UPTVET PERDANA: Permohonan, Senarai Kursus & Institusi TVET / Negeri

uptvet
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Penawaran kemasukan ke Institusi UPTVET Perdana kini telah dibuka sehingga 20 Jun 2025!

UPTVET diperkenalkan sebagai sistem khusus bagi permohonan ke institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sama seperti UPU untuk permohonan ke institusi pengajian awam (IPTA).

Mulai 14 April 2025, semua permohonan masuk ke 1,334 institusi TVET di seluruh negara wajib melalui satu saluran sahaja, iaitu UPTVET.

Keputusan melaksanakan sistem berpusat ini dibuat menerusi mesyuarat Majlis TVET (MTVET) Bil 3/2023 bagi menyelaraskan proses permohonan serta mengelakkan pertindihan.

Apa itu TVET?

Bagi pembaca yang tertanya-tanya, TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical and Vocational Education and Training)

TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri, bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu.

Tujuan TVET diperkenalkan adalah bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.

Secara umumnya, terdapat dua laluan untuk memasuki bidang TVET iaitu menerusi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Lepasan SPM berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang Sijil ataupun Diploma dalam program TVET yang berkemahiran tinggi.

Selain itu, bagi pelajar yang kurang kecenderungan dalam akademik dan remaja di luar sistem pendidikan terdapat juga program khas Sijil dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Senarai Institusi TVET Awam dalam UPTVET

Nak masuk program TVET tapi tak tahu kat mana nak mohon? Jangan risau! Pelbagai institusi TVET awam yang terlibat dalam UP_TVET Perdana Ambilan Julai 2025!

Antara institusi yang ada dalam UP_TVET termasuk:

  • Jabatan Tenaga Manusia (JTM) – ILP, ADTEC & JMTI
  • GIATMARA
  • ILKBS – IKBN/IKTBN
  • Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH)
  • Kolej KEDA
  • Kolej RISDA
  • Akademi Perikanan Malaysia
  • Kolej Pertanian

…dan banyak lagi!

uptvet

Senarai Kursus UPTVET

Untuk melihat senarai Kursus TVET yang ditawarkan, sila layari portal UPTVET melalui pautan > > https://mohon.tvet.gov.my/awam-kursus/katalog

Anda boleh membuat carian melalui kursus, institusi atau negeri.

2 Kategori Permohonan Kursus TVET – Perdana & Flexi

Permohonan boleh dibuat melalui dua kategori:

  • UP_TVET PERDANA (Institusi TVET Awam Sahaja)
    • Menawarkan program TVET di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) termasuk ILJTM (ILP/ADTEC/JMTI), ILKBS (IKBN/IKTBN), IKM, GIATMARA dan banyak lagi institusi lain.
    • Permohonan dibuka dua kali setiap tahun untuk sesi pengambilan Januari dan Julai
    • Tiada keperluan membeli pin & cara memohon yang mudah.
    • Penawaran kemasukan ke Institusi UPTVET Perdana kini telah dibuka sehingga 20 Jun 2025.
    • Pemohon boleh menyemak status permohonan di portal rasmi https://mohon.tvet.gov.my/.
    • Notifikasi tawaran kursus akan dihantar melalui emel mulai 11 hingga 20 Jun 2025.
    • Calon yang menerima tawaran perlu mengesahkan penerimaan kursus tersebut di Portal Permohonan dari 13 hingga 23 Jun 2025.
    • Jika calon tidak menerima sebarang tawaran sehingga 20 Jun, permohonan boleh dikemukakan semula dalam Fasa Rayuan bermula 23 Jun hingga 16 Julai 2025, tertakluk kepada kekosongan kursus
  • UP_TVET FLEXI (Institusi TVET Awam & Institusi TVET Swasta)
    • Menawarkan kursus jangka panjang & pendek yang lebih fleksibel di Institusi TVET Awam & Institusi TVET Swasta.
    • Sesuai bagi individu yang ingin meningkatkan kemahiran atau menukar bidang kerjaya.
    • Permohonan dibuka sepanjang tahun.

Siapa Yang Boleh Memohon?

  • UP_TVET Perdana – Terbuka kepada semua, terutama lepasan SPM 2024 dan sebelumnya.
  • UP_TVET Flexi – Terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan latihan kemahiran atau meningkatkan kemahiran sepanjang hayat.

Semua urusan permohonan ke institusi boleh dibuat di halaman rasmi UPTVET yang boleh diakses di alamat https://mohon.tvet.gov.my/ atau aplikasi MyTVET.

Artikel berkaitan: TVET Instructor EProfiling System (TiPS): Login & Semakan

uptvet

Pendaftaran Pengguna Baru UPTVET

Pemohon yang pertama kali menggunakan halaman ini hendaklah terlebih dahulu mendaftarkan akaun baru sebelum boleh meneruskan permohonan institusi pendidikan TVET yang dikehendaki.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendaftarkan akaun pengguna baru:

  1. Layari laman UPTVET : https://mohon.tvet.gov.my/
  2. Klik ‘Daftar’ pada bahagian menu
  3. Lengkapkan pendaftaran dengan mengisi segala butiran dan maklumat peribadi diri yang diminta
  4. Klik butang ‘Daftar Pengguna’ di bahagian bawah halaman pendaftaran pengguna
uptvet

> Dapatkan buku panduan kompetansi untuk tenaga pengajar TVET

Permohonan UPTVET Ambilan Julai 2025

Permohonan ke institusi TVET pilihan akan dibuka mulai 14 April 2025.

Ikuti 7 Langkah Permohonan Kursus TVET di portal UPTVET iaitu:

  1. Log Masuk >
  2. Klik Senarai Kursus Penuh (untuk paparan maklumat kursus TVET) >
  3. Klik Permohonan Kursus TVET (untuk melihat paparan kursus yang ditawarkan) >
  4. Klik Pilihan Kursus >
  5. Klik Pilih Kursus >
  6. Klik Butang Mohon >
  7. Klik Hantar Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui Portal UP_TVET di https://mohon.tvet.gov.my/

uptvet

Tarikh Penting 

  • 17 Feb 2025 – Pendaftaran & kemaskini profil pemohon 
  • 14 Apr – 15 Jun 2025 – Permohonan (Kursus tanpa temuduga)
  • 14 Apr – 30 Mei 2025 – Permohonan (Kursus bertemuduga)
  • 2 – 13 Jun 2025 – Temuduga (di luar sistem) 
  • 11 – 20 Jun 2025 – Tawaran Institusi kepada calon
  • 13 – 22 Jun 2025 – Tempoh Setuju Terima Tawaran 
  • 23 Jun – 16 Jul 2025 – Rayuan 

Daftar dan lengkapkan Profil Pemohon sekarang di https://mohon.tvet.gov.my

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kemasukan ke institusi TVET, sila layari laman web https://mohon.tvet.gov.my/.

Baca juga: Yayasan Sarawak – Permohonan Laptop Percuma & Baucar Buku 2025

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut