawalan di pemegang, selain fungsi biasa, penunggang juga disediakan dengan butang kill switch serta lampu memotong (pass light).

Disebabkan semua panel badan model ini adalah serba baru, tempat duduknya direka semula, dengan mempunyai bentuk yang lebih sporty. Di bawahnya, terdapat tangki bahan api yang lebih besar berbanding Y15ZR, iaitu 5.4 liter.

Harga Y16ZR 2021

Terdapat tiga pilihan warna untuk pasaran Malaysia iaitu Phantom Grey, Arrow Blue, dan Ragin Yellow.

Harga jualan bermula dari RM10,888, dan 5,000 pembeli pertama akan berpeluang mendapat key pouch dengan ukiran nombor pendaftaran yang boleh didapati secara percuma apabila mereka berkunjung ke mana-mana cawangan Royal Selangor.

Rujukan: Careta, Paultan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!