Ujian Amali Fizik SPM 2025 akan berlangsung pada 17 November 2025, Isnin. Ujian Amali Fizik Kertas 3 akan menilai kemahiran pelajar dalam mengendalikan eksperimen fizikal secara praktikal. Layari www.moe.gov.my untuk muat turun PDF Jadual SPM 2025 bagi mengetahui jadual penuh Sijil Peperiksaan Malaysia 2025.Â
Ujian amali ini menguji konsep penting dalam topik fizik yang berkaitan dengan pengukuran, penggunaan alat ukur seperti neraca spring, jam randik, serta pengiraan berkaitan panjang, masa, rintangan, daya apungan dan lain-lain.
Jumlah markah bagi Kertas 3 adalah 15 markah yang menyumbang kepada gred keseluruhan subjek Fizik untuk SPM.​
Rujuk format, contoh soalan dan tips-tips penting ujian Amali Fizik SPM 2025 di bawah.
BACA JUGA:
- Ujian Amali Biologi SPM 2025: Tajuk-tajuk Penting & Tips
- Ujian Amali Kimia SPM 2025: Tajuk-tajuk Penting & Tips
Ujian Amali Fizik SPM
Ujian Amali Fizik SPM adalah komponen praktikal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang menilai kemahiran pelajar dalam melaksanakan eksperimen sains secara langsung di makmal.
Ia menilai keupayaan pelajar menggunakan peralatan dan bahan makmal dengan betul, membuat pemerhatian dan pengukuran data, merekod hasil percubaan, menganalisis data, serta membuat kesimpulan berdasarkan konsep Fizik yang dipelajari.
Ujian ini adalah wajib bagi pelajar yang mengambil subjek Fizik dan dijalankan dalam tempoh sekitar 45 minit.
Formatnya adalah satu soalan berstruktur yang melibatkan penyediaan radas, pelaksanaan eksperimen, pengumpulan data, perekodan, serta lukisan graf jika diperlukan.
Markah dari ujian amali ini akan diambil kira dalam penilaian akhir SPM untuk subjek Fizik.
Jadual Sidang Ujian Amali Fizik Kertas 3 SPM 2025
- Tarikh: 17 November 2025
- Masa: Bergantung sidang
- Lokasi: Makmal sekolah yang ditetapkan
- Format sidang: Bergantung kepada jumlah calon di sekolah masing-masing

Format
- Ujian amali ini adalah Kertas 3 (Kod 4531/3) yang menilai kemahiran saintifik dan manipulatif calon.
- Ia mengandungi satu item soalan subjektif berstruktur yang mesti dijawab oleh calon.
- Tempoh ujian adalah 45 minit.
- Markah keseluruhan ialah 15 markah.
- Calon akan diberi masa permulaan 5 minit untuk menyemak senarai radas dan bahan, membaca soalan dan merancang eksperimen.
- Calon tidak dibenarkan menggunakan alat radas dalam tempoh lima minit pertama untuk membolehkan mereka membaca arahan dan merancang prosedur.
- Soalan seterusnya melibatkan pelaksanaan eksperimen secara praktikal berdasarkan arahan yang diberikan, seperti mengukur panjang, masa, daya, atau parameter fizikal lain yang relevan dengan topik.
- Pelajar perlu mencatat pemerhatian dan data kuantitatif secara tepat dan sistematik.
- Kemudian, soalan memerlukan pelajar membuat pengiraan menggunakan data yang diperoleh, biasanya melibatkan formula fizik yang berkaitan.
- Jika perlu, pelajar juga diminta melukis graf berdasarkan data eksperimen dengan label paksi dan satuan yang betul.
- Akhir sekali, soalan meminta pelajar membuat kesimpulan daripada hasil eksperimen serta mengenal pasti punca-punca kesilapan yang mungkin berlaku.
Contoh Soalan
Rujuk contoh soalan Fizik kertas 3 (Ujian Amali Fizik) SPM Sekolah Berasrama Penuh 2025 berikut:







Muat turun PDF Kertas Soalan Amali Fizik SPM Sekolah Berasrama Penuh 2025 di bawah:
Tajuk-tajuk Penting Ujian Amali Fizik SPM 2025
Senarai topik penting untuk Ujian Amali Fizik SPM 2025 adalah seperti berikut:
- Daya dan Pemanjangan Spring
- Hukum Newton dan Gerakan
- Tekanan dalam Cecair dan Gas
- Daya Apungan
- Hukum Graviti Newton
- Elektrik Asas (rintangan, voltan, arus)
- Litar Elektrik dan Hukum Ohm
- Gelombang Bunyi dan Cahaya
- Optik (pantulan, pembiasan, kanta)
- Elektromagnetisme Asas
- Fizik Nuklear dan Tenaga
- Pengukuran dan Penggunaan Alat Makmal (neraca spring, jam randik)
- Pengiraan Parameter Fizik dari Data Eksperimen
- Lukisan Graf Berdasarkan Data
Tips Menjawab Ujian Amali Fizik SPM 2025
- Kuasai teknik menjawab soalan Fizik. Ada dua jenis soalan amali Fizik iaitu soalan berpandu dan soalan tidak berpandu.
- Pengurusan masa. Manfaatkan masa 5 minit pertama untuk semakan radas dan juga membaca serta memahami semua soalan yang diberikan. Jadi, anda boleh terus mulakan eksperimen selepas masa 5 minit tamat tanpa perlu membuang masa eksperimen untuk membaca/memahami soalan eksperimen.
- Pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan tenang agar data yang diperolehi lebih tepat.
- Jangan terburu-buru mengemas radas. Kemas radas setelah eksperimen tamat dan data yang diperoleh menepati kehendak soalan. Ada kalanya anda perlu membuat eksperimen sekali lagi disebabkan data kurang tepat.
- Gunakan 5 minit terakhir untuk membuat semakan semula jawapan anda. Semak titik perpuluhan, graf, unit dan sebagainya. Kecuaian kecil boleh menyebabkan anda kehilangan markah.
Rujuk juga video yang dikongsikan di bawah:
Tarikh-tarikh Penting SPM 2025 – KPM
- Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 3 – 6 November 2025
- Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Fizik): 17, 18 dan 19 November 2025
- Ujian Amali Sains Tambahan: 19 November 2025
- Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 10 – 13 November 2025
- Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris: 20 November 2025.
- Peperiksaan Bertulis: 25 November – 23 Disember 2025
Muat turun PDF: Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2025
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM), Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Laman Web Sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri.
Akhir kata, semoga berjaya dengan cemerlang!
Soalan Lazim Ujian Amali Fizik SPM 2025
Untuk menilai kemahiran saintifik dan manipulatif pelajar dalam menjalankan eksperimen fizik secara praktikal.
45 minit
Tidak, semua bahan dan alat radas disediakan oleh sekolah atau pusat ujian.
Tidak dibenarkan; lima minit pertama digunakan untuk membaca arahan dan merancang cara kerja.
Melibatkan senarai bahan, pelaksanaan eksperimen, perekodan data, pengiraan, lukisan graf dan kesimpulan.
15 markah
Ya, wajib untuk semua calon Fizik SPM.
Ujian Amali Fizik SPM 2025 akan berlangsung pada 17 November 2025, Isnin.




