JPJeBid: Cara Bida Nombor Pendaftaran Kenderaan (Nombor Plate Cantik)

Selaras dengan perkembangan teknologi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sistem JPJeBid untuk orang ramai membida nombor pendaftaran kenderaan dengan mudah dan cepat.

Ringkasnya, kalau kita nak dapatkan nombor plat kereta yang terkini dan ‘cantik’, contohnya SYG 8055, RAF 1, PPP 999, WCU 2020 dan sebagainya, anda boleh melakukannya secara online melalui laman web tersebut.

Menarik kan?

Jom ketahui lebih lanjut tentang Portal JPJeBid dan cara membuat bidaan melalui sistem ini.

Apakah JPJeBid?

Sistem yang diperkenalkan pada April 2019 ini amat berbeza dengan sistem bidaan konvensional nombor plat dahulu.

Mungkin ramai tak tahu, sebelum dibuat secara online, bidaan nombor plat kenderaan dilakukan secara manual dan mengambil masa yang lama dengan proses yang agak leceh.

Jpjebid

Misalnya, jika hendak  membida RM10,000 untuk sesuatu nombor itu, kena buat cek RM5,000 dan masuk dalam tong dan  tunggu tempoh bidaan tamat. 

Kemudian, katakanlah pada 1 haribulan seterusnya (satu bulan proses tender manual) senarai pemenang  dikeluarkan dengan  keputusan bidaan diletakkan di papan kenyataan dengan semua pembida boleh melihatnya.

JPJ kemudian ambil masa kira-kira sebulan  lagi untuk pulangkan cek bagi mereka yang gagal bidaan dengan yang menang dapat nombor itu.

Tetapi dengan sistem JPJeBid ini, harga bidaan dipapar di skrin dan nombor itu boleh dibida berkali-kali sehingga berpuas hati.

Bidaan dibuat tanpa tunai tetapi menggunakan kad kredit atau debit.

Jika menang, barulah nilai bidaan itu akan ditolak 100%.

jpjebid

Syarat Mendaftar

Syarat untuk mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid adalah:

  • Individu/Perniagaan/Syarikat/Bukan Warganegara/Pertubuhan/Koperasi/Badan Profesional/Agensi Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun/Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/Kedutaan/Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/Pertubuhan Antarabangsa/Pejabat Serantau yang layak mestilah mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP.

Cara Daftar JPJeBid

  1. Pendaftaran boleh dibuat secara online di portal https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/
  2. Untuk mendapatkan ID bagi membolehkan seseorang mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid, anda perlulah mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:
Jpjebid
  • Individu: Satu salinan kad pengenalan/sijil kelahiran/resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa
  • Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian:
    • Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan – Borang D (nama syarikat,maklumat dan maklumat pemilik); atau
    • Satu salinan Lesen Perniagaan (Sabah dan Sarawak sahaja)
    • Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.
  • Syarikat Sdn. Bhd:
    • Satu salinan Borang 9 atau Borang 13 dan Borang 49 atau Borang Seksyen 58.
    • Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

* Sila pastikan anda telah menerima e-mel pengesahan daripada Sistem mySIKAP sebelum membuat capaian di Portal JPJeBid.

Baca juga: Cara Daftar SSM Online Untuk Enterprise / Tunggal (ezBiz SSM)

Harga Bidaan, Deposit & Caj Perkhidmatan

Tiada deposit diperlukan tetapi pembida harus membayar harga minima atau lebih dari harga minima bagi setiap kategori nombor kenderaan yang dibida pada kali pertama.

Setiap nombor kenderaan memerlukan satu bayaran minima mengikut jadual di bawah :

KategoriHarga Minima (RM)Kenaikan Bidaan Minima (RM)
Nombor Bernilai Utama20,000.001,000.00
Nombor Menarik3,000.00150.00
Nombor Popular800.0040.00
Nombor Biasa300.0015.00

Setiap amaun bidaan pertama yang dibida mestilah sama atau melebihi harga minima yang ditetapkan mengikut kategori.

Peningkatan minima bidaan adalah 5% dari amaun harga minima mengikut kategori nombor dengan ketiadaan had untuk peningkatan maksimum.

Formula :

5% X Harga Minima Bidaan = Kenaikkan Harga Minima

Harga Minima Bidaan + Kenaikan Harga Minima = Jumlah Bidaan

Contoh :

Kenaikan Bidaan Minima (RM) (Kadar 5%)
Jumlah Bidaan
KategoriHarga Minima (RM)Kenaikan Bidaan Minima (RM)Kenaikan PertamaKenaikan KeduaKenaikan Ketiga
Nombor Bernilai Utama20,000.001,000.0021,000.0022,000.0023,000.00
Nombor Menarik3,000.00150.003,150.003,300.003,450.00
Nombor Popular800.0040.00840.00880.00920.00
Nombor Biasa300.0015.00315.00330.00345.00

Segala transaksi semasa bidaan adalah menggunakan kaedah Pre- Authorization

NOTA: RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Fi berkenaan merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.

Kategori Nombor Pendaftaran

Terdapat tiga kategori nombor pendaftaran yang dibuka untuk bidaan dalam sistem JPJeBid.

1. Kategori Nombor-Nombor Bernilai Utama ( Golden Numbers )

    1       2         3          4          5          6          7          8          9          10

2. Kategori Nombor-Nombor Menarik ( Attractive Numbers )

  11      12       13        14       15       16       17       18       19    

22       28      33        38        44        55        66       77       88       99       

 111     222      333     444      555      666     777     888     999     

1111      2222     3333    5555    6666   7777      8888   9999

3. Kategori Nombor-Nombor Popular ( Popular Numbers )

20        21       23        24        25        26       27       29       30       31       32

34        35       36        37       39        40        41       42       43       45        46

47        48       49       50       51        52        53       54       56       57       58

59        60       61       62       63       64       65       67       68       69       70

71        72       73        74       75       76       78       79       80       81       82

83        84       85       86       87       89       90       91       92       93       94

95        96       97       98       100     101     121     131     141     151     161

171      181     191     200     202     212     232     242     252     262     272

282      292     300     303     313     323     343     353     363     373     383

393      400     404     414     424     434     454      464     474     484      494

500      505     515     525     535     545     565     575     585     595      600

606      616     626     636     646     656     676     686     696     700      707

717      727     737     747     757     767     787     797     800     808    818

828      838     848     858     868     878     898     900     909     919   929

939      949     959     969     979     989     1000   1001   1010   1100   1122

1133    1144   1155   1166   1177   1188   1199   1212   1221   1313    1331

1414    1441   1515   1551   1616   1661   1717   1771   1818   1881  1919

1991    2000    2002   2020   2112   2121   2200   2211   2233   2244  2255

2266    2277   2288   2299   2323   2332   2424   2442   2525   2552   2626

2662    2727   2772   2828   2882   2929   2992   3000   3003   3030   3113

3131    3223   3232   3300   3311   3322   3344   3355   3366   3377   3388

3399    3434   3443   3535   3553   3636   3663   3737   3773   3838  3883

3939    3993   4000   4004   4040   4114   4141   4224   4242   4343   4400

4411    4422   4433   4444    4455    4466   4477   4488   4499   4545  4554

4646    4664   4747   4774   4848   4884   4949   4994   5000   5005    5050

5115    5151   5225   5252   5335   5353   5445   5454   5500   5511  5522

5533    5544   5566   5577   5588   5599   5656   5665   5757   5775    5858

5885    5959   5995   6000   6006   6060   6116   6161   6226   6262    6336

6363    6446   6464   6556   6565   6600   6611   6622   6633   6644    6655

6677    6688   6699   6767   6776   6868   6886   6969   6996   7000    7007

7070    7117   7171   7227   7272   7337   7373   7447   7474   7557    7575 7667    7676   7700   7711   7722   7733   7744   7755   7766   7788    7799 7878    7887   7979   7997   8000   8008   8080   8118   8181   8228     8282 8338    8383   8448   8484   8558   8585   8668   8686   8778   8787    8800 8811    8822   8833   8844    8855   8866   8877   8899    8989   8998    9000 9009    9090   9119   9191   9229   9292   9339   9393   9449    9494    9559 9595    9669   9696   9779    9797   9889   9898   9900   9911   9922  9933 9944  9955  9966 9977 9988

Tempoh Bidaan

Keputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat bergantung kepada transaksi dengan pihak bank.

Pentadbir sistem akan menghantar e-mel makluman kepada pembida untuk memaklumkan status bidaan samada berjaya atau gagal.

Keputusan bidaan juga boleh dilihat di portal JPJeBid melalui carian nombor kenderaan yang dibida sahaja.

Kaedah Pembayaran

Pembida hanya boleh melakukan pembayaran bidaan melalui kad kredit tempatan dan kad debit tempatan ((Malaysia Issuer)) sahaja.

Jika bidaan berjaya – amaun bidaan akan ditolak dari kad kredit/ kad debit pembida dengan serta-merta.

Jika bidaan tidak berjaya – pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun akan dikreditkan semula ke kad kredit atau kad debit pembida. Tiada caj yang akan dikenakan.

Proses Pendaftaran Nombor Kenderaan

Tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan adalah 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran.

Pemenang boleh hadir sendiri ke JPJ ataupun mana- mana wakil pemenang dan perlu membawa dokumen seperti dibawah:

  1. Cetakan E-mel Surat Keputusan Berjaya Bidaan
  2. Salinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat

Nombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama kepada keluarga terdekat sahaja iaitu ibu/bapa/suami/isteri/ adik beradik/anak dengan mengemukakan sijil kelahiran, sijil nikah dan dokumen lain yang berkaitan ketika membuat pendaftaran kenderaan.

Pertukaran nama melibatkan Syarikat/ Pertubuhan/ Koperasi TIDAK dibenarkan.

Baca juga: Cara Renew SSM Online (ezBiz) Atau Di BSN & Bank Rakyat

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berhubung bidaan nombor pendaftaran kenderaan, klik di sini untuk Panduan Pengguna

ATAU

Sila hubungi:

Ibu Pejabat
Jabatan Pengangkutan Jalan
Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

Umum : 03 8000 8000

Faks : 03 8881 0194

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!