WhatsApp kena block menjadi perhatian ramai selepas pengguna mendakwa akaun WhatsApp dan WhatsApp Business mereka disekat atau dihadkan secara tiba-tiba.
Di Threads, ramai berkongsi notifikasi seperti “This account can’t use WhatsApp”, “Your account is restricted right now” dan “Account in review”, sekali gus menjejaskan urusan harian serta operasi perniagaan.
Baca juga: Jangan Abaikan! Matikan Fungsi Facebook Ini Jika Tak Mahu Galeri Telefon Diakses
Ramai Pengguna Dakwa Akaun WhatsApp Disekat
Sejak semalam, ramai pengguna aplikasi WhatsApp mendakwa akaun mereka disekat secara tiba-tiba sehingga tidak lagi boleh menghantar atau menerima mesej.
Di platform Threads, pengguna Malaysia berkongsi pengalaman masing-masing selepas aplikasi memaparkan notifikasi bahawa akaun mereka sedang disemak atau tidak lagi boleh digunakan.
Antara paparan notifikasi yang diterima ialah:
- This account can’t use WhatsApp
- Your account is restricted right now
- Account in review
Paparan tersebut turut memaklumkan bahawa maklumat peranti dan aktiviti akaun sedang diperiksa bagi memastikan ia mematuhi Terma Perkhidmatan WhatsApp.
Dalam kebanyakan kes, keputusan semakan dijangka dimaklumkan dalam tempoh 24 jam.
Pengguna Perniagaan Antara Yang Paling Terjejas
Situasi ini memberi kesan besar kepada pengguna WhatsApp Business yang menggunakan aplikasi tersebut sebagai medium utama berhubung dengan pelanggan.
Pengguna Threads @The.cakery.co berkata dia masih tidak mengetahui punca akaunnya disekat dan berharap dapat memperoleh semula akses ke akaunnya.
“Hi, anyone tahu kenapa jadi macam ni? Agak-agak dapat semula tak Whatsapp acc ni? Alahai dugaan bethul. Anyone pls bantu.”

Ramai pengguna mendakwa akaun WhatsApp mereka tiba-tiba memasuki status “Account in review” tanpa mengetahui punca sebenar.
“Serabut ehhhhh.”

Seorang pengguna Threads @sirazimazmn mendakwa bukan sahaja WhatsApp Business, malah akaun WhatsApp biasa turut dilaporkan terkena sekatan secara tiba-tiba.
“Ada yang kena jugak ke hari? Tengok macam ramai jugak kena ban kat WhatsApp takde angin takde ribut. Bukan ws business pon. Adeh.”

Pengguna @helwanishilyani berkata akaunnya disekat ketika masih mempunyai banyak urusan kerja, sekali gus menjejaskan komunikasi dengan pelanggan.
“Dah kenapa pulak ni!! Dahla banyak kerja dalam ws huhu hopefully boleh recover.”

Akaun Boleh Dipulihkan Selepas Permohonan Semakan?
Walaupun ramai terjejas, terdapat juga pengguna yang berjaya mendapatkan semula akses ke akaun mereka selepas membuat permohonan semakan kepada WhatsApp.
Pengguna Threads @Norsima_sidek berkongsi bahawa akaunnya berjaya dipulihkan selepas membuat Request Review, namun beliau mengingatkan pengguna supaya tidak menggunakan aplikasi atau bot pihak ketiga.
Menurutnya, penggunaan aplikasi tidak rasmi boleh menyebabkan akaun disekat semula dan proses pemulihan mungkin mengambil masa lebih lama.
Apa Punca Akaun WhatsApp Kena Block?
Setakat ini, WhatsApp atau Meta masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai punca sebenar ramai pengguna menerima sekatan secara serentak.
Bagaimanapun, beberapa pengguna berpengalaman percaya sistem keselamatan WhatsApp mungkin mengesan aktiviti tertentu sebagai mencurigakan.
Pengguna Threads @fahmi_emdee turut berkongsi bahawa beliau melihat ramai pengguna mengalami situasi seperti:
- Auto logout daripada WhatsApp.
- Akaun terus disekat selepas log keluar.
- Perlu membuat Request Review sebelum boleh menggunakan semula akaun.
- Sebahagian pengguna menerima sekatan kekal (Permanent Ban).
Menurut perkongsian beliau, terdapat beberapa amalan yang berpotensi menyebabkan akaun dianggap mencurigakan.
Perkara Yang Berpotensi Menyebabkan Akaun Disekat
Antara amalan yang dikatakan boleh meningkatkan risiko akaun dikenakan sekatan ialah:
- Menggunakan WhatsApp peribadi untuk menghantar mesej pemasaran atau perniagaan secara besar-besaran.
- Menghantar mesej kepada ramai nombor yang tidak menyimpan nombor telefon anda.
- Menghantar mesej yang sama (copy-paste) kepada ramai individu dalam masa singkat.
- Menghantar mesej bertalu-talu sebelum penerima membalas.
- Membalas terlalu pantas kepada terlalu ramai pengguna sehingga sistem menganggap akaun dikendalikan bot.
Walaupun perkara ini dikongsikan oleh pengguna Threads, ia bukan pengesahan rasmi daripada WhatsApp.
Cara Kurangkan Risiko Akaun WhatsApp Disekat
Bagi mengurangkan risiko akaun dikenakan sekatan, pengguna disarankan untuk:
- Gunakan aplikasi rasmi WhatsApp Desktop yang dimuat turun daripada laman web WhatsApp atau Microsoft Store.
- Elakkan menggunakan aplikasi WhatsApp pihak ketiga atau bot automasi yang tidak dibenarkan.
- Imbas komputer atau telefon bagi memastikan tiada virus atau malware.
- Semak senarai Linked Devices dan keluarkan peranti yang tidak dikenali.
- Aktifkan Two-Step Verification (2FA).
- Tambahkan alamat e-mel pemulihan pada akaun WhatsApp.
- Aktifkan ciri keselamatan seperti Passkeys dan Security Notifications.
Apa Perlu Dilakukan Jika Akaun WhatsApp Kena Block?
Jika akaun anda disekat, beberapa langkah yang boleh dilakukan ialah:
- Tekan butang Request Review pada aplikasi WhatsApp.
- Berikan maklumat yang tepat semasa proses semakan.
- Jika mengesyaki akaun digodam, nyatakan perkara tersebut ketika membuat permohonan.
- Sertakan nombor telefon lengkap bersama kod negara Malaysia (+60).
- Elakkan menggunakan aplikasi pihak ketiga sementara menunggu keputusan semakan.
Dalam kebanyakan paparan notifikasi, WhatsApp memaklumkan bahawa majoriti semakan akan selesai dalam tempoh sekitar 24 jam, namun tempohnya mungkin berbeza mengikut kes.
Soalan Lazim (FAQ) Whatsapp Kena Block
Buat masa ini tiada pengesahan rasmi daripada WhatsApp. Namun, akaun mungkin disekat jika sistem mengesan aktiviti yang dianggap mencurigakan atau melanggar Terma Perkhidmatan.
Menurut notifikasi yang dipaparkan kepada pengguna, kebanyakan semakan akan diselesaikan dalam tempoh kira-kira 24 jam, bergantung pada kes masing-masing.
Ya, sesetengah pengguna mendakwa berjaya mendapatkan semula akses selepas membuat Request Review melalui aplikasi WhatsApp.
Ya. WhatsApp sememangnya tidak menggalakkan penggunaan aplikasi, mod atau bot pihak ketiga kerana ia boleh menyebabkan akaun dikenakan sekatan.
Baca juga: PMX AI: Cara Guna Avatar AI Datuk Seri Anwar Ibrahim di WhatsAppPMX AI




