UPU Online: Semak Keputusan & Rayuan Kemasukan STPM/Setaraf Sesi 2020/2021

Makluman buat pelajar dan ibu bapa yang berkenaan, semakan UPU online bagi Lepasan STPM / Setaraf Sesi Akademik 2020/2021 kini telah dibuka.

Ia boleh disemak secara atas talian dengan mudah sama ada melalui laman web rasmi https://upu.mohe.gov.my/ atau aplikasi UPU Pocket.

Berikut dikongsikan cara semakan UPU online serta cara permohonan rayuan bagi calon yang tidak berjaya.

Tarikh Semakan Keputusan UPU Online

Semakan keputusan kemasukan UPU bagi Lepasan STPM / Setaraf Sesi Akademik 2020/2021 boleh dibuat bermula pada tarikh berikut:

18 Ogos 2020 (Selasa) jam 12 tengah hari.

Cara Semakan Keputusan

Untuk membuat semakan secara online, pengguna boleh pergi ke pautan yang tertera berikut :

semakan upu online

Permohonan Rayuan UPU Online

Sekiranya permohonan anda tidak berjaya, masih ada peluang untuk membuat rayuan secara online.

Permohonan Rayuan bagi Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2020/2021 akan dibuka pada:

18 Ogos 2020 (Selasa) jam 12 tengah hari hingga 28 Ogos 2020 (Jumaat) jam 5 petang.

Permohonan rayuan hanya untuk pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja.

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU :

https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/login

permohonan rayuan upu online

Keputusan rayuan permohonan UPU online ini akan diumumkan dalam masa terdekat nanti.

Jadi, jangan terlepas peluang untuk membuat rayuan dalam tempoh yang telah ditetapkan ya.

Baca juga : myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User

Semakan Melalui Aplikasi UPU Pocket

Selain membuat semakan UPU online melalui laman web, anda juga boleh menggunakan aplikasi UPU Pocket.

UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

Baca juga : iBita: Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Seluruh Malaysia

Antara kelebihan yang boleh kita perolehi melalui aplikasi ini adalah:

  • memudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.
  • memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.
  • boleh mendapat informasi terkini tentang UPU.
  • terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.

Aplikasi UPU Pocket ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store di SINI.

Maklumat Lanjut

Anda boleh mengemukakan maklumbalas melibatkan pertanyaan, aduan, cadangan dan penghargaan menerusi aplikasi maklumbalas Semakan UPU Online rasmi di SINI.

Pihak Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) akan berusaha menjawab maklumbalas secepat yang mungkin.

Untuk menghubungi pihak BKPA, berikut adalah butirannya:

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Talian Hotline UPU Online : 03-8870 8200
Faks : 03-8870 6864

Leave a Comment