TVET Instructor EProfiling System (TiPS): Login & Semakan

TVET Instructor EProfiling System (singkatannya TiPS) atau Sistem Profil Pengajar Kemahiran Malaysia merupakan sebuah aplikasi dalam talian yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bersama-sama Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) untuk golongan pengajar dan penuntut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Pelancaran aplikasi TiPS telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST pada 19 Ogos 2020 yang lalu.

Pengenalan

TVET Instructor EProfiling System (TiPS) merupakan sebuah sistem yang digunakan untuk mengenalpasti tahap kompetensi tenaga Pengajar TVET dengan kaedah yang sistematik supaya perancangan dan pelaksanaan latihan yang tepat dan berstruktur dikenalpassti dan dilaksanakan.

Antara fungsi TiPS adalah:

  • Pangkalan data profil
  • Pengurusan pembangunan pengajar
  • Pengukur tahap kompetensi

Pengguna TiPS

Pendaftaran TVET Instructor EProfiling System (TiPS) terbuka kepada 

  1. Semua pengajar TVET
  2. Personel yang dilantik untuk mengurus sistem eProfiling

Artikel berkaitan: Program Asasi TVET 2023 – Syarat, Lokasi & Permohonan

Kelebihan Sistem TiPS

  •  Penilaian Berasaskan CUDBAS
  •  Penilaian dan analisa yang sistematik
  •  Capaian yang pantas dan luas
  •  Sokongan pelbagai peranti/skrin
  •  Keputusan dan hasil yang segera
  •  Right Trainer, Right Training & Right Time

Pendaftaran TiPS

Terlebih dahulu anda perlu melengkapkan pendaftaran akaun sebelum boleh menggunakan segala fungsi yang terdapat dalam sistem TVET Instructor EProfiling System (TiPS):

  1. Layari laman https://www.ciast.gov.my/profiling/
  2. Klik pada “Pendaftaran” di bahagian menu
  3. Klik pada butang “Daftar Sekarang”
  4. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik butang “Periksa”
  5. Lengkapkan semua maklumat yang diminta dan klik butang “Daftar”
  6. Buka emel yang digunakan untuk pendaftaran dan klik pada pautan yang dihantar untuk mengesahhkan pendaftaran akaun anda

Kemudian, anda perlu menghubungsi Admin Institut (AI) untuk mengaktifkan akaun eProfiling anda.

Carian Admin Institut boleh dilakukan di halaman https://eprofiling.ciast.gov.my/index.php/site/admin-list

Log Masuk TiPS

Selepas anda melengkapkan pendaftaran, anda boleh teru log masuk ke akaun anda dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Layari laman https://www.ciast.gov.my/profiling/
  2. Klik pada “Log Masuk” di bahagian menu
  3. Masukkan kata nama dan kata laluan

Prosedur penggunaan TiPS

Pendaftaran Pengajar

  • Pengajar mendaftar dalam TiPS
  • Admin institut mengaktifkan akaun
  • Pengajar mengesahkan emell dan log masuk menggunakan katalaluan sementara

Kemaskini Maklumat Personel

  • Pengajar mengemaskini maklumat personel, perjawatan, kelulusan, bidang kompetensi, penglibatan, anugerah dan tukar katalaluan
  • Admin institus mengesahkan maklumat personal pengajar

Penilaian Komptensi

  • Admin Institut (AI) menngemaskini maklumat bidang di institut
  • Pengajar menambah bidang kompetensi
  • Pengajar melengkapkan penilaian kompetensiPenyelia menilai kompetensi pengajar di bawah seliaan

Laporan Kompetensi

  • Laporan peta abiliti pengajar diperolehi
  • Laporan analisan kompetensi pengajar dapat dijana

Perancangan Latihan

  • Institut dapat merancang dan merekabentuk latihan kepada pengajar berdasarkan analisa kompetensi TiPS

Pelaksanaan Latihan Menggunaan Platform TiPS

  • Latihan/Kursus kepada pengajar (Reskilling, Upskilling, Sijil Profesional)
  • Latihan Sangkutan Indusstri (LSI)
  • Perkongsi Kepakaran Industri (PKI)
  • Coaching & Mentoring & Latihan Kendiri

Pengajar melengkapkan penilaian Kompetensi selepsas hadir kursus

  • Kompetensi pengajar selepas hadir latihan/kursus dapat diperolehi

Pentaksiran Pengajar

  • Pentaksiran pengajar dapat dilaksanakan berdasarkan laporan kompetensi dan latihan yang dihadiri melalui platform TiPS

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai sistem TVET Instructor EProfiling System (TiPS) ini, sila hubungi pegawai yang bertugas seperti yang tertera di bawah ini:

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
Jalan Petani 19/1,
Seksyen 19,
40900 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5543 8200
Faks: 03-5543 8359

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!